15 February 2009

Jatuh Cinta Lagi

Bermula awal minggu lepas, hati aku berdebar-debar. Rasa teringin untuk berjumpa yang amat sangat. Kalau dikira perhitungan sebenar, aku dah mula terpaut hati pada si comel ni sejak tahun lepas lagi. Comel. Memang comel. Kelakar. Selalu bagi nasihat yang baik-baik. Sesuai sangat-sangat untuk ditunjukkan pada mak dan ayah aku. Malah abang kakak aku pun berkenan. Dah ramai juga kawan-kawan yang bercerita dan berkomentar tentang dia. Semuanya yang baik-baik dan membanggakan.

12 Februari lepas, sepatutnya menjadi temujanji romantis kami yang pertama. Tapi tak kesampaian. Salah aku sendiri. Terlalu rajin ke pejabat hatta pada hari cuti pun. Lagipun aku terlalu malu untuk pergi seorang diri. Aku perlukan teman. Aku kan lelaki? Hiks~

Kawan. Janganlah perlekehkan aku. Hanya kerana dia orang biasa-biasa dan bercakap bahasa kita. Hanya kerana dia comel dan tak sesuai untuk orang tua seperti aku. Aku hanya nak tolong mereka buat lebih banyak animasi mendidik untuk hiburan anak cucu cicit aku nanti. Jadi, siapa nak temankan aku ke panggung berjumpa upin dan ipin? Ini fenomena tau. Aku belanja pop corn. Hiks~

Kalau kau orang pun sukakan dia juga, janganlah malu-malu nak mengaku. Betul betul betul, kata dia

.

***
Iwan, kalau kau membaca: Aku terkilan sangat tak dapat pergi kenduri Adik Yeh hari ni. Aku harus cepat-cepat membeli motor dan kereta supaya dapat merempit ke mana saja aku nak pergi.

10 comments:

addyaholix said...

pop corn saja? tiket sekali lah. haha!

Nizam Ahmad said...

tiket? akan dipertimbangkan untuk orang pertama yang comel dan menawarkan diri. hehe~

initrahartini said...

hehe...semua orang tlah jatuh hati kan??sy pun mau pergi tp tiket sudah abis daa..nextweek la gamakneyr baru dpt nonton..

Nizam Ahmad said...

betul betul betul

aura si kembar ni kuat!

K.H said...

Kalau mahu beri tiket, siapa-siapa sudi berlagak comel mahu ikut.

Aku sekali ya!

-mighu- said...

nak ikut boleh???
^-^

Anonymous said...

sori sumer....
dia dah ada date..... n its me!!!

angkasa dan tanah akan bertemu....

muahahahhaha cofirm!!!
takder saper yang comel selain aku...kau pun tahu kan abang sayang .... hahaha

Abangikan said...

wahh...ramai plak nak ikut....tak jadi la cancel...nak gi tengok sorang2....khabranya kutipan dah cecah RM 2 Juta

Miss Jaz said...

tipah tertipu lagi dgn tajuk en3 kali ne...memang suka wat suspen ek..

Anonymous said...

huhhh?...aku kesian pd si dia. Dia tahu? aku pasti dia tak tahu siapa kamu...