21 December 2006

Fleeting Reach

do you seek me?
my hands reaches as yours do
do you need me?
my soul is burning for trust

"you are my solace"
is it true?
the lies i've heard cloud my eyes
the guilt i carry shrouds my heart

i am without choice
as i was, as i am
a wandering soul
and then, you came to me

you lent me your wings
you shared me your warmth
and as i smiled at your light
a rain of tears left my eyes

my soul questions me
asking for reality
and i said "no"
if this is a dream
then i wish only to sleep

for now, let my soul doubt
for none of it matters
until our bond answers it


The most precious gift from someONE...
HAPPY BIRTHDAY an-NIDXAM !!!

12 December 2006

Dua Belas Dua Belas

12/12/1982. Tarikh paling nostalgia. Aku yakin, aku menangis dengan sekuat hatinya pada tarikh ini dahulunya. Pada hari ini jugalah aku telah membuatkan emak menangis menahan sakit. Telah membuatkan ayah tersenyum saat memperdengarkan azan pertama buat aku. Ya, inilah hari kelahiranku. 24 tahun telah berlalu. Sebetulnya aku ingin menangis lagi pada tarikh ini. Dan dalam masa yang sama ingin membuatkan orang lain tersenyum gembira.

Sebenarnya, apakah yang kita harapkan pada setiap hari kelahiran kita ya? Moga panjang umur dimurahkan rezeki.. kata kakak aku.

10 December 2006

Saat-saat Melankolik

...saat mengenang kamu yang jauh
saat mengimbau memori berlabuh...

ingatkah kamu akan aku
sayangkah kamu akan aku
rindukah kamu akan aku
sepertimana ingat sayang rinduku pada kamu..?

sayang..
sesungguhnya
pada saat-saat seperti ini
aku ingin sekali berada di sisi kamu


argh! aku berjiwang lagi.. tapi sekali sekala berjiwang untuk jiwa tak mengapa kan? hah!

04 December 2006

Fenomena Lelaki Feminin

Semakin lama aku bergelumang dalam dunia zapin, fenomena lelaki feminin semakin menjadi perhatian. Sebenarnya, pada awal penubuhan pasukan zapin UIAM, kami bertekad untuk menjadikan ahli-ahlinya bebas daripada fenomena ini. Itu adalah polisi UIAM. Malangnya, kami terlepas pandang. Lantas kami terperangkap antara diskriminasi dan polisi. Lelaki feminin berpegang pada alasan diskriminasi manakala yang selebihnya berpegang pada polisi.
Sehari-hari kami cuba berkompromi dengan polisi. Namun setelah hampir enam bulan pasukan zapin UIA bergerak aktif, ternyata fenomena lelaki feminin ini sedikit sebanyak menganggu kami. Masing-masing mula menyuarakan kerisauan...Hanafi, kak Ja, kak Maswa, kak Liza, malah penganjur program dan juga penonton. Tanpa penganjur yang mengundang kami untuk membuat persembahan dan penonton yang menyaksikan persembahan kami, Nafastari tidak akan mampu pergi lebih jauh. Jadi, mana satu harus dipilih?
Tapi kebelakangan ini, nampak gayanya kami tak mampu lagi berkompromi dengan polisi. Istilah lelaki feminin perlu dimansuhkan atau Nafastari akan...

17 October 2006

NAFASTARI.. Kami Telah Memulakannya...

16 Oktober 2006 menjadi tarikh rasmi penubuhan NAFASTARI. Hari inilah kami mengutip pengalaman semalam untuk membantu kami terus bernafas dalam dunia tari di Taman Ilmu dan Budi ini. The Pioneer of IIUM Zapin Team dengan bangganya memperkenalkan kepada anda gelaran kami yang terbaru.. NAFASTARI.
Terima kasih kepada saudara Jay @ Ahmad kerana membenarkan kami menggunakan gelaran hasil idea indah beliau ini untuk kami jadikan sebagai nama rasmi kumpulan tari UIAM. Sengaja kami mengeluarkan nama "Zapin" kerana selepas ini kami ingin menjadi lebih besar daripada itu. Menjadi lebih besar dengan semangat yang lebih kuat dan kerja yang lebih keras. Demi memastikan NAFASTARI akan terus bernafas di sini.
Orang kata.. apa ada pada nama kan? Apa anda juga berfikiran yang sama?
Nota kaki: Aku tak tahulah sama ada aku akan sempat bernafas di dalam NAFASTARI...

06 October 2006

Dunia Baru Aku....

Satu semester hampir berlalu. Tak sangka selama satu semester ini aku bergelumang sepuas-puasnya dengan dunia zapin. Sesuatu yang tak pernah aku terfikir nak lakukan sebelum ini, tiba-tiba dah menjadi satu kegemaran yang sukar nak ditinggalkan lagi.

Taaruf Week July Intake (Registration): Persembahan pertama di UIA demi melepaskan gian selepas balik bertanding dari Johor. Dipersembahkan sempena pendaftaran pelajar-pelajar baru ke UIAM. Jam 11 pagi di luar CAC. Huh! Kami sanggup berzapin di tengah kepanasan pagi. Malah kami sanggup buat pentas sendiri disebabkan portable stage yang disediakan tak seperti yang dijanjikan. Argh! Pentas memang sangat menganggu kami kali ini. Bergoyang-goyang.

Taaruf Week July Intake (Cultural Night): Respon penonton untuk lagu Ya Salam sangat membuatkan kami teruja di atas pentas. Kopak sebaris yang tak akan dilupakan. Dan malam ini pertama kali kami mempersembahkan lagu Rukun Islam. Penonton yang semuanya pelajar baru UIAM tergelak tatkala mendengar permulaan lagu, tetapi kemudian terkelu seribu bahasa. Insaf kot.. haha! Untuk makluman, lagu Rukun Islam memang kami tak akan senyum di atas pentas. Serius beb!

Humanitarian Week: Memang menakutkan kalau terpaksa berzapin atas portable stage. Tepi sungai pula tu. Sangat tak stabil. Kami lepas geram, buat 3 lagu sekaligus. Ya Salam, Rukun Islam dan lagu baru Ya Ladan.

E-Fest Closing Ceremony: Bolehlah…yang penting berbayar. Hehe.. Tapi macam tak percaya program di UIA dimulakan dengan tarian sebagai pembuka majlis.. hmm..

Opening Ceremony Inter-Varsity Musabaqah al-Quran: Pencetus kontroversi sikit. Yelah, tak pernah orang berzapin dalam program macam ini. Tapi hakikatnya kami cuma buat lagu Rukun Islam je. Tak lari konsep pun. Kostum baru dah siap. Songkok tinggi lagi. Baru terasa macam orang Johor haha!

Convest@Stage: Persembahan yang agak mengelirukan sebab kami tak tahu apa yang pihak penganjur mahukan. Kami redah je, buat lagu baru Farizal Ham dengan Hari Ribut.

Convocation Ceremony: Aku tak berzapin dalam persembahan ini, tapi aku terasakan sakitnya. Nak tahu kenapa? Rakan-rakan aku terpaksa berzapin di tengah panas kira-kira jam 2.30 petang dengan hanya beralaskan karpet disaksikan penonton yang boleh dikira dengan jari. Mereka yang berzapin memang melecet kaki. Macam pijak besi panas. Kesian. Nasib baik ini arahan kak Maswa.

IIUM Merdeka Countdown: The most happening performance! Kami berzapin untuk acara finale di atas trek stadium dikelilingi ribuan penonton yang bersila betul-betul di depan mata. Tak pernah terfikir akan berzapin di depan penonton sedekat ini.

Malam Getaran Merdeka: Tak tahu apa masalah dengan persembahan yang diadakan di Matrik UIA ini. Sama ada mentaliti penontonnya atau pun tarian kami. Setiap langkah kami mereka ketawakan. Lagaknya macam menonton komedi Senario. Sangat-sangat menganggu emosi kami di atas pentas. Mungkin ini pertama kali mereka menonton zapin agaknya. Atau memang orang melayu tak suka tepuk tangan agaknya.

Perhimpunan Siswa Merdeka MAKUM & KeKKWa: Ini bukan persembahan zapin tapi menari jugalah. Bezanya kali ini aku tak menari tapi menjadi jurulatih untuk penari-penari UIAM. Kesemua 18 IPTA di Malaysia berkampung selama 4 hari di UKM untuk membentuk satu persembahan kebudayaan berwarna-warni sempena merdeka. Sangat meriah! Gegak gempita DECTAR UKM dengan hampir 2000 orang penuntut IPT. Aku rasa program ini boleh buat satu entri dalam blog ni. Terlalu banyak kenangan untuk diceritakan.

Ummatic Week: Dikira sebagai persembahan kami yang terakhir untuk semester ini. Kami gabungkan lagu Dia Datang dan Joget Malaysia dengan tarian zapin. Yelah sebab kami mewakili Malaysia untuk program ini, dan bukan Johor semata-mata. Cuma satu masalah besar malam ini, sistem audio yang sangat-sangat mendukacitakan. Tersekat-sekat. Seolah-olah dikendalikan oleh budak sekolah! Begitulah nasib kalau bekerja dengan orang yang tidak profesional. Menyakitkan hati… Nasib baik penonton yang kebanyakannya foreigner yang sangat sporting menyelamatkan keadaan dan emosi kami. Thank you guys!
Hampir semua persembahan kami rakamkan. Nak tengok? Hehe... Semua itu untuk kenang-kenangan jatuh bangun "The Pioneer".

Apa Cerita Nizam?

Ada dua sebab aku gagal membuatkan blog aku ni sentiasa segar dengan cerita-cerita baru. Pertama; komputer aku kena serang virus. Selalunya aku menulis di bilik, maklumlah dalam bilik lebih terasa "feel" nak menulisnya. Kemudian baru aku simpan masuk dalam "pendrive" dan terus ke internet. Disebabkan virus, makanya aku takut untuk memindahkan tulisan-tulisan ke dalam pendrive. Akhirnya semua cerita terbengkalai..

Sebab keduanya, aku belum ada "pendrive". Hahaha! Aku patut lebih berteknologi tinggi dengan lebih cepat. Argh! Inilah padahnya kalau kerja asyik bertangguh.

24 June 2006

The Pioneer - IIUM Zapin Team.

Aku Demam.
Argh! Orang lain demam bola, demam AF4, demam AQ, aku pulak demam betul-betul! 14 Jun lepas badan aku tiba-tiba panas, membawa kepada demam, sakit kepala, merah-merah satu badan, gatal-gatal, kulit menggelupas...dan akibatnya aku terpaksa tunda satu paper final exam. Jadi sekarang, aku menghitung hari menunggu "Special Exam" untuk paper tuh [ lambat lagi lah aku nak declare diri aku sebagai GRAD nampaknya.. ] Aku sepatutnya bekerja sambilan macam biasa kat Kolej Office Ali ni, tapi disebabkan masalah kesihatan aku seminggu yang lepas ni, aku belum mampu nak mula bekerja. But alhamdulillah, everything is getting better now.
The Pioneer
Sekarang aku nak bercerita pasal zapin. Aku mula tahu pasal UIA nak buat team menari ni dah lama malah Kak Maswa dah pernah buat audition pun sebelum ni. Tapi disebabkan yang datang kebanyakannya adalah "mat-mat lembut", jadi kak Maswa rela membatalkan je niat tu. Tapi untuk projek zapin kali ni, Kak Maswa serahkan pada Kak Ja pulak. Maka untuk mengelakkan masalah yang sama berulang, Kak Ja pun berhempas pulas mencari lelaki yang "bukan lembut" untuk join team zapin ni. Kalau tak, selagi itulah UIA tak akan ada team menari. Dan selagi itulah kita tak akan sedar bahawa sebenarnya ramai lelaki boleh menari di kampus biru ni, cuma masalahnya mereka malu dan takut dilabelkan sebagai lelaki lembut.
Audition
Akhirnya, Kak Ja berjaya mengumpulkan hampir 30 nama budak lelaki. Aku pun tolonglah Kak Ja telefon dan confirmkan semua nama-nama tu dan maklumkan pasal audition tu dan 95% daripada diorang bersetuju untuk datang. Baguslah. Mesti meriah nanti! Kiranya 2-3 hari sebelum audition tu, kitorang sama-sama sediakan apa yang patut untuk memastikan semuanya berjalan lancar. Paling penting, ada orang yang datang audition!!!
Akhirnya, 12 nama je yang dipilih daripada 23 orang yang datang semasa audition tu. Dan aku salah seorang daripadanya.. hehe. Tak sangka jugak, sebab aku tak pernah menari pun sebelum nih. Alih-alih terpilih menjadi antara perintis team zapin UIA. Makanya, bermulalah episod suka duka kitorang yang dua belas orang ni... Razz, Wak, Lan, Syazwan, Hafaz, Shah, Maman, Hairil, Wan Malik, Adnan, Hanafi dan aku. Sayangnya, Hairil dan Wan Malik terpaksa menarik diri dan digantikan oleh Along dan Amer. Training kami tiap-tiap malam di mana-mana je. Seminar Room CAC, Main Hall, banquet, parking VIP CAC, Main Audi, pantry. Rasanya, hampir setiap ceruk CAC tu kitorang dah jelajah.
Accident
Trainer kitorang adalah Abg. Khalid, koreografer tari dari Istana Budaya dan juga bekas penari Yayasan Warisan Johor yang memang dah terkenal dengan zapin tu. Zapin memang kepakaran dia dan hasilnya, memang semput jugaklah kitorang nak mengejar koreografi lincah yang dia reka tu. Dan disebabkan kitorang ni bukanlah penari, so accident time menari tu memang biasa sangat. Sampaikan ke hari full-dress rehearsal pun, kitorang masih kelam kabut lagi.
Sampai ke hari pertandingan, kami tawakal je. 20 Mei 2006, pentas Dewan Sultan Iskandar UTM menjadi saksi persembahan kitorang. Bila tengok balik rakaman videonya, boleh tahanlah! Sangat bagus untuk sebuah team seperti kami yang baru pertama kali berzapin. Tapi kalau nak dibandingkan dengan team senior lain macam UTM, UM dan UiTM yang mengungguli tiga hadiah utama, memang masih banyak yang kitorang perlu belajar.
Sejurus balik dari UTM, Insya Allah ada tiga persembahan yang akan kami jayakan di UIA pulak. Kitorang akan mula berlatih semasa cuti semester ni. Sesungguhnya, projek ini adalah projek jangka panjang. So, aku berharap sangat team zapin ni akan terus kekal di UIA ni. Sebagai antara lambang anak bangsa yang masih menghargai budaya Melayu. Persetankan elemen-elemen luar yang hanya pandai mengutuk kita. Bak kata Kak Maswa: "buktikan... MAN CAN DO IT!"
Terima kasih Kak Maswa dan S-Dev. Terima kasih Kak Ja. Terima kasih abg. Khalid. Terima kasih the pioneer.. korang memang best!!!

15 June 2006

Festival Zapin Johor MAKUM 2006

Sekarang aku dah mula dikenali sebagai Nizam Zapin pulak. Dah tak ada Nizam Pantun lagik.. kenapa ya? hehe.. inilah aku nk kongsi dgn korang sume..

Buat masa sekarang, aku tak ada mood lagi nak bercerita tentang pengalaman Zapin kitorang selama sebulan yang lepas.. Lagipun tengah demam final exam sekarang nih.. So, tunggu ok? Banyak cerita menarik yang bakal korang ketahui. Sebabnya, team Zapin ini adalah yang pertama seumpamanya di UIAM (UIAM tak pernah ada team menari sebelum nih tau), maka buat pertama kalinya UIA menghantar wakil ke pertandingan Zapin antara IPTA, yang membariskan penari-penari lelaki UIA yang semuanya baru pertama kali belajar menari Zapin Pekajang... Makanya, kami berlatih setiap malam selama lebih kurang 3 minggu berturut-turut dengan harapan kami akan mendapat tempat yang pertama atau sekurang-kurangnya kami bukanlah yang "pertama dari belakang" ...

Inilah kisah suka duka The Pioneer - IIUM Zapin Team.. projek ulung daripada Kak Zakiah @ Kak Ja, Cultural Unit S-Dev. Dan aku bangga menjadi sebahagian daripadanya.

p/s: Tagboard aku bermasalah pulak.. so, korang tinggalkan lar komen utk aku kat tempat komen tuh k? Sementara tunggu aku nk carik tagboard lain plak.. ok? thank you..

19 April 2006

Pesara Cinta

Kerna aku takut akan seksaan dari Tuhanku
Sukarnya diriku mengerti dirimu
Pada nilai dan harga dirimu
Apa yang kutahu diriku teruji
Dengan keanggunan wajahmu
Andai dikau menjelma kubagai tak berdaya
Bergetar naluri dihati
Lambaian sang bidadari
Kaburi mata ini
Haruskah ku mencari
Apa yang tidak pasti

Ku menjauh.......
Tak mahu ku tempuhi
Perjalanan yang suram ini
Ku menjauh.....
Daripada kuteruji
Apa yang tidak pasti
Sukarnya diriku mengerti dirimu
Pada nilai dan harga dirimu
Apa yang kutahu diriku teruji
Pada keanggunan wajahmu
Dikala kau menjelma
Ku bagai tak berdaya
Bergetar naluri dihati
Senyuman sang bidadari
Kaburi mata ini
Haruskah ku mencari apa yang tidak pasti
Akan ku lari jauh-jauh untuk menghindarkan diri
Kerna aku takut akan seksaan dari Tuhanku
Allahumma ajirna minannar.......
Inni akhafullah


...aku mahu menjadi pesara cinta,
tapi kadang-kadang
kekosongan hidup memaksa aku terus mencari cinta...

06 April 2006

Tag? (abende ntah)

Aku kena tagged dgn Jr. Aku tak pernah jawab tag yang orang bagi kat aku selama ini. Tapi sebab dah lama aku tak update blog nih.. jadi aku jawab jelah.. kesian kat Jr... dia siap nak tukar url blog aku lagik sebab confuse sama ada aku masih aktif sebagai blogger atau tak.. yes! im stil here.. oranglipis...

4 jobs:
1. Cafe Attendant kat Hospital Lipis - seronok, dapat tengok macam-macam jenis orang sakit.
2. Part time Kolej Ali - naik turun blok, tengok betapa pemalasnya budak-budak UIA nak kemas bilik. (tapi tak semua lah). Hampir tiap2 sem aku kerja nih..
3. Keje kat restoran kat tempoyang.. skang kedai tuh dh tukar owner kot.
4. makan.. tidur.. keje paling aku suka.. (actually dh xde keje lain dh)

4 movies:
1. Jingles All The Way- filem utk Krismas.. x best pon, tp nilah citer pertama aku tgk wayang.. dgn kakak aku.. hehe.. kecik lagik masa tuh.
2. The Descent - Midnite show paling mengecutkan perut aku, mungkin disebabkan environment kot.
3. Eiffel.. Im in Love - aku tgk banyak kali. Tak tahu kenapa. Maybe im in luv masa tuh kot.. ahaks!
4. Ada Apa Dengan Cinta - satu bilik gile cite nih masa tuh.. sampai sume roomate hafal dialog dgn lagu-lagunya sekali.. termasuklah aku.. haha!

4 places i lived:
1. Kuala Lipis - tempat lahir, tempat besar, tempat sekolah, tempat paling nostalgia dlm hidup aku..
2. Keramat - rumah kakak-kakak dan abang aku.
3. UIAM Gombak - semestinya tempat aku mengenal erti perjuangan.
4. Petaling Jaya - matrix uia.. 1st time jadi orang KL masa tuh.. hehe

4 vehicles i own:
Sama mcm Jr. aku dah lama hidup menumpang. Kalau LRT Putra tuh aku boleh beli.. tular kenderaan aku kot.. hehe

4 album i cant live without:
Banyak jugak album original aku beli, tapi tak bermaksud aku x boleh hidup tanpa album2 tuh.. selalunya aku cepat bosan dan sentiasa nakkan yang baru..

4 places i'd rather be:
1. Pantai.
2. Mana-manalah janji dengan yang tersayang.
3. Kedai makan - suke makan, tapi tak gemuk2 jugak.
4. Bilik tidur.

4 of my favourites food:
1. Mak aku masak apa2 pon aku makan jek.. tapi kalau kat kedai makan, aku memilih giler..
2. Breakfast kat Hotel at least 3 bintang.. best woo..
3. Gulai masam ikan patin atau ayam - tapi rupa2nya tak semua org tau mcmn gulai masam tuh..
4. Fast food

4 favourites tv series:
1. Setahu aku, aku slalu layan tv series sekerat2.. aku cepat bosan maa..
2. Tapi AF3 aku layan sampai habis woo.. sebab tsuMawi kot dan sebab masa tuh aku free gile.. tgh cuti semester.. hehe..
3. Pangako Sa Yo.. haha.. teman mak aku tgk sama2 kat rumah.. layannn..
4. Citer-citer cina kul 6ptg tuh.. tp mcm biasa lar.. tgk sekerat2..

4 sites i visit daily:
1. Myspace
2. Friendster
3. Blog aku dan sume yg dalam list (tp jarang2 gak update)
4. Agensi mencari jodoh.. haha!

4 of you, please carry this tag:
1. ATBK.. haha!
2. Asyraful
3. Muqreez? – senyap jek budak nih…
4. Nurul @ click – jwb cepat! Hehe..

Anugerah




Ah! Lamanya tak ke sini. Terlalu banyak yang dah berlaku. Pesta Pantun MAKUM 2006, Annual Vision Award 2006, apa lagi ya? Yang lain-lain itu hal-hal peribadi lah.. Tak sesuai dipamerkan di sini.. hehe..


Kedua-dua program tersebut sangat unik dan memberi impak tersendiri dalam perjalanan hidup aku di bumi UIAM ini. Pesta Pantun Makum 2006 menjadi saksi kepada aktiviti kepantunan aku (ada ke istilah nih hehe) dan Annual Vision Award 2006 Mahallah Ali dan Ameenah menjadi saksi kepada aktiviti kolej aku.

Kedua-dua program ini berorientasikan pertandingan. Namun, bukan soal kekalahan atau kemenangan yang ingin aku utarakan, tapi lebih daripada itu. Sesuatu yang tak mampu ditafsirkan oleh perkataan.

Apapun, terima kasih pada semua yang berada di belakang aku dan menyaksikan jatuh bangun aku selama ini. Kita menang bukan bermaksud kita yang terbaik, dan kita kalah bukan bermaksud kita yang terburuk. Kan?

Yang penting, di sebalik setiap kejayaan itu, ada sesuatu yang kita bawakan. Sesuatu yang mungkin mampu mencelikkan orang yang buta, memberi rasa kepada orang yang tidak berperasaan selama ini. Itu pastinya antara yang terindah bukan?

Ya, aku sentiasa mencari yang terindah.

Lagi tentang Annual Vision Award 2006:
Rakaman Video 1
Rakaman Video 2

Lagi tentang Pesta Pantun MAKUM 2006:
Laporan dan Gambar
Apa Ada Dengan Menang?

23 January 2006

Festival Pantun Piala Canselor MMU Melaka

Selama tiga hari, lapan pemantun taman ilmu dan budi berkampung di MMU Melaka untuk melunaskan janji mereka.
Kami menghantar dua pasukan untuk bertanding. UIAM (A) dan UIAM (B). Satu pasukan dihantar secara rasmi (dibiayai oleh UIA) manakala satu lagi secara tidak rasmi (secara suka-suka dan kami laburkan duit sendiri RM 50 seorang).
Peringkat saringan secara liga agak memeritkan. Pertama, kerana tema-tema pantun hanya akan diberikan 30 minit sebelum pertandingan. Kedua, setiap pasukan akan melalui empat perlawanan untuk menentukan juara kumpulan. Ketiga, kami masih belum benar-benar bersedia baik dari segi latihan mahupun persediaan pantun-pantun untuk dijual.
Alhamdulillah, peringkat saringan berakhir di mana Pasukan UIAM (A) berjaya menjadi juara kumpulan A manakala Pasukan UIAM (B) berjaya menjadi naib juara untuk kumpulan B. Berikut adalah kedudukan pasukan setelah peringkat saringan berakhir:
KUMPULAN A
1. UIAM (A) - 3 menang 1 kalah
2. UPM - 3 menang 1 kalah
3. UKM
4. MMU CYBERJAYA
5. UNITEN
KUMPULAN B
1. MMU MELAKA - 4 menang
2. UIAM (B) - 3 menang 1 kalah
3. KPM BERANANG
4. KUSTEM
5. UTM
Maka, dua pasukan teratas dari setiap kumpulan layak ke separuh akhir. Ah! Kami ditakdirkan untuk bertemu sesama sendiri pula. Perlawanan separuh akhir antara UIAM (A) dan UIAM (B). Justeru, UIAM sebenarnya telahpun menempah tiket ke peringkat akhir. Manakala MMU Melaka pula ditemukan dengan UPM.
Dipendekkan cerita, 2 pasukan yang layak ke peringkat akhir adalah UIAM (A) dan UPM. Erm... UPM sememangnya musuh tradisi UIAM sejak tahun 2000 lagi. Kami pasti akan bertemu dalam mana-mana pertandingan pantun yang dianjurkan seperti MAKUM, Bulan Bahasa DBKL, TRiTUN, dan Piala Canselor MMU Melaka ini.
Pertandingan akhir menyaksikan UPM dinobatkan sebagai juara. Nordiana Liki, pemantun ketiga UPM pula berjaya membawa pulang anugerah pemantun terbaik. Kami terpaksa akur kepada keputusan. Pertandingan akhir ini aku kira amat sengit. Justeru sedikit kesilapan akan membawa padah yang besar. Ternyata, kami perlu lebih berhati-hati lagi untuk masa akan datang.
Walau apapun, ada beberapa perkara menarik yang kami lalui selama tiga hari ini:
1. Pasukan A yang kononnya dihantar sekadar suka-suka, berjaya layak hingga ke pusingan akhir. RM 50 yang dilaburkan saya kira amat berbaloi.
2. Ros Aniza, pemantun pertama UIAM (A) berjaya menjadi pemantun terbaik sebanyak 4 kali. Saya kira yang paling banyak berbanding pemantun-pemantun pasukan lain.
3. Separuh akhir mempertemukan dua pasukan adik beradik yang jarang-jarang berlaku pada mana-mana pertandingan lain. Kali terakhir seingat saya adalah di MAKUM apabila USM (A) bertemu USM (B).
4. Pertandingan separuh akhir tersebut seolah-olah menjadi medan untuk kami melihat prestasi kami secara individu. Ibarat sesi latihan. Bezanya, kami berbaju melayu bersamping bagai :-)
5. Pasukan A sebenarnya adalah pasukan pelapis UIAM. Dua daripada mereka (kecuali Ros Aniza) tidak pernah duduk di pentas pertandingan pun. Tetapi kejayaan mereka melayakkan diri hingga ke peringkat akhir amat membanggakan kami; UIAM (B) yang merupakan pasukan senior UIAM.
6. Tujuan asal kami ke pertandingan ini adalah untuk memantapkan persediaan demi PestaPantun MAKUM yang bakal berlangsung Februari ini. Tak sangka pula kami berjaya sehingga ke peringkat ini.
8. Unit Kebudayaan UIAM sebenarnya telah menolak permohonan kami untuk menyertai pertandingan ini kerana hendak memberi tumpuan kepada penganjuran MAKUM yang bakal berlangsung di UIAM. Namun, setelah kami merayu untuk turut serta (degillah konon) akhirnya dua hari sebelum tarikh tutup penyertaan, kami dilepaskan juga. Alhamdulillah.
Tumbuh palas tepian kapas
Daunnya panjang menghias laman
Yang lepas biarkan lepas
Yang mendatang kami nantikan
Pertandingan Pantun Antara IPTA anjuran MAKUM-UIAM hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi. Kami mengorbankan cuti pertengahan semester untuk ini. Moga-moga, Allah merestui perjuangan kami. Insya Allah.

05 January 2006

Selamat Tahun Baru!!!

Huh! Lama sungguh aku tak update blog aku ni. Dari tahun lepas sampai masuk tahun baru. Haha! Tiba-tiba aku asyik bertanya pada diri aku sendiri...

Apakah aku sudah mati rasa untuk menulis?

Entahlah. Aku rasa aku masih perlukan abjad dan bicara untuk menterjemahkan setiap rasa dalam diri aku. Cuma, mungkin sekarang bukan masa yang sesuai. Aku benar-benar berada dalam keserabutan. Seolah-olah segala apa yang aku rasa tak mampu difahami oleh abjad dan bicara. Tak mengapalah. Insya Allah, esok lusa sembuhlah semua ini. Aku akan kembali mengaktifkan diri dalam oranglipis.blogspot ini.

Berikan aku sedikit masa untuk keserabutan ini.