02 February 2009

Parti Katak

Sekarang ni musim katak berparti di Kuala Lumpur. Petang mesti hujan. Hujan mesti petang. Sebagai seorang yang tidak berkereta, agak susah untuk aku menapak balik dari tempat kerja. Terpaksa menewaskan ego jantan dengan membawa payung. Betul ke lelaki tak boleh berpayung? Ah! Ini mesti teori gadis-gadis. Dengan harapan sang lelaki akan sentiasa memayungkan dia. Kan?

Aku tahu kenapa sekarang hujan selalu turun. Sebab sekarang ada ramai katak. Kataklah yang panggil hujan. Lagi-lagi di Perak. Banyak katak di Perak sekarang. Dia orang main lompat-lompat. Lompat sana. Lompat sini. Aku suka juga tengok dia orang melompat-lompat. Tandanya negara kita ni demokrasi. Tapi yang lencun dek hujan adalah rakyat. Belum tentu banjir. Belum tentu subur. Kan?

Berlompat-lompat dahulu. Bersenang-senang kemudian. Akan senangkah kita?

Owh, di sini pun ada cerita menarik tentang lompat melompat. Klik.
Che Det tiru idea aku hehehe.

4 comments:

Sahalfikri said...

"Aku suka juga tengok dia orang melompat-lompat. Tandanya negara kita ni demokrasi."

-setuju tapi kerajaan mula plak nak perkenal Akta Lompat Parti. apa cerita?

Nafastari said...

Hari tu cakap perbuatan melompat parti tak bermoral, tak beretika. Tapi hari ni dia jugak yg sedang "membeli" org supaya melompat-lompat. Dah la tu, org yg nak dibeli tu pun bukannya bermoral sgt! Kata org Trengganu dlu2: Hayun buai kekek, kekek ulu golok, hok dia lokek, hok orang dia nok!

Akan teruskah mereka menjadi parti paling korup?

an-nidxam said...

suhail:
inilah namanya kedaulatan undang2 huhu~

nafastari:
Hayun buai kekek, kekek ulu golok, hok dia lokek, hok orang dia nok! best best! buleh wat lagu tema.. hiks~

-mighu- said...

ko amek yg orang takpe..,
orang amek yang ko tak boleh...
orang nak yang ko tak bleh...
ko nak yg orang takpe...

both side sama...