Kalau ada yang sedia maklum, aku adalah pegawai kerajaan berstatus projek. Bukan sambilan, bukan kontrak apatah lagi tetap. Justeru, terbangnya aku ke Republik Rakyat China pagi esok sedikit sebanyak menjadi satu perlambangan kepada pengakhiran karier aku di perbadanan ni. Hangzhou adalah saksi kepada kemuncak projek yang aku usahakan selama setahun yang lepas.
Sepulangnya aku ke bumi Malaysia pada 12 November nanti, aku harus bersedia untuk mencari rezeki di tempat lain pula. Takkan mahu tunggu dihalau pergi. Takkan mahu terus mengharap belas ihsan di rumah tumpangan ni.
Jadi beritahukan kepada aku, perasaan semacam apakah yang seharusnya berada dalam hati aku sekarang ni? Ya aku sedih kerana barangkali nanti aku terpaksa meninggalkan kerja yang sangat aku minat ni. Kerana minatlah aku betah kekal di sini walaupun hanya berstatus staf projek. Ya aku gembira kerana akan dapat bertemu manusia dari serata dunia, melihat sebahagian daripada tanah besar China dan melancong secara percuma haha. Kerana China jugalah aku terus kekal berkhidmat di syarikat kesayangan aku ni hehe.
Wahai diri, bergembiralah kamu. Dan rebutlah segala peluang dan ilmu yang ada di sana. Sematkan elok-elok buat bekal di tanahair nanti. Bukankah sudah dinyatakan, rezeki Tuhan itu ada di mana-mana sahaja. Pokok pangkalnya usaha. Seperti kata pepatah, menuntut ilmu biar sampai ke negara China. Yahooooo lepas ni aku tak perlu menuntut ilmu lagilah kan? Hahaha~
Tapi... aku rasa takut juga kerana esok; jam 9.30 pagi Isnin 3 November 2008; adalah hari bersejarah kerana aku akan naik kapal terbang buat pertama kalinya huhuhu. Aku pergi demi negara dan tanggungjawab, moga dipermudahkan segala urusan. Kalau aku tak pulang, jangan ditangisi. Barangkali hati aku sudah terpaut kepada amoi-amoi cun di sana. Ahaks~
Teman, doakan aku selamat pergi dan kembali ya :)

p/s: Jumpa saya di New Century Grand Hotel Hangzhou. Top 20 in China, the highest hotel in Hangzhou, 5 stars rating and all the 512 well-equipped deluxe rooms are located above the 19th floor for guests to enjoy a bird's-eye view of the beautiful city of Hangzhou.. baru dapat maklumat ni tadi ... huhuhu aku sangat teruja menantikan hari esok !!!