05 June 2010

Lagenda Budak Setan (LBS)

Sebenarnya, aku sangat mengharapkan filem ini sehebat Sepi, Cinta, atau Sepet yang gah dengan sinematografi dan skrip yang menusuk kalbu. Tapi sayang, Lagenda Budak Setan belum mampu menepati kayu ukur.

Kamera banyak bermain teknik "close-up". Justeru, ekspresi muka setiap pelakon mesti kena hebat! Tahniah buat Que Haidar (Azmi) dan Fazura (Kate). Yang lain-lain, sila cuba lagi tahun depan. Terutamanya Sheila Mambo (mak Leha). Kawan aku cakap, macam nak lempang je muka mak Leha tu haha.

Berbeza dengan filem Sepi yang banyak bermain dengan gambar-gambar pemandangan yang cantik dan cocok dengan perasaan pelakon dalam setiap babak. Tapi dalam LBS, sedang Farid Kamil patah hati terduduk di atas akar kayu, tiba-tiba keluar bunyi gagak hampir setengah minit. Apakah?! Kadang-kadang, diam itu lebih indah.
Apapun, jika diambil kira latar belakang pengarah, Sharad Sharan yang khabarnya masih baru dalam dunia layar perak, filem ini wajar ditonton demi memberi semangat kepada industri perfileman kita.
Banyak "punch line" yang boleh mewujudkan unsur saspen di kalangan penonton tidak digunakan dengan sebaik-baiknya. Misalnya, identiti Ayu yang "dilahirkan semula" seolah-olah tak ada siknifikan langsung kepada Farid Kamil (Kasyah) dan Lisa Surihani (Ayu). Kawan aku punyalah teruja meneka-neka siapakah Ayu yang sebenarnya, tapi jawapannnya disampaikan oleh Raja Farah (Suzana) dengan selamba. Walau bagaimanapun, adegan Que Haidar (Azmi) bergelut dengan Lisa Surihani (Ayu) sambil membakar majalah di dalam rumah mereka benar-benar mengesankan! Punch line macam itulah yang kita mahu :)

Apapun, jika diambil kira latar belakang pengarah, Sharad Sharan yang khabarnya masih baru dalam dunia layar perak, filem ini wajar ditonton demi memberi semangat kepada industri perfileman kita. Sekurang-kurangnya aku bangga apabila novel Melayu diangkat ke panggung sepertimana Ayat-ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih. Aku tetap bangga meskipun aku tak minat pun baca novel Ahadiat Akashah dek gaya bahasa rojaknya yang keterlaluan huhu.

Aku beri tiga setengah daripada lima bintang untuk filem ni. Filem ni bukanlah membosankan atau tak menarik langsung. LBS tetap berbaloi untuk Rm8.00 di TGV KLCC. Cuma secara peribadi, aku rasa LBS sedikit menipu hati aku yang teruja selepas menonton trailernya yang memanggil-manggil penonton ke panggung. Hanya peribadi. Itu sahaja.

Tapi awas! Kalau kalian benci dengan perkataan JIWANG, jangan menonton filem ini. Bimbang kalian menipu diri sendiri hehe... Selamat menonton :)

Yang Hebat tentang LBS:

1. Que Haidar dan Fazura
2. Datangnya dari novel Melayu zaman aku muda-muda dulu
3. Bisa bikin gadis menangis dan menjerit :)
4. Lagu tema - Bila Cinta dan Hilangnya Cinta

Yang Kurang Hebat tentang LBS:

1. Sheila Mambo (Mak Leha) dan Shiqin Kamal (Emilia)
2. Terlalu banyak close-up yang tak memberangsangkan :p
3. Pelakon nampak kekok nak bercakap "Bahasa Melayu buku"

12 comments:

kay-N said...

sokong sokong..sgt suke que dan fazura..

hmm farid kamil nmpk cm suam-suam mungkin sebab ayu dan emilia yang agak kaku..

emilia laaa paling teruk hahaha..melayu buku habis~

angel_sakuracute said...

LBS antara naskhah cinta yang terbaik aku pernah baca (selain di bawah lindungan kaabah)..kalau tak diterjemahkan dengan baik satu naskah agung ini cuma jadi cerita melayu yang sama je..

aku belum tengok lagi..mmg plan nak g esok..tapi aku dh baca banyak review yang kurang menarik dalam blog2..sayang kalau aku juga merasa benda yg sama ko rasa..xpe nnti aku dh tengok cite nih aku wat review lak...

p/s:kalau benar bagai dikata.. mungkin lebih baik ia kekal sebagai novel sahaja..

Nizam Ahmad said...

"Ya itu megi.Tapi kalau cintaku?Bolehkah aku datang lagi esok"

aku suka entri tu hehe..

pergilah tonton LBS. seronok rasa dapat baca buku tanpa perlu pegang buku :)

atbk said...

hmmm kinda agree with you la nizam...
cam agak tak selasa gak di mata asyik close up memanjang...

kesimpulannya, kalau org tanyer review aku pasal LBS... "sila baca entry nizam" haha

kecuali part shiela mambo.. bagi aku die ok la... the character suits her..

Nizam Ahmad said...

atbk: ko dh tgk eh? bgs2. ermm lately citarasa kita mcm makin selari je hehehe..

miss ilya said...

dude!! thnks for visiting my blog!!! tak sabar tgk ko menari!!! :D

♥readikara♥ said...

Yang Hebat tentang LBS:
1. Que Haidar dan Fazura --> as usual, xpenah mengecewakn
2. Datangnya dari novel Melayu zaman aku muda-muda dulu --> sygnye aku lupe jln cite die da..
3. Bisa bikin gadis menangis dan menjerit :) --> huhu..
4. Lagu tema - Bila Cinta dan Hilangnya Cinta --> gio nyanyi best..gemersik ok..
Yang Kurang Hebat tentang LBS:
1. Sheila Mambo (Mak Leha) dan Shiqin Kamal (Emilia) -->lisa pon..
2. Terlalu banyak close-up yang tak memberangsangkan :p --> smhow memeningkn..
3. Pelakon nampak kekok nak bercakap "Bahasa Melayu buku"

Nizam Ahmad said...

readikara? wow sedapnya nama.. nanti saya add kamu dlm bloglist ok.. hehehe.. thanx for the comments as well :)

Nizam Ahmad said...
This comment has been removed by the author.
♥readikara♥ said...

Tq :-)
anda kate nk add...xde pon..sob sob sob..

nazwellazo said...

sampai sudah aku tak tgk cerita nie. sbb terlalu ramai yg kata cite nak xsehebat yg diharapkan.

aku baca LBS dan sambungannya KAtrina, jd aku xmau kecewa bile cerita nie tak diterjemahkan dlm filem sehebat coretan dalam novel lagenda tue.

so..at the end.. aku xtgk pon. tp drama nye akan keluar di astro.. syg kalo cite hebat tue terus digubah2..skdr luahan peribadi

Nizam Ahmad said...

nazwellazo:
kamu sepatutnya pergi tonton..