
Foto oleh MonizaM
Lokasi: Teluk Cempedak Kuantan
Tahun dua ribu sebelas ini aku mahu jadi seperti cengkerang. Sahabat dan keluarga akan menjadi mutiaranya. Meski nanti akan terpisah dan merapuh, tetaplah aku bangga menjadi penyeri pantai. Lambang pengorbanan tanpa pelabuhan. Lambang cinta sekuat ombak. Biar hidup ibarat cengkerang, melindungi... walau akhirnya dipijak orang.
Dari pasir menjadi mutiara. Dibelai, dimanja dan dijaga oleh sang kerang. Tidakkah kalian mahu menjadi mutiara hidupku? :)
Baca cerita cengkerang dan mutiaranya di sini: Kisah Kerang dan Mutiara
wahhhh jiwang lah abang ni.hahaaaa
ReplyDeletehanya mereka yang merasa akan tahu maknanya jiwang di sebalik abjad hehe
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletesinggah malam follow ur blog,,**43
**sangat cantik pic tu.
salam sekamar rindu..wah sedapnya nama hehe.. terima kasih sudi follow :)
ReplyDeleteamboh nak jadik cengkerang la pulok!
ReplyDelete