01 March 2009

Makan Besar di Hangzhou, China

Dah hampir 4 bulan berlalu sejak aku ke Hangzhou pada November tahun lepas. Sejak dari tu juga, tak banyak yang sempat aku ceritakan tentang Hangzhou. Sebabnya, macam-macam masalah datang sejurus aku mendarat di Malaysia. Membantutkan semangat nak bercerita. Tapi semalam masa menonton TV3, banyak pula iklan Mari Melawat Hangzhou oleh Air Asia. Aku dikejar kenangan. Haha~

Kaum Cina memang terkenal dengan tradisi makan besar. Menghidangkan makanan yang sihat dan lazat adalah satu penghormatan kepada tetamu. Justeru hampir tiap-tiap hari akan ada makan besar. Tiap-tiap hari juga kami memohon maaf kerana tak mampu menikmati kesemuanya. Sekadar hadir menghormati majlis. Kami sentiasa duduk di meja khas untuk vegetarian atau Muslim. Tapi yang terhidang tetap mencurigakan. Teguk air oren segelas dua. Kunyah timun dan buah-buahan. Buat mengalas perut. Huhu. Banyak nama makanan yang aku tak tahu. Susah nak terjemahkan bahasa Mandarin kepada bahasa Melayu. Sekadar hiburan mata, tengoklah sendiri :)

Kami seronok dihidangkan kuih ni. Bolehlah juga mengalas perut tanpa was-was.

Bukan udang. Tapi tepung yang dibentuk-bentuk seperti udang.

Sup Yin dan Yang. Tak tahulah apa ramuannya. Beras kalau tak silap.

Rumpai laut dimakan begitu sahaja. Cubalah.

Terkejut aku tengok ada petai di China. Kunyah-kunyah, rupanya kekacang.

Meja makan delegasi Malaysia memang akan sentiasa penuh dari awal hingga akhir. Tak terusik huhu~
Katanya macam mee wantan di Malaysia. Tapi rupanya tak menyelerakan. Tetap juga tak berusik.

Pai epal.

Daging cincang. Garing dan sangat menyelerakan. Rupa-rupanya daging ba alif ba ya. Mujur belum masuk ke mulut!
Mee udang. Apa-apa yang berkuah memang kami takut nak jamah.

Ayam goreng katanya. Tapi nampak pucat dan lembik.

Burung puyuh. Semua mempersoalkan kenapa tengkuknya berlubang. Ditebuk atau disuntik?

Ada yang menjamah kerana disangkakan sotong. Rasa pun macam sotong. Tapi bila ditanya, rupa-rupanya lidah itik. Erk! Mujur aku tak jamah huhu~
Ayam yang diperam dalam daun bercampur herba. Kuat sungguh baunya. Buat kami hampir nak muntah. Terus mati selera dan angkat kaki pergi tandas. Adoi!

Lazimnya, setiap kali tamat majlis makan malam, kami akan terus ke bilik hotel dan masak Maggi yang dibawa khas dari Malaysia. Kadang-kadang, kakak-kakak pegawai yang baik hati akan sedekahkan nasi putih dan sambal ikan bilis dan sardin dan kicap untuk kami yang bujang ni. Alhamdulillah. Hiks~

12 comments:

Miss Jaz said...

salm..eeiii..gelinyer tekak...nie yg malas nak g melancong nie...memang meloyakan...

azuwa said...

haha..
jauh perjalanan, luas pengalaman ^^

Dewangga Sakti said...

Wah!Menarik.
dulu ketika kami di taiwan,mereka menyediakan sosej babi dan kaki katak di hotel bersebelahan dgn makanan yg lain.
ha ha

Dewangga Sakti said...

Wah!Menarik.
dulu ketika kami di taiwan,mereka menyediakan sosej babi dan kaki katak di hotel bersebelahan dgn makanan yg lain.
ha ha

Wasunni Al-Kelantani said...

perghhh...exotic betul makanan tu...

tp hati2 bro..sbb apa yg aku dapat tau dari beberapa chef yg aku kenal kat London ni..kalau kita makan kat tpt org bukan islam..walau benda yg kita nak makan tu sekali pandang cam halal..tp ramuannyer maybe dicampur dgn wine..bagi menyedapkan lagi rasa makanan tu (kata kwn2 aku tu laa)..last2 dah jadi non halal walaupun makanan tu nasi goreng sea food je..hehe

adios bro

Anonymous said...

Betul.. kat mesia pun cenggitu, hotel2 yang buat kambing panggang sekor tuh peram ngan arak.. kitorang dah kene dah mase jamuan raya company ari tuh! Yuckkss

-atbk-

Nizam Ahmad said...

Betul betul betul.
Mmg susah nak dapat makanan yg 100%halal selama di Hangzhou. Makanan hotel pun belum tentu halal walaupun dah dikategorikan sebagai Muslim Food. Ermmm...

alifmimyanun said...

fuh, pembaziran.
kadang2 name je halal food, sebab takde babi, sedangkan halal tu merangkumi aspek sedari permulaan (penyembelihan) lagi hingge kepade penyediaan. bukan pasal babi je.

tapi saye macam nak cube la ayam herbe tu lah. mungkin bagus untuk sakit-sakit badan, sengal-sengal dan simpul urat.

Nizam Ahmad said...

ya! sebab tu kami langsung tak sentuh apa2 daging. urusetia dan pekerja hotel cuma tahu halal babi dan arak sahaja.

initrahartini said...

lapo le..tp cam pelik2 je food dorang

alifshoppe.blogspot.com said...

Macamana pun akak tak makan sebab nampak sangat yang tak halal ada kat situ ye
Tapi tak pula kelaparan sebab ada bekalan kat hotel. Jauh berjalan luas pengalaman.

happy_lala said...

saya kemungkinan akan pergi ke hangzhou untuk belajar.. macam mana nak cari makanan yang betul-betul halal?