18 May 2009

Hari Pertama di Permata

Hanya 28 orang eksekutif baru yang diterima masuk ke Petronas untuk sesi kali ni. Segalanya masih memuaskan hati dengan pusat latihan yang sangat selesa dan teman seperjuangan yang peramah. Disediakan juga tujuh buah komputer untuk melayari internet. Justeru aku boleh mengemaskini blog malam ni hehe. Tak lupa, makan percuma enam kali sehari yang akan membuatkan perut aku terus membuncit haha.


Program hanya akan bermula secara rasmi pada hari esok 19 Mei 2009. Hari ni sekadar lepak-lepak menikmati masa senggang yang belum tentu akan berulang lagi. Sempat juga bertemu muka dengan Asyraf, rakan yang sebelum ni hanya dikenali melalui Youtube. Kami berkongsi minat yang sama iaitu zapin. Tak sangka dia juga merupakan salah seorang warga Petronas (sejak tiga tahun yang lepas) dan kebetulan dia menjalani kursus di tempat yang sama. Tapi sayang, dia jauh di Terengganu. Kalau dekat, boleh juga buat kumpulan zapin di Kuala Lumpur huhu.


Hari pertama penuh dengan tanda tanya. Tak tahu apa yang akan berlaku 15 hari yang mendatang. Apatah lagi untuk meneka-neka apa yang akan terjadi 15 tahun yang akan datang. Aku telah membuat keputusan. Tak mungkin berpatah balik. Titik.



Kata Asyraf, di Petronas engkau mesti laju, sistematik dan tabah.

4 comments:

Nafastari said...

Selamat menjadi laju, sistematik dan tabah!

Anonymous said...

Ingat tuh..LAJU..SISTEMATIK & TABAH..And Satu lagi..PENAMPILAN!(so bile mkn free tu..ingat2 lah ehh..jgn Bo...plak )ngahahaha...

mohdikram said...

laju, sistematik dan tabah!
laju, sistematik dan tabah!
laju, sistematik dan tabah!

moga kau sentiasa dalam kejayaan. amin!

Anonymous said...

Laju = dalam meng'ofer' belanja kengkawan
sistematik = dalam menguruskan jadual membelanja kengkawan
tabah = dalam melayan kerenah kawan-kawan yang asyik soh belanja

hahahaha
joke!

-atbk