30 January 2005

...sesuci rindu...

I.
Dalam kejaran masa
Setiap yang semalam
Dipaksa menamakan kenangan.

II.
Inginku putar putaran waktu
Kembali pada dahulu
Dan kekalkannya di situ
Agar tiada lagi sejarah sepi
Yang bisa terjadi
Melainkan kenyataan yang abadi
Sesuci rindu.

III.
Biar apa saja yang berlaku
Tiada apa pun yang berlalu
Kerana masa yang terlalu laju
Membuatku tambah merindu
Mengusung ribuan keluhan qalbu..!


Gombak
21 November 2004
mengenang kisah 24 Januari 2005 (sebaik-baik cahaya) Melaka - Kuala Lumpur

1 comment:

  1. erm...kawan lama yang sememangnya berperasaan sebegini :p

    -rindu itu adalah
    anugerah dari Allah
    insan yang berhati nurani
    punyai rasa rindu...
    rindu pada kedamaian
    rindu pada ketenangan
    rindukan kesejahteraan
    dan juga kebahagian...

    ReplyDelete