Alhamdulillah, perjalanan pergi dan balik ke Hangzhou (baca: Hang-jo) lancar dan menggembirakan. Terlalu banyak pengalaman manis untuk diceritakan tapi tak terceritakan. Belum berkesempatan untuk bercerita panjang lebar kerana sejurus selepas menjejakkan kaki di tanah Malaysia, aku ditemukan dengan dua perkara.
Pertama adalah berita gembira. Bukan apa-apa, projek zapin saja. Hehehe. Ada persembahan yang akan dijayakan dalam tahun ni. Maka, siang hari aku ke kantor, dan malam hari ke dewan latihan. Setiap hari. Fuh penat! Maklumlah dah hampir setahun tak berzapin. Tapi tak mengapa, yang penting puas dan menggembirakan hati. Buat melepaskan gian untuk berzapin hehehe.
Yang kedua adalah berita yang sangat tidak menyenangkan. Rakan serumah bernama XYZ buat hal. Dia sepatutnya berpindah keluar dari rumah aku hujung Oktober lepas. Tapi dia keluar dari rumah dengan meninggalkan hutang sewa rumah dan hutang bil api air lantas menyakitkan hati aku dengan tipu daya dia selama ni. Lebih menyakitkan hati lagi, sejurus aku balik dari Hangzhou, pintu bilik dia dikunci padahal dia sepatutnya sudah berpindah keluar. Kasihan kepada rakan serumah aku yang baru tak dapat masuk bilik. Sehingga sekarang aku masih belum dapat menghubungi XYZ tu. Berpuluh-puluh kali aku telefon tapi tak diangkat atau dimatikan. Hanya satu SMS dia yang masuk ke dalam telefon aku pada 13 November berbunyi, "Sori zam. Aku kat muadzam sekarang. Aku ada interview pejabat agama Muadzam. Aku duduk di rumah bapak mentua sekarang. Apa-apa hal nanti aku setel dengan kau. Tq." Dan sekarang dia masih berdiam diri.
Inikah perangai bakal pegawai Jabatan Agama yang baru sahaja berkahwin 25 Oktober lepas? Arggghhhhhh! Hilang mood aku nak bergembira dengan Hangzhou dan zapin! Tak apalah, demi meredakan keadaan, aku letakkan sikit gambar-gambar aku di Hangzhou...
Tony, salah seorang daripada seratus sukarelawan dari Chen Jiang University, yang setia mengiringi delegasi Malaysia ke mana sahaja. Tingginya dia!
Di depan People's Great Hall untuk Majlis Pembukaan bersama Penolong Pengarah Unit Antarabangsa, boss nombor dua aku.
Hari pertama, kedua, ketiga, mesyuarat, mesyuarat, mesyuarat :)
Di dewan pameran kelolaan aku dan rakan sekerja aku tu
Melawat kuil Buddha yang paling terkenal di Hangzhou. Tak tahulah apa yang kami cari di sini huhu~
Kesejukan di atas feri mengelilingi Fish Island sebelum ke Zhin Yiang Lace Manufacturing Factory
Naik bot di Westlake - tarikan utama Hangzhou
Hari terakhir di Putian Arts and Crafts City, disambut oleh tarian-tarian tradisional masyarakat China dan ratusan warga bandar Putian. Nampak je panas, tapi tapak tangan tetap kesejukan.
Sebahagian daripada ratusan warga Putian Arts and Craft City yang bangga menyambut kami sejak dari pagi.