Dalam kasar suara marah, tanpa dia sedari ada hati dan perasaan yang tersakiti. Tapi tak mengapa kerana aku telah terbiasa memaafkan dia. Kerana aku tahu hatinya tidaklah sekeras kata-katanya.
***
Kadang-kadang kata-kata tidak mewakili perasaan sebenar. Kadang-kadang kita perlu memandang dengan mata hati. Mendengar dengan satu telinga.
Ah! Hidup ini terlalu banyak berkadang-kadang. Sengaja memberi peluang agar kesalahan yang kadang-kadang tersasul dapat diperbetulkan. Esok lusa kita akan tersasul lagi. Dan kadang-kadang kita sengaja.
Ya Allah. Sempena bulan mulia ini, Kau peliharakanlah mulutku, kata-kataku, tingkah lakuku dan sucikanlah hatiku. "Bukanlah seorang Mukmin itu suka mencela, melaknat, berkata yang keji dan kotor" (HR Ahmad, Bukhari)
Salam penuh kemaafan. Salam Ramadhan Kareem 1434 Hijri.
Tersasul adalah tembok alasan utk kadang kadang nya terkasar.. Tetapi hati dan telinga akan menjadi lali apabila kata-kata maaf jarang jarang di ungapkan.. Hey nizam. Rindu aa kat kau! Wsz
ReplyDeletekalau selalu sangat minta maaf, lama-lama akan jadi lali dengan kata-kata maaf pula. wah bestnya ada orang rindu kat kita. jom berbuka ramai2 ;)
ReplyDelete