24 June 2006

The Pioneer - IIUM Zapin Team.

Aku Demam.
Argh! Orang lain demam bola, demam AF4, demam AQ, aku pulak demam betul-betul! 14 Jun lepas badan aku tiba-tiba panas, membawa kepada demam, sakit kepala, merah-merah satu badan, gatal-gatal, kulit menggelupas...dan akibatnya aku terpaksa tunda satu paper final exam. Jadi sekarang, aku menghitung hari menunggu "Special Exam" untuk paper tuh [ lambat lagi lah aku nak declare diri aku sebagai GRAD nampaknya.. ] Aku sepatutnya bekerja sambilan macam biasa kat Kolej Office Ali ni, tapi disebabkan masalah kesihatan aku seminggu yang lepas ni, aku belum mampu nak mula bekerja. But alhamdulillah, everything is getting better now.
The Pioneer
Sekarang aku nak bercerita pasal zapin. Aku mula tahu pasal UIA nak buat team menari ni dah lama malah Kak Maswa dah pernah buat audition pun sebelum ni. Tapi disebabkan yang datang kebanyakannya adalah "mat-mat lembut", jadi kak Maswa rela membatalkan je niat tu. Tapi untuk projek zapin kali ni, Kak Maswa serahkan pada Kak Ja pulak. Maka untuk mengelakkan masalah yang sama berulang, Kak Ja pun berhempas pulas mencari lelaki yang "bukan lembut" untuk join team zapin ni. Kalau tak, selagi itulah UIA tak akan ada team menari. Dan selagi itulah kita tak akan sedar bahawa sebenarnya ramai lelaki boleh menari di kampus biru ni, cuma masalahnya mereka malu dan takut dilabelkan sebagai lelaki lembut.
Audition
Akhirnya, Kak Ja berjaya mengumpulkan hampir 30 nama budak lelaki. Aku pun tolonglah Kak Ja telefon dan confirmkan semua nama-nama tu dan maklumkan pasal audition tu dan 95% daripada diorang bersetuju untuk datang. Baguslah. Mesti meriah nanti! Kiranya 2-3 hari sebelum audition tu, kitorang sama-sama sediakan apa yang patut untuk memastikan semuanya berjalan lancar. Paling penting, ada orang yang datang audition!!!
Akhirnya, 12 nama je yang dipilih daripada 23 orang yang datang semasa audition tu. Dan aku salah seorang daripadanya.. hehe. Tak sangka jugak, sebab aku tak pernah menari pun sebelum nih. Alih-alih terpilih menjadi antara perintis team zapin UIA. Makanya, bermulalah episod suka duka kitorang yang dua belas orang ni... Razz, Wak, Lan, Syazwan, Hafaz, Shah, Maman, Hairil, Wan Malik, Adnan, Hanafi dan aku. Sayangnya, Hairil dan Wan Malik terpaksa menarik diri dan digantikan oleh Along dan Amer. Training kami tiap-tiap malam di mana-mana je. Seminar Room CAC, Main Hall, banquet, parking VIP CAC, Main Audi, pantry. Rasanya, hampir setiap ceruk CAC tu kitorang dah jelajah.
Accident
Trainer kitorang adalah Abg. Khalid, koreografer tari dari Istana Budaya dan juga bekas penari Yayasan Warisan Johor yang memang dah terkenal dengan zapin tu. Zapin memang kepakaran dia dan hasilnya, memang semput jugaklah kitorang nak mengejar koreografi lincah yang dia reka tu. Dan disebabkan kitorang ni bukanlah penari, so accident time menari tu memang biasa sangat. Sampaikan ke hari full-dress rehearsal pun, kitorang masih kelam kabut lagi.
Sampai ke hari pertandingan, kami tawakal je. 20 Mei 2006, pentas Dewan Sultan Iskandar UTM menjadi saksi persembahan kitorang. Bila tengok balik rakaman videonya, boleh tahanlah! Sangat bagus untuk sebuah team seperti kami yang baru pertama kali berzapin. Tapi kalau nak dibandingkan dengan team senior lain macam UTM, UM dan UiTM yang mengungguli tiga hadiah utama, memang masih banyak yang kitorang perlu belajar.
Sejurus balik dari UTM, Insya Allah ada tiga persembahan yang akan kami jayakan di UIA pulak. Kitorang akan mula berlatih semasa cuti semester ni. Sesungguhnya, projek ini adalah projek jangka panjang. So, aku berharap sangat team zapin ni akan terus kekal di UIA ni. Sebagai antara lambang anak bangsa yang masih menghargai budaya Melayu. Persetankan elemen-elemen luar yang hanya pandai mengutuk kita. Bak kata Kak Maswa: "buktikan... MAN CAN DO IT!"
Terima kasih Kak Maswa dan S-Dev. Terima kasih Kak Ja. Terima kasih abg. Khalid. Terima kasih the pioneer.. korang memang best!!!

1 comment:

Anonymous said...

Yesss jumpa lagi sorang budak zapin makum. Ingat saya tak yang amik gambar team zapin kat belakang stage?