Mekarnya cuma semalam
Dalam dua belas purnama
Mewangi semerbak menyelubungi
Seribu malam
Bagaikan di dalam taman-taman firdausi
Yang mengalir sungai nafas abadi.
Kelopaknya mula terbuka
Kala pepohon sujud ke tanah
Bayu damai tenang beralun
Bumi dan langit asyik
Berzikir dan memuji kebesaran Ilahi…
Jibrail turun mengirim
Khabar gembira kepada insan-insan
Yang meneguk madu
Bunga Lailatul-Qadr…
Ranting-ranting tahajud
Dedaun tasbih menguning
Mula luruh di dada
Seorang pembawa obor malam…
Katanya... (yang memetik bunga itu)
“Alangkah nikmatnya beribadat
Menghiasi sepertiga malam
Menangisi dosa-dosa
Mengagungi Rabbul ‘Izzati
Dengan penuh syahdu…
Inilah bunga abadi
Yang selalu dilupai.”
Moga kita adalah dia.
Gombak.
24 Julai 2002
© an-nidxam
Dalam dua belas purnama
Mewangi semerbak menyelubungi
Seribu malam
Bagaikan di dalam taman-taman firdausi
Yang mengalir sungai nafas abadi.
Kelopaknya mula terbuka
Kala pepohon sujud ke tanah
Bayu damai tenang beralun
Bumi dan langit asyik
Berzikir dan memuji kebesaran Ilahi…
Jibrail turun mengirim
Khabar gembira kepada insan-insan
Yang meneguk madu
Bunga Lailatul-Qadr…
Ranting-ranting tahajud
Dedaun tasbih menguning
Mula luruh di dada
Seorang pembawa obor malam…
Katanya... (yang memetik bunga itu)
“Alangkah nikmatnya beribadat
Menghiasi sepertiga malam
Menangisi dosa-dosa
Mengagungi Rabbul ‘Izzati
Dengan penuh syahdu…
Inilah bunga abadi
Yang selalu dilupai.”
Moga kita adalah dia.
Gombak.
24 Julai 2002
© an-nidxam
No comments:
Post a Comment