Showing posts with label Teater. Show all posts
Showing posts with label Teater. Show all posts

22 January 2011

Muzikal Laskar Pelangi


Fenomena novel tetralogi Laskar Pelangi yang dulu pernah membuat aku menjadi gila, kini dipentaskan secara muzikal di panggung teater! Sudah dipentaskan awal Januari lepas di Jakarta, bakal diulangtayang bulan Julai 2011 nanti. Ah! Aku boleh mati kalau tak dapat menonton muzikal ni. Ayuh ke Jakarta yuk!

Sedutan Muzikal Laskar Pelangi. Lawat mereka di


Lagu "Jari-jari Cantik" nyanyian magis dari si cilik Christoffer Nelwan.. yang bisa membawa kalian terbang di kayangan bagai kupu-kupu.. ah bagai syurga dunia!


apakah ini gerangan yang sedang ku rasakan
dunia seperti berputar, badanku bergetar
seperti ada kupu-kupu menari dalam perutku

siapakah engkau gerangan putri dari kayangan
jemarimu begitu cantik, hatiku tergelitik
seperti ada kupu-kupu menari dalam dadaku

aku mendengar suara berdenting, aling aling oh aling
mengalun bergantian merdu, aling aling oh aling
melagukan indah namamu

sudikah kau genggam tangan putri dari kayangan
jemarimu begitu indah, membuat hati gundah
seperti ingin menggubah seribu lagu untukmu

dalam tidur kan ku panggil namamu


Tahun 2008: Aku dan Andrea Hirata - penulis karya agung Laskar Pelangi

31 December 2010

Siti di Alam Fantasi 2010

Seronok dan ceria berwarna warni! Itu perkataan yang sesuai untuk teater ni. Satu persembahan teater yang penuh warna warni dan lucu membuatkan aku mahu kembali menjadi kanak-kanak. Jalan ceritanya sangat mudah yakni tentang pengembaraan Siti (Liyana Jasmay) dan pembantu rumahnya (Ebi Yus) mencari batu geliga saktinya yang hilang. Sepanjang pengembaraan, mereka bertemu dengan ratu labah-labah jahat (Vanidah Imran), sesumpah yang mendebarkan, geng katak perasan, geng lipas yang nakal, geng ulat bulu gedik, geng duyung ayu dan macam-macam lagi.


Teater ni menarik kerana banyak menggunakan kesan bunyi, pencahayaan laser yang berwarna warni dan semestinya kostum yang cantik. Babak di dalam laut sangat memukau mata. Terasa seperti melihat sebuah akuarium besar di atas pentas. Berhiaskan ikan duyung yang bergantungan seolah-olah sedang berenang di depan mata, dikelilingi batu karang dan rumpai laut yang sangat cantik berwarna warni.

Watak paling menarik adalah empat ekor lebah lucu lakonan kanak-kanak yang comel belaka. Tergedik-gedik badannya supaya nampak seperti lebah yang sedang terbang. Tak kurang juga watak Pokok (Johan Raja Lawak) yang bersahaja dan watak ulat bulu yang memang gatal!


Keseluruhannya, teater ni memang mencapai jangkaan aku yang mahu masuk ke alam fantasi. Tapi kalau dapat duduk di kerusi yang paling bawah (stall) mesti akan lebih berpuas hati kerana akan terasa seperti benar-benar masuk ke alam fantasi. Apapun tahniah buat semua pelakon, tenaga kerja dan pengarahnya Aminah Raphor. Bukan kanak-kanak saja yang suka, bapak budak pun aku tengok bergelak ketawa tak ingat dunia! Hahahaha.


Selalu berkasih sayang, sepanjang hayat akan dikenang,
kaya bukan angkuh meraja, miskin bukan hamba selama.


Kredit gambar:
axa87.blogspot.com,
bluebuzzportal.blogspot.com,
azreeariffin.blogspot.com,
jumir-myspace.blogspot.com,
Boleh baca banyak lagi tentang teater ni dengan gambar yang cantik di atengbest.blogspot.