11 February 2008

UIAM kena GAM ..!


Satu tindakan yang sangat menyedihkan. UIAM digam daripada menyertai mana-mana aktiviti yang dianjurkan oleh Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM), sebuah majlis yang ditubuh untuk menggerakkan aktiviti kebudayaan di IPTA seluruh Malaysia. Punca jadi adalah skrip pasukan UIAM yang bertanding di Festival Teater Makum pada 18 Januari 2008 lepas dikatakan menghina sensitiviti Krajaan.

Seorang teman dari UTM yang menyaksikan teater tersebut menyatakan “Bukanlah apa-apa sangat isunya. Biasa-biasa sahaja. Siapa yang makan cili dia rasakanlah pedasnya.” Isu birokrasi adalah antara subjek utama pasukan teater UIAM. Satu isu yang telah lapuk malah aku rasa Krajaan sendiripun mengakui kewujudannya. Dalam Krajaan 10% pekerjanya berada pada tahap prestasi yang di bawah par. 10% inilah yang mencalit nama buruk kepada kerajaan. Bak kata Pak Lah, rakyat mengkritik bukan kerana mereka bencikan Krajaan, tapi kerana sayang. Dengarlah masalah rakyat - kata Pak Lah.

Pada aku tindakan ini sangat mengecewakan terutamanya kepada pasukan kebudayaan UIAM yang lain selain daripada teater. Aku yang pernah bergelumang dalam arena MAKUM sangat merasakannya. Kasihan kepada pasukan pantun, pengdeklamator sajak dan puisi, kumpulan nasyid, terbaru zapin, dan apatah lagi teater yang saban tahun meletakkan MAKUM sebagai medan utama untuk mengukur aksi.

Aku tertanya-tanya sendiri, bukankah skrip perlu melalui proses penapisan di peringkat universiti dan juga di peringkat MAKUM selaku penganjur? Tidak termasuk sesi raptai yang sepatutnya diawasi pegawai-pegawai jawatankuasa. Mengapa selepas dipentaskan baru isunya timbul? Adakah panel yang sedang menapis skrip tidak merasakan isu sensitif yang dibawakan, tetapi tiba-tiba ahli panel itu menjadi sangat sensitif apabila persembahan UIAM ditegur oleh orang-orang besar Krajaan? Tiba-tiba mereka bersepakat. Ya! Ini isu sensitif. UIAM harus dihukum kerana terlalu kreatif dan terlalu berfikiran terbuka. Tapi tuan, tolonglah hukum orang yang sepatutnya. Bukan kepada kami yang berjuang memartabatkan seni budaya negara secara percuma. Terhina sungguh rasanya kerana rupanya selama ini kehadiran kami hanya dipandang begitu begitu! Ada tak mengapa, tak ada pun tak mengapa.

Walau apapun, kalau benar kesalahan terkandar pada bahu UIAM dan pasukan teater, ada sesuatu yang UIAM harus lakukan untuk membantu. Mereka mesti membantu semua pasukan kebudayaan yang lain meneruskan aktiviti mereka. Jangan biarkan pasukan ini tiba-tiba senyap sunyi tanpa platform untuk membuat persembahan kononnya atas apa sahaja alasan yang memualkan. Memang MAKUM pemberi semangat, tapi sekarang kita harus mencari punca semangat kita sendiri. Engkau rakyat terbuang, maka pandai-pandailah menanam padi mencari nasi.
Tapi tak mengapalah. Perkara semacam ini bukanlah kali pertama dilakukan oleh mereka yang takut dengan bayang-bayang sendiri.

10 comments:

azuwa said...

ooo.. ingatkan isu ni dah lapok.
anyway, sbg org yg tau intipati isi cerita dan isu yg sebenar (yg saya rasa tak patut diceritakan di sini), untik pengetahuan nidxam, uia dah keluar dari MAKUM.
mula2 kami kena gam selama 1 thn utk pasukan kebudayaan lain, dan 2 thn utk theatre club, tp mmg tak patutla kan sorang buat sume kena.
so we decide to not to join MAKUM anymore. kira merajuk la ni.
psl script tu, bukan salah pihak pegawai, tp salah si budak theatre yg tak reti2 nak tunjuk script dkt mdm dulu sblm bawak keluar.
dan sbg hukuman, theatre club is no more here in UIA.
that's it then. tp anggap benda ni sbg satu perkara yg positif. Maybe ada hikmah disebalik kejadian ni.
Wallahu'alam.

Nizam Ahmad said...

ada dua kerugian besar. pertama no more makum. kedua no more theatre club. aku xpernah salahkan sesiapa dlm entri ni sbb pokok pangkalnya aku rasa aku dah tahu. mgkn skrip tuh yang salah agaknya haha.

dlm entri ni aku sekadar mewujudkan persoalan apa benda mcm ni akan berlaku sampai bila2?

Dewangga Sakti said...

Salam.
Kepada sesiapa yang berkenaan,
Boleh kah kami ingin membaca skrip tersebut?
Hidup UIAM!Teruskan menulis dan beraktiviti!

Anonymous said...

teater merupakan salah satu medium untuk menunjukkan ketiadkpuasan hati kepada sesiapa sahaja.agak malang andainya kriktikan itu dihalang.
tapi kritikan itu biarlah dengan cara yang betul.
harus diingat juga teater satu wadah untuk mengkritik tapi bukan menghentam...
ada beza kritik dan hentam.

Nizam Ahmad said...

kpd penonton makum:

saya kira awak pergi tonton pertandingan malam tu ya? saya cuma duduk luar dewan sebab tepat jam 9 saya terpaksa keluar utk hal lain. soalannya.. awak rasa mereka mengkritik atau menghentam?

Anonymous said...

hmm...
semua org berhak berpendapat...
bersuara.. mengkritik...

cuma, bila semua itu cuba dilakukan.. samada org lain akan faham ia datang dari empunya diri.. atau turut datang dari org2 sekelilingnya, kumpulan yang diwakilinya apatah lagi institusi yang memayunginya..

kesimpulannya...
platform biarlah betul dan tepat...
kalu dah tau "yang nak ditegur" tu ade kuasa.... rasakanlah penangan kuasa mereka! anda (yang berkenaan) mungkin puas sbb "kritikan" anda di beri "maklumbalas" namun pedihnya dirasa bagi mereka-mereka yang berseni sejujur hati... berkarya secukup rasa...

kepada pengamal2 dan pencinta2 seni warisan bangsa di uia... teruskan usaha anda...

Nizam Ahmad said...

agak blur sikit baca komen alangtengah ni huhu! apakah maksudnya jangan sebarangan mengkritik dalam berkarya?

Anonymous said...

maksudnyer...
karya yang kita kemukakan atas nama universiti, wang universiti (wang kita juga)...oleh penuntut2 universiti... nampak mcm ia datang dari seluruh warga universiti, termasuklah yag taktau satu apa pun pasal karya itu...tak kira apapun, satu universiti la kena..!

karya kutuk orang = universiti kutuk orang

contoh lain..

persembahan tutup aurat = universiti tutup aurat

persembahan tanpa penari wanita = universiti tak bagi ada penari wanita

penglibatan seni tanpa si lembut = universiti anti si lembut

perwakilan xsokong aspirasi = universiti pro pembangkang (eh?)

begitulah adanyer...

Nizam Ahmad said...

atbk: kenapa perlu ada (eh?) haha! nampak sangat kdg2 kita terlalu hipokrit dan retorik. kat luar lain, kat dalam lain. hanya org2 yang duk dalam kampus biru tu je tau apa yg sebenarnya berlaku kan? ini ke politik? no wonder i hate politic haha (yeke?)

Anonymous said...

aku skang prokerajaan..
prokerajaan negeri ku sendiri
hahahahahah
-atbk-