02 February 2011

Apa Itu Awan Nano?


begitulah awan nano
setia melindungi diri
tika panas mencuba menggores pipi
dan bibirmu

begitulah awan nano
sering saja tak terduga hadir
dan tak akan tercapai jejarimu


Awan apabila memutih di langit, tak ramai yang menghargai akan kewujudannya. Hadirnya sekecil zarah nano yang halus. Kalau ada, adalah. Kalau tiada, tak mengapa. Hanya apabila terik mentari membakar pipi, ketika itulah kita tercari-cari lindungan redupnya. Hanya apabila mendung menyelubungi hari, ketika itulah kita ternanti-nanti kemunculan lingkaran peraknya.

Sayangilah mereka selama masih mereka di depan mata. Jangan tunggu sehingga awan nano merajuk membawa pergi hujan jauh dari bumi lantas membiarkan mentari membakar kulit.

Dengarkan lagu ketiga Hafez bertajuk Awan Nano ciptaan M Nasir dan lirik sulung nukilan Buddhi Hekayat (gambar). Tuan Buddhi, sebetulnya maksud awan nano itu apa ya? Kata seorang teman kepada Buddhi di tansrikudu.blogspot, Awan Nano bukan sekadar lagu, ia adalah sejarah. Buddhi Hekayat pula kata awan nano kalau diceritakan, takutnya akan berkolah air mata. Wah!

Diambil dari Facebook Buddhi Hekayat . Jom ramai-ramai "Like" fanpage beliau. Single lagi tu hahaha tahu aja aku :p

Video klip Awan Nano yang akan membuatkan kalian tersentak ..tidakkk!


9 comments:

IMANSHAH said...

like this song..

salam kenal..

~readikara~ said...

baru rs suare hafiz sgt sedap ble dgr lagu ni..now dh bole terima kenyataan die menang vokal terbaek..hehehe

MonizaM said...

iman: salam kenal..mari sama2 menjadi awan nano :)


fiza: sedap kan? mantap! huhu

maIra said...

drop by.tgh dgr awan nano

Anonymous said...

JUARA LAGU AJL UNTUK LAGU YANG ADA JIWA,BUKAN LAGU MENGARUT DAN CINTA-CINTA MUDA MUDI YANG MEROSAKKAN AKHLAK... 5 hingga 10 tahun nanti adakah lagu CINTA MUKA BUKU ATAU LAGU YUNA AKAN MENJADI INGATAN DAN SIULAN ORANG RAMAI??? ANDA BOLEH NILAI SENDIRI :)

Jokeonsalo said...

Suka entri nie..hafiz memang layak merangkul gelaran Juara Anugerah Juara Lagu 26..tahniah hafiz!
Jum siggah sini http://jokeojeonsalo.blogspot.com/2012/01/awan-nano-juara-lagu-26.html

Ummi Hanie said...

salam tuan umah ,

sy kredit entri ke blog ni ye ... nnti leh baca ;)

http://ummihanie.com/awan-nano-punya-maksud-tersirat/

time kasih :)

Anonymous said...

sori m.basir!

ini bukan nasib!

hafiz mmg layak menang...

Anonymous said...

syabas hafis..

like you..