06 October 2008

Filem Laskar Pelangi

Hujung September lepas, filem Laskar Pelangi dah dilebarkan di layar Indonesia. Semestinya aku dah tak sabar-sabar nak menonton filem yang diadaptasi dari novel popular bapak Andrea Hirata ni. Seperti lazimnya filem-filem yang diadaptasi daripada novel, pasti ada watak atau babak yang bertambah dan berkurang. Katanya, ada watak baru seperti Pak Zulkarnaen yang tiada di dalam novel tapi wujud di dalam filem. Pak Zulkarnaen adalah seorang dermawan yang banyak berjasa kepada Sekolah Dasar Muhammadiyah. Wataknya penting kepada SD Muhammadiyyah kerana sekolah itu adalah asas penceritaan kepada kisah benar perjuangan 10 kanak-kanak berjiwa besar memerangi kemiskinan ini. Tanpa sekolah ini, barangkali kisah Laskar Pelangi tidak akan berwarna warni seperti yang dituliskan oleh Andrea Hirata.

Filem ini dihasilkan oleh 2 orang pengarah yakni Mira Lesmana bersama Riri Riza serta dijayakan oleh barisan pelakon seperti Cut Mini (Ibu Muslimah), Ikranagara (Pak Harfan), Lukman Sardi, Ario Bayu, Tora Sudiro, Slamet Raharjo, Alex Komang, Mathias Muchus, Rieke Diah Pitaloka, Robbie Tumewu, Jajang C. Noer, hingga Teuku Rifnu Wikana. Ah rasanya aku cuma kenal Alex Komang saja kot hehehe. Yelah, sebab kebanyakan mereka adalah pelakon kanak-kanak yang memeran watak 10 laskar pelangi.

Kepada yang belum mengkhatamkan novelnya, elok kalau dibaca dulu sebelum menonton wayang gambarnya :)

9 comments:

addyaholix said...

aku tunggu untuk tonton !

Anonymous said...

sememangnya filem yang ditunggu..
apakah filem ini seindah novelnya?..

Nizam Ahmad said...

sejujurnya aku takut nk tengok filem. takut emosinya x sehebat novel..huhu~

Anonymous said...

hahaha...
snapshot filem pun nampak cantik...
aku rasa aku nak tunggu la filem ni, biar la buku tu barabuk... sebab selalu mmg org akan kecewa kalau tonton filem adaptasi novel2 bagus, sebab diorang akan compare2, ala2 cam menikmati malam pertama dengan bini no. 2, atau suami baru! cam ayat2 cinta, bukan sedikit yang komplen! hahaha, aku lebih appreciate grafik terlalu jauuuuuuh dari madah kata!!!

-atbk- bakal steven speilberg beriman hahaha

Anonymous said...

aku dah tengok..best dowh..

Anonymous said...

Laskar Pelangi akan ditayangkan tahun ini di msia! horee..!!

rudi percy said...

sungguh indah..dan senang di tonton

rudi percy said...

amat menarik sekali untuk di tonton.

rudi percy said...

sungguh indah..dan senang di tonton