07 December 2010

Siapa Kamu? Pensil atau Pemadam?

Pensil: Maafkan aku.

Pemadam: Kenapa? Tiada kesalahan yang pernah kau lakukan.

Pensil: Maafkan aku kerana selalu menyakitkan kau. Terlalu kerap membuat silap dan kau tetap datang untuk membetulkan. Semakin kau memadam kesilapan, semakin sakit kau mengecil.

Pemadam: Itu adalah perkara yang sepatutnya aku lakukan. Bekerja demi satu kebenaran adalah seribu kepuasan untuk aku. Walaupun nanti aku akan digantikan dengan yang baru, tapi aku pasti gembira kerana aku telah melakukan perkara yang betul.



Kadang-kadang kita tidak takut untuk melakukan kesilapan apabila kita tahu ada orang yang akan membetulkannya.

No comments: