Antara tanah dan angin. Dia memilih
ombak menguji jiwa.
Antara hujan dan pelangi. Dia berdiri di
tengah-tengahnya.
Antara basah dan kering. Dia berdiri di
kedua-duanya.
Mimpinya seringkali terhantuk
ombak.
Dan di situlah dia menghempas rindu.
Siangnya sentiasa dimabuk
gelombang.
Dan malamnya sunyi sesepi-sepinya.
Kerana di setiap pintu rezeki yang
terbuka, ada keluarga yang berpaut.
Maka di setiap lautan yang maha luas,
akan tetap berdiri seorang pelaut.
Sebuah cerita untuk jiwa yang cekal kerana sesungguhnya
setiap daripada kita
adalah pelaut di bumi bertuah ini.
Kuala Lumpur
17 Mac 2014