Ayat di atas aku dapat daripada boss aku. Sebagai respon kepada kesusahan aku untuk berkata "tidak". Sebagai respon kepada kesusahan aku untuk membuat pilihan antara Petronas dan Kraftangan. Maknanya sekarang, aku telah bertindak zalim ke atas Kraftangan Malaysia sebab aku telah berkata "tidak" ke atas pelawaan jawatan yang diberikan oleh mereka. Tapi aku yakin dengan keputusan yang aku dah buat. Harapnya aku telah membuat keputusan yang betul.
Selain daripada kata-kata di atas, aku dapat juga hadiah-hadiah di bawah. Aku sangat senang hati untuk kongsikan gambar-gambar hadiah yang aku dapat supaya aku akan terus ingat akan segala pemberian mereka sampai bila-bila.
Hadiah daripada Encik Manan. Aku sangat jarang baca buku bahasa Inggeris. Apatah lagi buku motivasi. Mungkin sekarang aku ada sebab untuk memulakannya. Sangat berkesan untuk aku yang akan memulakan cabaran baru.
Hadiah daripada Unit Promosi Antarabangsa. Tempat terakhir aku berkhidmat di Kraftangan. Selama ni aku cuma ada baju batik lengan panjang. Tapi yang ini adalah baju batik lengan pendek. Dah lama aku rancang nak beli untuk dipakai semasa bekerja di luar waktu pejabat. Akhirnya hari ni aku dapat secara percuma. Tapi sekarang... aku tak tahu bila aku akan pakai baju batik lagi.
Hadiah kemeja lengan panjang daripada Bahagian Strategi Korporat (BSK) yakni pejabat pertama aku sebelum aku berpindah ke Unit Promosi Antarabangsa. Kemeja lengan panjang SEED yang dibalut oleh beg kertas yang sangat comel huhu~
Kad yang ditampal di atas hadiah baju SEED tadi. Antara ayat yang menyentuh hati:
"Semoga berjaya di tempat baru - Kak As"
"Tahniah dan jangan lupakan kami especially me - Che Ru"
"Jangan lupa amik lesen kereta - Kak Saadi"
~ hahaha
Yang ni pula hadiah daripada Nani. Awek comel dari BSK hehe. Ada dua ekor burung. Seekor terbang bebas. Seekor lagi dalam kurungan. Akulah yang dah terbang bebas tu. Tapi dia masih terkurung dalam Kraftangan. Haha~
"Semoga berjaya di tempat baru - Kak As"
"Tahniah dan jangan lupakan kami especially me - Che Ru"
"Jangan lupa amik lesen kereta - Kak Saadi"
~ hahaha
Yang ni pula hadiah daripada Nani. Awek comel dari BSK hehe. Ada dua ekor burung. Seekor terbang bebas. Seekor lagi dalam kurungan. Akulah yang dah terbang bebas tu. Tapi dia masih terkurung dalam Kraftangan. Haha~
Terima kasih kepada semua yang sudi berikan hadiah. Sebenarnya, dah banyak hadiah yang aku terima selama bekerja di sini. Aku pun memang minat dengan barang-barang kraftangan ni. Walau apapun, hadiah yang paling bermakna adalah kenangan yang berusia satu tahun 6 bulan selama aku mencari rezeki di sini. Ya, aku mungkin boleh bergembira di tempat kerja baru. Tapi manakan sama dengan gelak tawa di tempat lama. Bak kata orang tua-tua, tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermain.
Aku harap aku sentiasa punya waktu untuk kembali kepada masa dulu.
Aku harap aku sentiasa punya waktu untuk kembali kepada masa dulu.
12 comments:
1st & foremost..congratulation Sir..
Yes..now u accept change...the world hates change but yet change is the only thing that has brought progress..& theres nothing permanent except change..he who rejects change is the architect of decay..& finally you have to stop to CHANGE direction,right?
All the best in ur new undertaking!
:-)
thank you very much, sir. a very good words indeed.
ermm siapalah sir ni ye?
Hehehe...abg Zam..u still dont recognised my words...hmm?
:p
ooo ok.. rasanya dah kenal. tq
kau mampu berdiri gagah kalaupun kaki kau dipasak. sukses bro!
all da best for you.
Huhu..cmner rasa tu dh kenal ekk?Mesti ade keunikan dlm setiap message dia tuh..sbb ramai anonymous nih...:p
Whatever(:..work hard & work well..let them know ordinary ppl can get EXTRA-ordinary results!Good book yes!
being anonymous is their personal right.. but still i've got my basic instinct to recognize each one of u hehehehe~
sedihnyee tinggal tempat lame kan? kalo akku, mmg dah menangis2 dah.. serius. huhu.. pape pon moga ko berjaya di tempat baru.nak pinjam buku X-factor tu weih! hehhee
nizam selamat memulakan kerjaya baru esok!
ingat janji setiap rabu kita selepas opis hour
kenal tak? kenal tak?
hahahahaha macam2
selamat maju jaya.
hi.. rasanya awak adalah antara org yg paling beruntung di muka bumi ni.. di saat org lain susah nk dpt keje.. Awak pula terpaksa meninggalkn keje yg bagus demi keje yg lebih baik..
Saya pula.. hampir 6 bln tiada pekerjaan walaupun ada kelulusan.. Akhirnya dptlah keje yg setakat bole teruskn idup iaitu di call centre tempat org ramai memaki hamun..walaupun sbg kontrak staff yg xmenentu masa depannye..
Dan 2 mggu lepas..saya dpt intvw di kraftangan msia jwtn E27..tempat yg awak tinggalkn.. Doakn sy dpt yer..
-affen-
Post a Comment