03 December 2007

RAHSIA... kerana aku telah tahu.

Hidup ini satu rahsia. Kerana tiada seorang pun yang tahu apa yang akan berlaku kelak. Hari ini, kita tak akan tahu apa yang akan berlaku esok. Tahun ini, kita tak akan tahu apa yang akan terjadi tahun depan. Sampai bila-bila pun kita akan sentiasa dalam ketidaktahuan.

Begitu juga dalam perhubungan. Sampai mati pun kita tak akan tahu segala tentang dia. Dia juga tak akan tahu segala-galanya tentang diri kita. Namakan apa pun. Cinta, ikatan, pernikahan apatah lagi perpisahan. Tiada satupun yang jadi penjamin untuk kita mengetahui sepenuhnya tentang dia.
Itulah menariknya ketidaktentuan ini. Lagi banyak perkara yang kita tidak tahu, lagi mencabar perjalanan hidup. Lebih menyeronokkan dan mendebarkan. Setiap hari kita akan cuba mencari tahu tentang apa sahaja. Semakin banyak yang kita tahu, akan tersedarlah sendiri betapa banyak lagi yang kita tidak tahu.

Jadi, manfaatkan setiap saat. Usah asyik berkalau-kalau. Kita tetap tidak akan menjadi yang Maha Mengetahui.

***


Rahsia... Kerana Aku Telah Tahu.

Tak perlu kau rasa bersalah
Atas dusta yang kau cipta
Jangan juga berasa malu
Pada mungkir janji dahulu
Biar lali merawat luka sendiri
Daripada menagih janji janji basi
Kerana aku telah faham
Kata hati bukan di bibir
Kerana aku telah tahu
Rahsia cinta sebenar
Kerana aku telah percaya
Cinta yang mana membawa ke syurga

Keramat
28 November 2007

:: sediasetiaselagimasihkasih ::


3 comments:

Anonymous said...

Rahsia...
Wah...hebatnya karya. Tapi karya semestinya hadir dari hati sendiri. Jika tidak hadir dari hati maka bukan karya namanya.
Nizam, pasti banyak rahsia dalam diri kamu. Cuma kamu yang memahami. Tapi dengan karya dan luahan hati...bagi sesiapa yang boleh menyelami pasti dapat menangkap maksud disebalik bait ayat-ayat yang tertulis.
Tidak elok banyak memendam perasaan.
Jika pernah terluka, masih ramai yang merasai terluka sehingga lali dengan luka...
Walau apapun...Good Luck!!!

Nizam Ahmad said...

ada sikit2 lah dtg dari hati.. tp dah dipositifkan lagi... tp karya ni biasa2 je, sekadar mengisi masa.

erm.. siapa sahabat lama ni ya? kepingin nak tau ;-)

Anonymous said...

Kenapa nak tahu?
Kamu sudah lama mengenali sahabatmu ini. Sahabat yang sentiasa mengikuti perkembangan..
Biarlah hanya dengan samaran Sahabat Lama. Saya tahu, kamu ramai sahabat sama ada dari bangku sekolah sehingga ke alam Universiti. Sahabat kamu ini ada dalam lingkungan itu.