02 November 2008

Beritahukan Aku...

Kalau ada yang sedia maklum, aku adalah pegawai kerajaan berstatus projek. Bukan sambilan, bukan kontrak apatah lagi tetap. Justeru, terbangnya aku ke Republik Rakyat China pagi esok sedikit sebanyak menjadi satu perlambangan kepada pengakhiran karier aku di perbadanan ni. Hangzhou adalah saksi kepada kemuncak projek yang aku usahakan selama setahun yang lepas.

Sepulangnya aku ke bumi Malaysia pada 12 November nanti, aku harus bersedia untuk mencari rezeki di tempat lain pula. Takkan mahu tunggu dihalau pergi. Takkan mahu terus mengharap belas ihsan di rumah tumpangan ni.

Jadi beritahukan kepada aku, perasaan semacam apakah yang seharusnya berada dalam hati aku sekarang ni? Ya aku sedih kerana barangkali nanti aku terpaksa meninggalkan kerja yang sangat aku minat ni. Kerana minatlah aku betah kekal di sini walaupun hanya berstatus staf projek. Ya aku gembira kerana akan dapat bertemu manusia dari serata dunia, melihat sebahagian daripada tanah besar China dan melancong secara percuma haha. Kerana China jugalah aku terus kekal berkhidmat di syarikat kesayangan aku ni hehe.

Wahai diri, bergembiralah kamu. Dan rebutlah segala peluang dan ilmu yang ada di sana. Sematkan elok-elok buat bekal di tanahair nanti. Bukankah sudah dinyatakan, rezeki Tuhan itu ada di mana-mana sahaja. Pokok pangkalnya usaha. Seperti kata pepatah, menuntut ilmu biar sampai ke negara China. Yahooooo lepas ni aku tak perlu menuntut ilmu lagilah kan? Hahaha~

Tapi... aku rasa takut juga kerana esok; jam 9.30 pagi Isnin 3 November 2008; adalah hari bersejarah kerana aku akan naik kapal terbang buat pertama kalinya huhuhu. Aku pergi demi negara dan tanggungjawab, moga dipermudahkan segala urusan. Kalau aku tak pulang, jangan ditangisi. Barangkali hati aku sudah terpaut kepada amoi-amoi cun di sana. Ahaks~

Teman, doakan aku selamat pergi dan kembali ya :)


p/s: Jumpa saya di New Century Grand Hotel Hangzhou. Top 20 in China, the highest hotel in Hangzhou, 5 stars rating and all the 512 well-equipped deluxe rooms are located above the 19th floor for guests to enjoy a bird's-eye view of the beautiful city of Hangzhou.. baru dapat maklumat ni tadi ... huhuhu aku sangat teruja menantikan hari esok !!!

5 comments:

Miss Jaz said...

salam nizam..jgn la ckp camtu..sedih plak jue dgr..takpe jue doakan agar nizam selamt pergi dan selamat pulang dan dapat kerja baru yang lebih baik..insyaAllah dalam bidang yang nizam minati..amin..wassalam

Anonymous said...

selamat berkelana...
kau pasti merasakan pengalaman
yang aku rasa ketika pesawat
diterbangkan.. ketika pertama kali
ke luar negara..
mengucap panjang tak henti2
itu sudah pasti..
dalam masa sama engkau kan hairan
melihat penumpang lain
selamba masih membaca
akhbar, berborak tawa..
dengan pramugari genit
terkedek-kedek kesana kemari..
"adakah mereka tidak rasa
apa yang aku rasa??!!"
engkau terus berdebar2
sehinggalah lantai pesawat
kembali mencapai sudut darjah
selari dgn permukaan bumi..
sambil terkedek2 sekali lagi
pramugari menghidangkan
air buih itu..
"beer sir?"

-atbk-

sarah said...

oh. tolong usha2kan lengchai2 yg soleh kat sana utk saye skali yep~
aggaga

Kadrieana Zahiera Yasin said...

best nyer...kenaper u nak quit kat c2

Anonymous said...

weihh.. call aku or sms sebaik sahaja ko baca nih! pasal team kita!!

-atbk-