30 July 2011

Cinta yang Dalam Perjalanan

Entah di mana penghujung cinta yang aku cari selama ini. Cinta yang ibarat magis Sang Harry Porter. Sudah di penghujung tapi masih juga tak berkesudahan.

Bercinta dan kemudian dikecewakan. Bahagia dan kemudian ditinggalkan. Seorang kawan pernah bersuara keras. Menikahlah kawan, sampai bila kau mahu terus bercinta dan putus dan bercinta dan putus?!

Ya aku selalu putus asa dalam cinta. Pernah nekad menutup pintu rasa. Tapi cinta itu sangat licik. Dia datang tanpa dapat ditilik.

Aku tidak pedulikan atas rasa bahagia atau sedihku, kerana aku tidak tahu manakah antara keduanya adalah lebih baik untukku. Bukankah penghujung itu adalah satu permulaan?

Mungkin ada cinta baru yang sedang dalam perjalanan?

4 comments:

aziekz said...

nak ckp topik ni..xseberani mana,,
tp apapun mmg sukar dalam mencari pasangan hidup yang betul2 serasi,,yg menerima kekurangan kita,,bercinta dan berpisah, sekurang2nya ada pglmn..mungkin selepas ini,,,akan hadir seseorang yang benar2 dicipta untuk kamu,,insyallah

Nizam Ahmad said...

Hai azie. Topik ni tak perlukan keberanian. Yg perlu adalah kejujuran memahami perasaan sendiri huhu. Payah!

aziekz said...

hee,,betul la tu...
sejujurnya mmg camtu..
sebenarnya tak berani
sbb diri ini pun bkn hbat untuk berkata..bila mengalaminya...mmm..mmg sukar..

addyaholix said...

jangan cari. kadang bila makin dicari, makin jauh cinta lari.