23 March 2009

Semalam di Restoran Cheng Ho

Kelmarin kami ke Restoran Cheng Ho di Wangsa Maju. Makanan laut ala cina muslim. Aku tak suka makanan laut. Aku tak suka masakan ala cina. Kenapa boss aku pilih Cheng Ho?!

Separuh dewan diperuntukkan hanya untuk kami. Meraikan 70 orang tetamu yang datang dari 15 buah negara seluruh dunia. Jam 7.30 malam aku sudah sampai bagi memastikan perancangan berjalan lancar. Tak susah nak cari restoran ni. Letaknya betul-betul di belakang Carrefour Wangsa Maju.

Pembuka selera adalah makanan yang aku tak pernah sentuh sebelum ni. Sotong pedas dan yee sang. Malah sotong bukanlah makanan kegemaran aku. Justeru sedikit takut-takut membuka mulut. Tapi keajaiban berlaku. Aku berjaya menghabiskan semuanya dengan lahap sekali. Sedikit pedas. Barangkali beginilah masakan Cina ala Melayu. Ah! Nikmatnya apa yang dinamakan sedap!

Pembuka selera tadi benar-benar membuatkan aku lapar. Hidangan kedua sampai. Setiap meja diberikan dua mangkuk besar sup sirip ikan yu (shark fin). Memang melecurkan air liur. Paling bertuah tentunya abang jurufoto kami ni yang cuma duduk berdua sahaja di meja paling belakang. Seorang satu mangkuk!

Hidangan utama semestinya nasi putih. Telur goreng dan sayur pun nampak sedap. Aku masih terasa lapar lepas tengok semula gambar di bawah ni. Ada juga daging dan ikan siakap. Tapi maaf, tak ada gambar sebab aku terlalu sibuk mengunyah :)

Bawah ni ketam masak telur masin. Jarang-jarang telur masin digunakan dalam masakan. Percubaan yang bagus, tapi aku tak berapa suka masin-masin ni.

Pencuci mulut adalah buah-buahan ala cocktail. Aku tak sempat jamah. Sebagai pengacara majlis aku perlu menjemput Pengurus Restoran Cheng Ho untuk menyampaikan kata-kata penghargaan. Feeewiiittt! Dipersilakan Amy Search! Ternyata Amy bangga menerima kunjungan delegasi antarabangsa. Tak sia-sia dia import tukang masak dari China.

Semua tetamu gembira kekenyangan. Lihat saja senyum lebar tetamu dari Morocco dan Nigeria di bawah ni. Aku pun senyum. Tapi sambil cover perut buncit haha. Yang penting aku dapat tebus kempunan tak dapat makan masakan Cina di Hangzhou tahun lepas.

Sekarang aku tahu kenapa boss aku pilih restoran ni. Sebab nak jumpa Amy Search hehe. Apapun, aku harap tulisan kali ni tak membuatkan kalian meleleh air liur ;)

10 comments:

Nafastari said...

Macam betul-betul sedap je. Serius!

Anonymous said...

damn! ari tuh budak2 rumah pergi cheng ho mase aku berkelana ke johor menonton zapin nusantara, pastu ko plak cerita kat sini .. double meleleh air liur aku nih..!!

But, please nizam tell us that u did not jengket in your picture with Amy, coz if u didn't alamak keciknyer Amy!!

Nizam Ahmad said...

jay: serius mmg sedap. sampai harini aku masih terasa sedapnya pembuka selera tu.

anonymous: sebenarnya amy dgn aku sama tinggi. kebetulan tinggi lantai menyebelahi aku hehe.

yoB said...

aku suka telur goreng.tq.

Anonymous said...

sdpnyeh... byk kali gak aku mkn kt restoran cheng hi sblm ni.. membe ajak

Anonymous said...

harga mcm mn, bro?

Anonymous said...

adoi best nya, eh betul ke tu restoran milik amy search?

hhmmm kena try nie...

Nizam Ahmad said...

kalau nk makan sedap.. jgn fikir sgt pasal harga hehe. tp mlm tu kita org makan rm70 satu kepala. rugilah kalau tak rasa semua huhu~

hasrul an said...

zam smpai ati x ajak aku! aku kan delegasi monggolia,nk jugak jumpa amy search yg semakin menuju hidayah tu..alhamdulillah..weh pe kate wat reunion bebudak bujang batch kite kat ctu, aku rase tinggal kite berdua je haha

Nizam Ahmad said...

an: tak apalah.. biar lambat asal selamat..hehe~