28 January 2009

Kuala Lipis Sekarang

Kuala Lipis sekarang bukan lagi macam dulu. Sekarang sudah ada Bandar Baru Lipis nun di seberang Sungai Jelai. Sudah ada Terminal Bas Anggerik, ada Pasar Bunga Cengkih. Tengok. Nama pun dah canggih! Kalah Bandar Baru Bangi. Nadi utama bandar Lipis yakni stesen bas dan pasar basah telah dipindahkan ke Bandar Baru ni. Harapnya bandar terancang ni akan tetap maju. Meski ramai yang merungut sebab lokasinya jauh dari bandar lama. Apapun harap tak jadi macam Centrepoint yang hidup segan mati tak mahu tu.


Sekolah-sekolah pun makin bercambah bangunannya. Padang sekolah makin sempit. Memberi laluan kepada binaan bangunan. Tengok saja SMK Clifford dan SMK Setiawangsa yang bangunannya sudah menutup sebahagian kecil padang tempat aku berkhemah dulu-dulu. Harapnya junior-junior aku ni akan terus membangun juga. Semegah bangunannya.

Siti Nurhaliza Juga Bakal Jatuh
Tapi yang kurang bagus apabila makin banyak pula tanah runtuh sekarang ni. Kawasan Kampung Binjai saja dah ada tiga tanah runtuh. Yang dekat Balai Bomba Lipis hampir-hampir meruntuhkan papan tanda Selamat Datang ke Kuala Lipis. Papan tanda yang terpampang muka Siti Nurhaliza dikelilingi gambar gula kabung, bangunan mahkamah dan lain-lain "trademark" Lipis huhu. Dah uzur sangat pun papan tanda tu. Harap-harap diganti baru.

Lagi satu kalau naik bas Lin Siong, bas rasmi nak ke Bandar Lipis, mesti mamat-mamat Indon yang banyak dalam bas tu. Pergi Karnival Lipis pun orang Nepal yang banyak bertenggek di tepi padang. Wah aku dah boleh kenal asal usul negara dia orang haha. Oh ya Karnival Lipis tahun ni tak sehebat tahun-tahun sebelumnya. Tak sehebat Dataran Lipis dan Taman Tasik Residen yang telah diubahsuai cantik. Mungkin menyahut seruan kerajaan berjimat cermat agaknya. Tapi tak mengapa, ada Kajol yang bisa membuatkan sebahagian warga Lipis melekat di depan pentas. Inilah Kajol yang diimport dari mana aku tak tahu. Dia bergaya khas untuk kamera aku. Mana taknya, dalam ratusan penonton sepi, aku seorang saja yang nak tangkap gambar dia.


Teringat zaman dulu-dulu..kenangan aku bersama Karnival Lipis. Pernah ada harapan berputik di situ. Hiks~

20 comments:

Anonymous said...

hahaa, kajol la sangat...
bau tengik aarrr... :P

Nizam Ahmad said...

haha ko lagi laju dpd amir
siap boleh cium bau lagi

Ahmad Belia said...

smk setiawangsa sebut slow2 sikit. aku pernah pegang sekolah tue dulu...

Anonymous said...

aku tau mesti ko kata aku jahat...
tapi kalo tengok betul2 ketiak dia itam weh...
betul...aku kan baru pas minum air carrot...untuk kesihatan mata

-mighu- said...

alamak aku lambat la plak...
kajol ke kojol tu???
huhuhu....

Anonymous said...

Sdr,
Blog sdr telah dimasukkan kedalam himpunan blog anak-anak Pahang dalam ruangan suarasa anak pahang @ gerbang temu maya - http://gerbangtemumaya.blogspot.com
harap link-kan blog sdr ke blog ini dan memasuki blog-blog lain melalui GTM. terima kasih > moderator GTM

Nizam Ahmad said...

amir: mata ko terjojol ke? haha~

-mighu- said...

mana de terjojol...
geli lagi ada la...

Anonymous said...

nih bukan kajol..
nih kojol..

azizi said...

salam

kajol ? hmmm .... ke mata saya rabun ? ....
tp asalkan semua enjoy, oklah kan.

Nizam Ahmad said...

tak tahulah orang enjoy ke tak.. dia bergelek.. penonton pelik..

huhu~

Dewangga Sakti said...

Amat suka dgn nama Pasar Bunga Cengkih!

Nizam Ahmad said...

namanya unik.. tapi aku belum pastu apa kaitan bunga cengkih dgn lipis. barangkali asalnya dari lipis.. kena kaji nanti :)

Nizam Ahmad said...

"belum pasti".. bukan "belum pastu"
typo error :p

Unknown said...

ak knl si kojol tuh..
jgn trtipu..2 prempuan jadian dr llaki^^,wahaha....
(btol....)

Nizam Ahmad said...

haha pompuan jadian ke dia? dgr suara mcm perempuan betul.. nyanyi lagu ziana zain lg. adeh susah nak kenal laki atau perempuan skg ni kan huhu~

nus said...

salam org lipis..i'm ur blog reader..aleh2...org lepih ke??keh org lepih gak..btw..blog kamu mantap!!

Nizam Ahmad said...

terima kasih nus :)

AnAk KeLI said...

woo...
lame da ak x jejak kaki kt lipis..da bape taun pn ak x ingat..
dlu ak skolah kt clifford,karnival mmg meriah gler r..
tambah agi mse tu siti kawen..
gile r rmai org..
meriah2..

joha said...

Saya melihat yang sebalik nya, kalau dulu Lipis Sebok sebagai center mengutip hasil daerah dan distribution barang2, tetapi sekarang tidak lagi.. getah dihantar terus dari kampong...dan barang niaga ke kampong datang terus dari KL.

Bus pindah ke bandar baru menyusahkan.. bank di seberang, kedai banyak diseberang.. turun kereta api nak naik bas pergi Kuala lumpur... kena bayar taxi rm7/

Memories of lipis

http://memories-of-lipis.blogspot.com/