30 August 2009

Kenapa Saya Suka Rumah Saya?


Semalam sehari suntuk mengemas rumah. Dibantu oleh rakan serumah, kami ubah dan tambah apa yang patut. Penat memang penat tapi tak mengapa. Sekurang-kurangnya menghilangkan rasa lapar berpuasa hehe.


Aku nak letakkan gambar ruang tamu yang sempat dikemaskan. Aku tahu rumah aku tak cantik. Almaklumlah rumah sewa. Kebanyakkan perabot pula ihsan abang dan kakak-kakak aku. Contohnya sofa, televisyen,langsir dan meja makan tu. Tapi aku nak letak juga gambarnya. Sebab, tahun depan aku nak tengok semula blog ni. Kemudian aku nak bandingkan rumah sekarang dan rumah masa depan. Moga-moga masa tu aku akan lebih bersyukur dengan apa yang ada. Baiti Jannati :)


Selamat Menyambut Hari Merdeka untuk Rumah Kesayangan Kita yang Ke 52. Hargailah apa yang masih kita ada.

7 comments:

beeb said...

canteknye umah ko!!!aku bru pndh..semngat nk mengemas ni..hehe

Nizam Ahmad said...

haha cuba perhati betul2 beeb. kemas jgn tak kemas . nak raya ni ;)

Er Lang said...

hm....nampak mcm berbbeza...tpai aper yg bezanya ar?

DA1882 said...

kuda belang.

Nizam Ahmad said...

er lang: spot the difference hehe.

da: belang2 tu semua orang bagi percuma. ambil jelah huhu

NANOMEOW said...

uwah~ gambar selepas kemas rumah. cantik~!!!! XDDDD

Nizam Ahmad said...

bila kemas aje cantik.. haha~