Setelah hampir 2 tahun menunggu, akhirnya hari ni aku dipanggil menghadiri sesi temuduga untuk jawatan tetap di Kraftangan Malaysia. Dalam masa yang sama aku dah pun dipanggil untuk melapor diri pada 18 Mei di Petronas dengan prospek kerja dan tawaran gaji yang lebih tinggi. Satu baru nak temuduga, satu lagi sudah mengeluarkan tawaran. Sempena Hari Pekerja, bulan Mei ini akan jadi penentu perjalanan masa depan karier aku.
Ada yang kata, pilihlah Kraftangan kerana statusnya sebagai agensi kerajaan. Terjamin dan selamat. Pilihlah Kraftangan kerana cintamu pada seni dan budaya. Pilihlah Kraftangan atas jalinan mesra selama hampir dua tahun dengan semua staf di sini. Pilihlah Kraftangan kerana aku boleh berkhidmat kepada segenap lapisan masyarakat. Daripada usahawan kraf di kampung-kampung sehinggalah kepada SPB YDP Agong. Pilihlah Kraftangan kerana aku boleh menonjolkan potensi diri yang lebih besar di sini. Pilihlah Kraftangan kerana aku mungkin akan dapat mengembara sambil bekerja ke seluruh dunia. Pilihlah Kraftangan kerana aku akan dimanjakan dengan pelbagai elaun dan insentif.
Kata kawan-kawan yang lain pula, Petronas itu sudah ibarat satu badan kerajaan yang lain. Kukuh dan berdaya saing. Pilihlah Petronas. Nanti sekali dapat bonus terus boleh kahwin. Haha! Pilihlah Petronas sebab senang nak naik LRT dan duduknya di tengah-tengah kota. Huhu. Pilihlah Petronas sebab nanti boleh belanja kawan-kawan selalu. Insya Allah. Pilihlah Petronas sebab kalau hidup dipandang tinggi, mati dipandang mulia. Haha yeke? Pilihlah Petronas kerana nanti boleh membantu karier adik beradik dan saudara mara yang lain. Pilihlah Petronas kalau kau sukakan cabaran dan mendepani risiko. Pilihlah Petronas kalau kau sukakan pengalaman baru dan suasana kerja yang berbeza. Pilihlah Petronas kerana itu sahaja pilihan yang kau ada.
Kalau tanya pada hati, Kraftangan akan memberi lebih kebahagiaan kepada diri sendiri. Jika aku memilih Petronas, aku akan memberi lebih kebahagiaan kepada orang-orang di sekeliling.
Jika ada yang perlu berkorban, semestinya itu adalah aku.
5 comments:
pilihla kraftangan..
hati kau tahu apa yang kau mahu. jangan pilih apa yang sekadar mampu bahagiakan manusia lain sehingga kau terpaksa ketepikan apa yang kau sendiri mahu.
hidup selalu punya pilihan. dan pilihan itu sepatutnya atas diri kau sendiri. atas kehendak kau sendiri. dan untuk diri kau sendiri.
kenapa pilih kraftangan?sebab saya suka kraftangan..heheh...tapi rasanya kerja petronas lebih terjamin dan banyak cabaran...
Pilihlah untuk jadi bahagia.
Kalau korban, aku nak bahagian begedil kau, boleh?
Post a Comment