Showing posts with label Lagu / Muzik. Show all posts
Showing posts with label Lagu / Muzik. Show all posts

14 April 2011

Cerita Sedih yang Tidak Perlu Disedih-sedihkan

Ini adalah lagu terbaru daripada Maher Zain bertajuk Freedom. Ceritanya sama seperti kebanyakkan lagu-lagu Palestin yang lain. Perjuangan menentang Israel dan pengorbanan ke arah kemerdekaan. Bezanya, lagu Freedom ini disampaikan dengan sangat positif sama ada dari segi lirik mahupun melodinya. Sangat sedap didengar dan senang untuk dihayati.

Inilah yang dikatakan kepentingan menggunakan ayat yang betul untuk mendapatkan perhatian (power of words). Tak perlu disedih-sedihkan perkara yang sememangnya kita tahu menyedihkan. Takut lambat laun orang akan muak dan kurang cakna.


Sesungguhnya, ini adalah satu cabaran besar untuk aku!


Lirik Freedom - Maher Zain

Gathered here with my family
...My neighbours and my friends
Standing firm together against oppression holding hands
It doesn't matter where you're from
Or if you're young, old, WOMAN or man
We're here for the same reason; we want to take back our land

Oh God, thank you
For giving us the strength to hold on
And now we're here together

Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call, ooh NO
We're calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall, oh NO
We know you're here with us

No more being prisoners in our homes
No more being afraid to talk
Our dream is just to be free, just to be free
Now when we've TAKEN our first step
Towards a life of complete freedom
We can see our dream getting closer and closer, we're almost there

Oh God, thank you
For giving us the strength to hold on
And now we're here together

Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call, ooh NO
We're calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall, oh NO
We know you're here with us

I can feel the pride in the air
And it makes me strong to see everyone
Standing together holding hands in unity
Shouting out LOUDLY demanding their right for freedom
This is it and we're not backing OUT
Oh God we know you hear our call

And we're calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh NO
We're calling for freedom, calling for freedom
We know you won’t let us fall oh NO
We know you're here with us



02 February 2011

Apa Itu Awan Nano?


begitulah awan nano
setia melindungi diri
tika panas mencuba menggores pipi
dan bibirmu

begitulah awan nano
sering saja tak terduga hadir
dan tak akan tercapai jejarimu


Awan apabila memutih di langit, tak ramai yang menghargai akan kewujudannya. Hadirnya sekecil zarah nano yang halus. Kalau ada, adalah. Kalau tiada, tak mengapa. Hanya apabila terik mentari membakar pipi, ketika itulah kita tercari-cari lindungan redupnya. Hanya apabila mendung menyelubungi hari, ketika itulah kita ternanti-nanti kemunculan lingkaran peraknya.

Sayangilah mereka selama masih mereka di depan mata. Jangan tunggu sehingga awan nano merajuk membawa pergi hujan jauh dari bumi lantas membiarkan mentari membakar kulit.

Dengarkan lagu ketiga Hafez bertajuk Awan Nano ciptaan M Nasir dan lirik sulung nukilan Buddhi Hekayat (gambar). Tuan Buddhi, sebetulnya maksud awan nano itu apa ya? Kata seorang teman kepada Buddhi di tansrikudu.blogspot, Awan Nano bukan sekadar lagu, ia adalah sejarah. Buddhi Hekayat pula kata awan nano kalau diceritakan, takutnya akan berkolah air mata. Wah!

Diambil dari Facebook Buddhi Hekayat . Jom ramai-ramai "Like" fanpage beliau. Single lagi tu hahaha tahu aja aku :p

Video klip Awan Nano yang akan membuatkan kalian tersentak ..tidakkk!


23 January 2011

Cinta Yang Belum Bersedia

Pernahkah dalam hidup, kau jatuh cinta pada pandangan pertama? Kalaupun belum bercinta, kurang tidak tercuit rasa suka atau sayang padanya. Berdosakah kalau sayang itu datang sebelum kau kenal isi hatinya?

Pernahkah tatkala kau sukakan dia, tapi dia belum bersedia untuk dicintai. Ada banyak rintangan hidup yang selalu menjadi alasan sama ada kerjaya, keluarga mahupun usia. Dia tak mahu memberi harapan dan kau tak mahu memusnahkan impian.

Maka akhirnya kau dan dia kekal sebagai kawan. Tak lebih dan tak kurang. Kalau lebih daripada kawan, bimbangnya hati belum bersedia. Kalau kurang daripada kawan, bimbang sahabat menjadi lawan.

Maka akhirnya kau dan dia kekal sebagai kawan. Berharap cinta akan menjadi hak milik. Jika tidak hari ini, esok barangkali....

Mari hiburkan hati. Lets "Singing Oah"...


Apapun, aku tetap gembira menjalani cinta sebegini.. benar-benar gembira.. terima kasih kawan.. oah! :)
.

10 January 2011

Tolong Ingatkan Aku - Versi Lelaki

AJL 25
Juara: Tolong Ingatkan Aku - Ana Raffali
Naib Juara: Drama King - Black / MUH
Ketiga: Noktah Cinta - Hafiz
Persembahan Terbaik: Faizal Tahir - Hanyut
Vokal Terbaik: Hafiz - Noktah Cinta

Aku setuju dengan semua keputusan kecuali Ana Raffali. Sebab persembahan dia tak masuk ke hati. Liriknya sangat bagus tapi sayang sebutannya menganggu persembahan. Kalau Yuna yang nyanyi barangkali lebih sempurna hehehe. Apapun, ini anugerah tentang lagu. Jadi aku tersilap kerana terlalu melihat pada nyanyian Ana Raffali.

Cuba dengar kalau orang lain yang nyanyi lagu ni. Kan sedap macam ni. Wajib layan ya!


Sudahlah! Aku mahu tidur dulu. Tolong ingatkan aku yang esok kita ada kerja perlu diselesaikan. Jangan jadi drama king mencanang gosip tak puas hati. Titik. Noktah cinta! Pelita sudah dipadamkan. Semoga kalian hanyut dibuai mimpi cinta sempurna bersama Sofea Jane. Selamat malam dan selamat mencari konklusi hidup yang lebih ekstravaganza. Jangan buat gosip yang jahat jahat kemudian berlari menyembunyikan diri. Takut nanti kita tersenyum kebahagiaan dalam perpisahan. Ku ada kamu bantal pelukku. Biarkan aku memeluk malam :)


Kalian tahu tak, Kak Pah menyanyi dengan monitor lirik khas untuk dia sahaja di depan pentas. Macam kita menyanyi di karaoke box tu hehehe..

09 January 2011

Raptai Penuh Anugerah Juara Lagu 2011

Selepas menonton raptai penuh semalam, ini adalah turutan pilihan aku untuk AJL malam ni. Tapi ingat, hanya 30% markah datang dari persembahan pentas, manakala baki 70% markah diberikan sebelum pertandingan berlangsung lagi. Jadi, saksikan persembahan penuh malam ini dan bandingkan keputusan aku yang tak seberapa ni hehehe.

5 lagu teratas mempunyai potensi besar untuk menduduki tempat-tempat utama malam ni. Tapi tak mustahil untuk lagu 6-10 memberikan cabaran kerana raptai bukanlah kayu ukur persembahan. Lagu 11-14 mungkin perlu membaiki lagi kualiti persembahan.

1. Hanyut - Faizal Tahir
- Tak sabar nak tengok Faizal hanyut dalam kolam air.

2. Cinta Sempurna - Yuna
- Boleh tak menyanyi secara berdiri?

- Yuna -

3. Berlari - Tomok
- Permulaan lagu yang saaaangat menarik! Macam video klip Korea.

4. Sofea Jane - Black
- Vokal Black buat meremang bulu roma.

5. Drama King - Meet Uncle Hussein
- Tolong buat sound-check ya! Dan gunakan pelakon dengan lebih efektif.

6. Noktah Cinta - Hafiz
- Gimik Hafiz sangat menjadi. Sangat kreatif!

7. Ku Ada Kamu - Adira
- Buaian-buaian tu menganggu vokal dan persembahan Adira lah. Kenapa perlukan buaian kalau Adira sendiri sudah mampu membawa penonton ke awang-awangan?

-Adira -

8. Selamat Malam - Faizal Tahir
- Persembahan yang comel :)

9. Kebahagiaan Dalam Perpisahan - Shahir
- Oh aku suka Nasha Aziz dalam persembahan ni! Nasha sangat membantu penonton untuk memahami lagu ni dengan lebih berkesan.

10. Tolong Ingatkan Aku - Ana Raffali
- Tolong baiki sebutan. Sangkar-sangkar tu memberatkan lagi isi lagu. Serius aku tak faham! Huhu. Bukankah lakonan sepatutnya membantu pendengar untuk lebih memahami isi lagu?

- Ana Raffali -

11. Jahat - Stacy
- Tetap bertenaga tapi kurang menyengat. Persembahan seperti dijangka, tiada apa yang lain daripada lain.

12. Pelita - A.P.I
- Alat muzik terlalu banyak sehingga menganggu vokal dan kedengarannya bising dan hingar bingar.

13. Ekstravaganza - Bunkface
- Persembahan syok sendiri hehehe.

14. Mencari Konklusi - Hujan
- Lagu dan persembahannya terlalu ringkas dan kosong.

Bakal pemenang persembahan terbaik:
Aku nilai berdasarkan sejauh mana persembahan membantu lirik lagu sampai ke hati penonton dan vokal yang mantap membantu penyampaian keseluruhan lagu.

Berlari - Tomok
Noktah Cinta - Hafiz
Hanyut - Faizal Tahir
Sofea Jane - Black

Bakal pemenang vokal terbaik:

Black - Sofea Jane
Dan aku tak ada calon yang lain kerana vokal Black sememangnya memukau !

Persembahan selingan:
Segmen Siti Nurhaliza pastinya meriah! Lagu nyanyian Kak Pah sedap didengar. Vokal Ziana Zain dan Francisca Peter masih sehebat anak dara. Dan tetaplah Bob penyanyi terhebat kerana selamba menyanyikan lagu duet Ghazal Untuk Rabiah secara solo.

Itu sahaja komentar suka-suka daripada aku. AJL menyedarkan aku betapa aku cintakan persembahan seni pentas. Rasanya tak meriah hidup kalau tiada lagi muzik-muzik yang berkualiti di Malaysia huhu. Menyaksikan raptai persembahan tv memang menyeronokkan. Berdebar-debar bila tengok props yang berbagai-bagai entah sempat dipasang atau tidak di atas pentas. Tercuit hati tatkala artis terlupa lirik dan terpaksa mengulang lagu 2,3 kali kerana masalah teknikal. Tergelak besar melihat gelagat sang pengacara yang terpaksa menokok tambah skrip kerana persembahan belum bersedia. FF, FBI dan Ally memang gandingan yang serasi.

Jom saksikan persembahan penuh malam ini. Agak-agak siapa yang akan menang? Mungkinkah artis-artis tempelan di bawah ni? Hahaha ;)

07 January 2011

Anugerah Juara lagu ke 25 - 2011

Selalunya mudah untuk aku membuat pilihan juara. Tapi kali ini, hampir semua lagu punya kekuatan sendiri. Jadi aku senaraikan saja lagu pilihan mengikut turutan potensinya untuk menang. Esok aku nak menonton raptai penuh AJL 25 di Bukit Jalil (terima kasih Haina!). Jadi carta ini mungkin akan berubah selepas tengah malam esok. Apapun, kita tengok carta setakat hari ini ya :)

1. Drama King – Taja/Teja/Meet Uncle Hussain
Bait-bait lirik lagunya sangat tepat dengan setiap melodi. Ayat perli, melodi pun berbunyi sinikal. Ayat marah, melodi pun berbunyi marah. "Kau bertakhta bagai maharaja di atas lembah..." Fuh sangat sinis!

2. Cinta Sempurna – Yuna
Sekali dengar dah cukup buat aku melayang-layang dilamun cinta. Yuna punya karisma yang mampu mengangkat lagu ini ke tingkat paling sempurna. " Tak mampu untuk menanggung sebuah cinta sempurna.. aku hilang dalam kewujudan..." Kadang-kadang yang serba ringkas seperti lagu ini kelihatannya lebih sempurna.

3. Hanyut – Audi Mok/Faizal Tahir/Faizal Tahir
Gemersik suara Faizal agak lain daripada biasa. Ada nyawa dalam nyanyiannya. Faizal benar-benar meroyan hanyut bersama lirik dan melodinya. Sehebat lagu Cuba dan Sampai Syurga.

4. Pelita – Loque/Loque/A.P.I
Lirik lagu yang sangat mencerahkan hati. Kalaulah ada anugerah lirik terbaik, Pelita adalah pemenangnya. "Kan kupancarkan cahaya seperti pelita. Ke serata dunia yang gelap gelita.."

5. Sofea Jane – Iswandy/Sham/Black Mentor
Terkenang lagu rock 80an dulu-dulu. Gimik lagu ni ada pada tajuknya. "Kau selalu membuat hatiku merasa berat". Memang berat mengenangkan rindu yang terbuku dalam hati.. ahh !

6. Ku Ada Kamu – Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Adira AF8
Kekuatan lagu ini terletak pada vokal penyanyinya. Harapnya Adira boleh mengulang semula kehebatannya semasa konsert akhir AF dulu.

7. Berlari – Shazzy Ishak/Tomok
Melodi lagu ni sangat mudah ditangkap akal. Sangat catchy kata orang, Aku dah terbayang Tomok berlari-lari di atas pentas mengikut rentak lagu.

8. Selamat Malam – Audi Mok/Faizal Tahir
Liriknya agak unik dan sangat romantis bunyinya. Itu yang buat aku mahu dengar lagu ni. Tapi aku cepat juga hilang tumpuan bila dengar lagu ni. Awal-awalnya menenangkan, makin lama makin serabut. Bagaimana agaknya kalau orang ucap selamat malam dalam keadaan terjerit-jerit? Hehe.

9. Jahat – Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Stacy
Tipulah kalau kalian tak menghentak-hentak kaki bila dengar lagu ni. Semestinya Stacy akan menari bersungguh-sungguh nanti. Tapi bila dengar lama-lama, muziknya agak serabut.

10. Noktah Cinta – Ajai/Sheikh Qalam/Hafiz AF7
Melodinya persis lagu cinta biasa-biasa. Belum mampu menandingi lagu-lagu cinta Aizat. Mungkin sekadar memenuhi kuota 14 finalis.

11. Kebahagiaan Dalam Perpisahan – Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Shahir AF8
Sama seperti lagu Noktah Cinta. Entahlah, aku rasa lirik lagu ni kurang sesuai dengan melodinya. Aku pernah dengar lagu ni dinyanyikan dalam versi melayu asli dan nasyid. Dan hasilnya lebih menusuk kalbu huhu!

12. Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali
Kalau dalam kategori novel, lirik lagu ini boleh dikira sebagai bacaan sastera berat. Ditambah dengan sebutan Ana yang kurang jelas, mesej lagu ini mungkin payah untuk dihadam pendengar. Tolong ingatkan aku lirik ini tentang apa ya?

13. Ekstravaganza – Sam/Bunkface
Lagu ni kurang menyengat berbanding lagu-lagu Bunkface sebelum-sebelum ni.

14. Mencari Konklusi – Noh/Noh/Hujan
Melodinya agak lemah dan tak mesra di telinga pendengar. Lagu ini sepertinya satu bahan eksperimen oleh Hujan.


Apapun semua lagu tetap hebat. 30% penentunya terletak pada persembahan di atas pentas nanti. Jumpa di Bukit Jalil nanti ya hehehe.

28 July 2008

Boneca

Kumpulan "bawah tanah" yang membuatkan aku melayang-layang sekejap mendengar 'muzik dari jiwa dan lagu dari hati' mereka. Tenyata apa sahaja yang datang dari yang terdalam mampu menerobos ke ruang terdalam juga kan. Aku memang mudah tertawan dengan lagu yang punya lirik puitis serta persembahan yang berani kerana akan ada banyak sebab untuk kita menghayati lagu tu. Anda sebagai generasi youtube, cubalah cari-cari Boneca di sana :)


Artis: Boneca
Tajuk: Cela

Rabak mataku. Pena menari-nari. Tinta berdarah-darah. Kata membara-bara
Masanya ku bernafas. Ini terakhir kali. Puas sudah ku sesak. Dalam dunia sempit.
Dulu tersungkur. Kini berdiri. Kau bermain api. Kini ku bakari.
Dulu menunduk. Kini ku celik. Kau bermain api.

Engkau mahu sempurna. Engkau jadi sempurna. Biar aku bahagia dengan cela ku.
Engkau mahu malaikat. Turun dari kayangan. Biar aku bahagia dengan cela ku.
Mengapa tidak engkau cermin saja. Diri mu yang sempurna, mempesona. Ku bahagia dengan cela.
Mengapa tidak kau bercinta saja. Dengan diri mu yang sempurna, mempesona. Ku bahagia dengan cela.

Siapa yang mampu mencapai mahu mu. Bilamana kau juga seorang manusia?