17 October 2006

NAFASTARI.. Kami Telah Memulakannya...

16 Oktober 2006 menjadi tarikh rasmi penubuhan NAFASTARI. Hari inilah kami mengutip pengalaman semalam untuk membantu kami terus bernafas dalam dunia tari di Taman Ilmu dan Budi ini. The Pioneer of IIUM Zapin Team dengan bangganya memperkenalkan kepada anda gelaran kami yang terbaru.. NAFASTARI.
Terima kasih kepada saudara Jay @ Ahmad kerana membenarkan kami menggunakan gelaran hasil idea indah beliau ini untuk kami jadikan sebagai nama rasmi kumpulan tari UIAM. Sengaja kami mengeluarkan nama "Zapin" kerana selepas ini kami ingin menjadi lebih besar daripada itu. Menjadi lebih besar dengan semangat yang lebih kuat dan kerja yang lebih keras. Demi memastikan NAFASTARI akan terus bernafas di sini.
Orang kata.. apa ada pada nama kan? Apa anda juga berfikiran yang sama?
Nota kaki: Aku tak tahulah sama ada aku akan sempat bernafas di dalam NAFASTARI...

06 October 2006

Dunia Baru Aku....

Satu semester hampir berlalu. Tak sangka selama satu semester ini aku bergelumang sepuas-puasnya dengan dunia zapin. Sesuatu yang tak pernah aku terfikir nak lakukan sebelum ini, tiba-tiba dah menjadi satu kegemaran yang sukar nak ditinggalkan lagi.

Taaruf Week July Intake (Registration): Persembahan pertama di UIA demi melepaskan gian selepas balik bertanding dari Johor. Dipersembahkan sempena pendaftaran pelajar-pelajar baru ke UIAM. Jam 11 pagi di luar CAC. Huh! Kami sanggup berzapin di tengah kepanasan pagi. Malah kami sanggup buat pentas sendiri disebabkan portable stage yang disediakan tak seperti yang dijanjikan. Argh! Pentas memang sangat menganggu kami kali ini. Bergoyang-goyang.

Taaruf Week July Intake (Cultural Night): Respon penonton untuk lagu Ya Salam sangat membuatkan kami teruja di atas pentas. Kopak sebaris yang tak akan dilupakan. Dan malam ini pertama kali kami mempersembahkan lagu Rukun Islam. Penonton yang semuanya pelajar baru UIAM tergelak tatkala mendengar permulaan lagu, tetapi kemudian terkelu seribu bahasa. Insaf kot.. haha! Untuk makluman, lagu Rukun Islam memang kami tak akan senyum di atas pentas. Serius beb!

Humanitarian Week: Memang menakutkan kalau terpaksa berzapin atas portable stage. Tepi sungai pula tu. Sangat tak stabil. Kami lepas geram, buat 3 lagu sekaligus. Ya Salam, Rukun Islam dan lagu baru Ya Ladan.

E-Fest Closing Ceremony: Bolehlah…yang penting berbayar. Hehe.. Tapi macam tak percaya program di UIA dimulakan dengan tarian sebagai pembuka majlis.. hmm..

Opening Ceremony Inter-Varsity Musabaqah al-Quran: Pencetus kontroversi sikit. Yelah, tak pernah orang berzapin dalam program macam ini. Tapi hakikatnya kami cuma buat lagu Rukun Islam je. Tak lari konsep pun. Kostum baru dah siap. Songkok tinggi lagi. Baru terasa macam orang Johor haha!

Convest@Stage: Persembahan yang agak mengelirukan sebab kami tak tahu apa yang pihak penganjur mahukan. Kami redah je, buat lagu baru Farizal Ham dengan Hari Ribut.

Convocation Ceremony: Aku tak berzapin dalam persembahan ini, tapi aku terasakan sakitnya. Nak tahu kenapa? Rakan-rakan aku terpaksa berzapin di tengah panas kira-kira jam 2.30 petang dengan hanya beralaskan karpet disaksikan penonton yang boleh dikira dengan jari. Mereka yang berzapin memang melecet kaki. Macam pijak besi panas. Kesian. Nasib baik ini arahan kak Maswa.

IIUM Merdeka Countdown: The most happening performance! Kami berzapin untuk acara finale di atas trek stadium dikelilingi ribuan penonton yang bersila betul-betul di depan mata. Tak pernah terfikir akan berzapin di depan penonton sedekat ini.

Malam Getaran Merdeka: Tak tahu apa masalah dengan persembahan yang diadakan di Matrik UIA ini. Sama ada mentaliti penontonnya atau pun tarian kami. Setiap langkah kami mereka ketawakan. Lagaknya macam menonton komedi Senario. Sangat-sangat menganggu emosi kami di atas pentas. Mungkin ini pertama kali mereka menonton zapin agaknya. Atau memang orang melayu tak suka tepuk tangan agaknya.

Perhimpunan Siswa Merdeka MAKUM & KeKKWa: Ini bukan persembahan zapin tapi menari jugalah. Bezanya kali ini aku tak menari tapi menjadi jurulatih untuk penari-penari UIAM. Kesemua 18 IPTA di Malaysia berkampung selama 4 hari di UKM untuk membentuk satu persembahan kebudayaan berwarna-warni sempena merdeka. Sangat meriah! Gegak gempita DECTAR UKM dengan hampir 2000 orang penuntut IPT. Aku rasa program ini boleh buat satu entri dalam blog ni. Terlalu banyak kenangan untuk diceritakan.

Ummatic Week: Dikira sebagai persembahan kami yang terakhir untuk semester ini. Kami gabungkan lagu Dia Datang dan Joget Malaysia dengan tarian zapin. Yelah sebab kami mewakili Malaysia untuk program ini, dan bukan Johor semata-mata. Cuma satu masalah besar malam ini, sistem audio yang sangat-sangat mendukacitakan. Tersekat-sekat. Seolah-olah dikendalikan oleh budak sekolah! Begitulah nasib kalau bekerja dengan orang yang tidak profesional. Menyakitkan hati… Nasib baik penonton yang kebanyakannya foreigner yang sangat sporting menyelamatkan keadaan dan emosi kami. Thank you guys!
Hampir semua persembahan kami rakamkan. Nak tengok? Hehe... Semua itu untuk kenang-kenangan jatuh bangun "The Pioneer".

Apa Cerita Nizam?

Ada dua sebab aku gagal membuatkan blog aku ni sentiasa segar dengan cerita-cerita baru. Pertama; komputer aku kena serang virus. Selalunya aku menulis di bilik, maklumlah dalam bilik lebih terasa "feel" nak menulisnya. Kemudian baru aku simpan masuk dalam "pendrive" dan terus ke internet. Disebabkan virus, makanya aku takut untuk memindahkan tulisan-tulisan ke dalam pendrive. Akhirnya semua cerita terbengkalai..

Sebab keduanya, aku belum ada "pendrive". Hahaha! Aku patut lebih berteknologi tinggi dengan lebih cepat. Argh! Inilah padahnya kalau kerja asyik bertangguh.