Showing posts with label Edisi Istimewa. Show all posts
Showing posts with label Edisi Istimewa. Show all posts

05 March 2011

Belasungkawa : Jay (1982 -2011) - Kami Merinduimu

Ternyata pemergian arwah amat mengejutkan keluarga dan rakan malah sesiapa saja sama ada yang mengenali beliau atau tidak. Buktinya ada di sini. Hanya selepas aku tuliskan cerita tentang arwah, statistik pembaca meningkat berpuluh kali ganda. Blog aku tak pernah dikunjungi pembaca sebanyak ini.

Kepada yang mengenali arwah, pasti tahu betapa beliau seorang yang mudah mesra dan peramah. Perkenalan yang dicipta akan semestinya lekat di dalam hati. Walaupun tidak bertemu muka, tapi perkenalan yang sekejap itu mampu meninggalkan kesan yang peribadi dan tersendiri. Walaupun beliau adalah orang biasa-biasa, tapi kehadirannya mencipta suasana yang luar biasa.

Jay, betapa ramai yang menyayangimu. Betapa ramai yang menyanjungimu. Betapa ramai yang mendoakan agar berbahagialah hidupmu di dunia sana. Mengertilah, ramai yang merindui kamu.


Bermula dari 2 Mac, yakni sehari selepas pemergian arwah, sebanyak 273 klik datang ke blog aku.


Perbezaan yang sangat ketara kalau dilihat dari segi grafik graf


Datangnya bukan hanya dari Malaysia, tapi juga UK, US, Arab Saudi, Pakistan, Kanada, Australia, Indonesia, Jepun malah Unknown (yang tak dapat dikenalpasti)!


Enjin carian meletakkan nama arwah sebagai antara subjek paling banyak dicari orang


Dan, 459 klik datangnya dari blog nafastari


hanya doa yang kami panjat
buat teman yang telah pergi
hanya kenangan yang kami ingat
batu bersurat persahabatan sejati

Kalau saja aku mati esok hari, apakah akan ada yang merindui sebuah kehilangan? Al-Fatihah.



02 March 2011

Belasungkawa : Jay (1982 -2011)

Tulisan ini aku kirimkan khas buat Arwah Wan Ahmad Fadzil, teman penyayang dan baik hati.


Kami sama-sama belajar di Matrikulasi UIA sejak tahun 2000. Bilik asrama kami hanya selang beberapa langkah. Masa tu Albert, Mas, Afifi dan Umamudin adalah antara jiran-jiran terdekat di Kolej Abu Bakar yang setinggi 9 tingkat. Kami kerap juga berjumpa dan bercerita. Malah arwah adalah antara orang terawal yang tahu tentang rahsia hidup aku. Dan aku yakin rahsia tu masih tersemat kukuh dalam genggaman dia seorang.

Kami sama-sama berjuang mengangkat nama Kelab Grup Penggiat Sastera (GETAR) selama di Matrik UIA. Arwah adalah Presiden Kelab selama satu semester, dan aku menyambung jawatannya untuk baki satu semester. Malah nama kumpulan zapin kami di UIAM Gombak yakni NAFASTARI, adalah hak milik rasmi arwah. Kami pinjam dari blog arwah di http://www.nafastari.blogspot.com/. Blog idola yang sentiasa membuatkan aku khayal dengan gaya penulisannya yang sangat halus dan indah.

Tapi Tuhan lebih sayangkan dia. Pemergiannya mengejutkan keluarga dan rakan. Dijemput pergi ke Rahmatullah tanggal 01 Mac 2011 akibat kemalangan jalan raya ketika memandu pulang ke kampungnya di Setiu. Mujur isterinya yang baru sahaja habis pantang dan dua anaknya yang kecil comel, Wan Nada dan Wan Marwa, terselamat. Entah apalah rasa hati seorang isteri yang kehilangan suami tika mana anak-anaknya baru belajar menyebut "ayah".


Jay,


Sejujurnya aku masih belum puas mengenali kamu. Belum puas memuji kebaikan kamu. Belum puas melihat gambar-gambar kamu bersama anak-anak yang comel. Belum puas membaca tulisan-tulisan kamu di blog nafastari. Belum puas memberi komen dan mesej di facebook kamu. Namun tiada lain melainkan doa, buat kamu insan yang baik hati. Moga tenang abadi perjalanan kamu bertemu Illahi.

Ketika tulisan ini ditaip, aku masih lagi di pejabat menghabiskan sisa kerja yang tak pernah habis. Kalau saja aku mati esok hari, mungkinkah aku sudah bersedia menghadapinya? Jay, terima kasih atas peringatan yang kau berikan. Kehilanganmu tetap dirindukan. Al-Fatihah.



16 January 2011

Follower ke 50 - Readikara aka Fiza


Tahniah! Aku dah pun ditemukan dengan pengikut / follower oranglipis.blogspot yang ke 50. Dengan bangganya diumumkan pemenang bertuah tersebut adalah..........

Azfiza pemilik blog Readikara.Blogspot. Klik untuk ke Readikara: http://readikara.blogspot.com/


Hadiah istimewa ini semestinya akan disediakan khas untuk Fiza. Jadi, kalau nak tahu apakah hadiah yang akan diberikan kepada Fiza, tunggu saja entri seterusnya. Fiza ni masih solo (promosi ni). Harap-harap Fiza tidaklah mengidam cincin pertunangan daripada aku hahahaha.

Kepada semua follower, terima kasih diucapkan. Aku bukanlah mahu berbangga dengan berapa ramai follower yang aku ada. Alah, 50 itu bukanlah kuantiti yang banyak pun dalam dunia blogger. Kalaupun tiada follower, aku akan tetap menulis di sini. Tapi aku bangga kerana kebanyakan mereka menjadi follower tanpa perlu disuruh-suruh. Tanpa perlu aku menjadi follower blog mereka pun. Terima kasih banyak-banyak! Terima kasih!

Barangkali ada hadiah lagi untuk follower ke 100? Yang pasti akan ada baaaaaanyak lagi hadiah menanti kalian di oranglipis.blogspot :)

28 December 2010

Oranglipis Mencari Pengikut (Follower) ke 50


Tahun 2010 bakal berlabuh tak lama lagi. Sekejap sungguh masa berlalu. Itulah sebabnya aku sayangkan blog oranglipis ni. Segala cerita sejak tahun 2004 masih melekat di ingatan. Rasanya tak pelik kalau aku katakan aku suka baca blog sendiri. Kau orang pun sama kan? Hehehe.

Sepertimana sayangnya aku pada blog ni, seperti itulah sayang aku pada kalian yang sudi singgah di sini. Menjadi pengikut setia dan memberikan komen-komen bernas. Meski aku tahu ada yang singgah kemudian menghilangkan diri. Ada yang sekadar membaca dalam diam. Malah ada yang bosan kerana tak faham apa yang tertulis. Tapi tak mengapa, aku tetap sayangkan kalian semua. Tugas aku adalah menulis. Dan sesekali rasa terharu apabila ada tulisan yang mencuit hati kalian :)

Sempena tahun baru dan sempena menghargai kasih sayang kalian, aku akan berikan hadiah kepada pengikut (follower) yang ke 50. Aku belum putuskan apa hadiahnya. Kita tengok dulu siapa yang menang nanti. Kepada 41 orang yang dah jadi pengikut tu, janganlah kecil hati ye hehehehe. Lets the game begin!



6 tahun menulis dengan hanya 41 pengikut - kecil angkanya tapi maha besar ertinya!

14 September 2009

Dialah Cinta Hatiku...

Maaf. Sebenarnya bukanlah ada apa-apa yang istimewa pun dengan 16 September 2009 ni. Melainkan satu rasa hairan yang bersarang dalam hati aku. Aku sendiri pelik, bagaimana aku boleh membaca blog yang sama sejak lima tahun yang lepas. Blog yang dikatakan orang sebagai melankolik, syok sendiri dan sukar difahami. Senang cakap, membosankan. Tapi aku tetap setia membacanya. Setiap masa setiap hari setiap saat. Mungkin inilah namanya cinta.

Tak ada apa yang memberi aku semangat untuk terus membaca tulisan di blog tersebut melainkan demi kepuasan diri sendiri. Tak ada iklan yang memberi duit dengan setiap klik, tak ada imej hebat yang ingin ditonjolkan daripada setiap gambar. Jika sesekali ada yang memberi komentar, aku cepat-cepat membacanya. Jika ada yang terkesan dengan ayat-ayat yang dilontarkan, aku turut tersenyum bangga. Mujur ada yang mampu menghargai abjad-abjad yang selalunya aku lihat berterabur di dalam blog yang membosankan ni..

16 September 2009 usianya genap lima tahun. Justeru, adalah wajib untuk aku berterima kasih kepada semua yang memberikan sokongan selama ini.


Teman, blog tersebut tidak lain dan tidak bukan adalah oranglipis.blogspot. 16 September 2009 usianya genap lima tahun. Justeru, adalah wajib untuk aku berterima kasih kepada semua yang memberikan sokongan selama ini. Terima kasih kepada semua yang meletakkan pautan di laman blog mereka. Terima kasih kepada semua yang pernah memberi komen dan kritikan. Terima kasih kepada pembaca setia walaupun ada yang bersembunyi di balik nama anonymous. Sesungguhnya blog inilah cinta hatiku. Dan kalian adalah sebahagian daripadanya. Selamat Ulangtahun Ke5 Oranglipis.Blogspot :)



Tahu tak, 16 September 1963 juga adalah tarikh lahir Malaysia.

05 September 2009

Cinta September

Bukan selalu bulan September menjadi istimewa sepertimana tahun ini.

Seingat aku, kali terakhir aku menyukai bulan September adalah pada tahun 1999. Masa aku masih di Tingkatan Lima bercengkerama dengan SPM. Cinta pertama aku diikat pada tarikh keramat 09.09.1999. Zaman budak hingusan, semua perkara nak jiwang, romantik dan simbolika. Sebab tu gatal pilih tarikh yang paling cantik untuk mengikat cinta. Haha! Nama gadis bertuah tu adalah Aina Nadira, gadis dari Maran (hehe bertuahkah?). Sayangnya ikatan kami tak tersimpul mati. Maklumlah cinta monyet. Kami terpisah dek jarak dan masa. Huhu. Tapi... pada tarikh yang sama, memang ramai juga bujang dan dara yang melangsungkan perkahwinan kan?
Tahun ni, sekali lagi tarikh yang cantik tu berulang. 09.09.2009. Tapi aku tak punya apa-apa perancangan istimewa pun. September tahun ini lebih menarik kerana kita akan menghabiskan sebulan puasa dan seterusnya menyambut raya. Selain itu, 2 September juga adalah hari lahir ATBK . Rakan seperjuangan dalam bidang seni budaya selama di UIA. Beliau adalah antara rakan yang banyak tahu tentang sejarah aku dalam Cultural Club di UIA (barangkali juga lebih daripada itu huhu). Bro, Selamat Hari Lahir ke 17 !

Sebenarnya, ada perkara lain yang lebih istimewa pada bulan September ni. Datangnya hanya sekali iaitu pada tahun ni. Emm nantilah. Tanggal 16 September 2009 aku akan bagitahu. Tarikh yang menyembunyikan seribu satu perasaan.




Ada sesiapa suka main teka teki? Hehehe..

23 July 2009

Ibarat Cinta (Cinta Hati iii)

Cinta itu air
Kadang menyegarkan kadang melemaskan
Cinta itu api
Kadang teman kadang melawan
Cinta itu tanah
Kadang menyuburkan kadang melayukan
Cinta itu angin
Kadang menenangkan kadang meresahkan
Semuanya bersatu mencipta kesempurnaan.

Perumpamakanlah cinta dengan apa pun
Kalau akal jadi penentunya
Cinta tetap ibarat cinta
Dengan definisinya yang tersendiri


UIAM Gombak
03 Mac 2003



Wahai Cinta hati. Dua bulan bagaikan dua abad!

14 July 2009

Cinta Hati (ii)


Ramai yang selalu menyebut cinta. Tapi tak ramai yang melihat cinta. Benarlah sungguh. Cinta itu ibarat hantu.

Cinta Hati (i)

Hendak ditahan sakit perut. Hendak dilepas malu dan takut. Benarlah sungguh. Cinta itu ibarat kentut.