04 December 2006

Fenomena Lelaki Feminin

Semakin lama aku bergelumang dalam dunia zapin, fenomena lelaki feminin semakin menjadi perhatian. Sebenarnya, pada awal penubuhan pasukan zapin UIAM, kami bertekad untuk menjadikan ahli-ahlinya bebas daripada fenomena ini. Itu adalah polisi UIAM. Malangnya, kami terlepas pandang. Lantas kami terperangkap antara diskriminasi dan polisi. Lelaki feminin berpegang pada alasan diskriminasi manakala yang selebihnya berpegang pada polisi.
Sehari-hari kami cuba berkompromi dengan polisi. Namun setelah hampir enam bulan pasukan zapin UIA bergerak aktif, ternyata fenomena lelaki feminin ini sedikit sebanyak menganggu kami. Masing-masing mula menyuarakan kerisauan...Hanafi, kak Ja, kak Maswa, kak Liza, malah penganjur program dan juga penonton. Tanpa penganjur yang mengundang kami untuk membuat persembahan dan penonton yang menyaksikan persembahan kami, Nafastari tidak akan mampu pergi lebih jauh. Jadi, mana satu harus dipilih?
Tapi kebelakangan ini, nampak gayanya kami tak mampu lagi berkompromi dengan polisi. Istilah lelaki feminin perlu dimansuhkan atau Nafastari akan...

6 comments:

Anonymous said...

Kadang-kadang ble terlalu berkomproni, silah hari bulan terjebak jadi kroni...

huuu..

Nizam Ahmad said...

yup! dilabelkan sebagai kroni.. itulah yang paling menakutkan..

azuwa said...

Ha, saye kenal awak! Budak zapin IIUM ,kan?? Kawan Aishah budak ICT, kan??! Hoho... saye budak angklung. Kalo nak tau yg mane, anda dijemput ke weblog saye yg tak seberape ni, azuwachan.blogspot.com =)

Unknown said...

adkaha benar berita yang mengatakan mereka2 yang feminin itu telah disingkirkan drpd zapin? adakah adakah??

Nafastari said...

apapun
selamat maju jaya untuk nafastari
asalnya, nama pena aku tu
hehe

Dewangga Sakti said...

Nizam,
Kita panggil sahaja lelaki lembut dan sopan.ha ha! Fenomena ini telah lama berlaku di UIAM...sejak saya belajar pada tahun 93/94 lagi. Pernah berlaku seorang pelajar ditukarkan ke universiti lain atas masalah ini.Banyak juga yang menelan hormon wanita dan banyak juga yang terlibat dengan anasir merbahaya bersekedudukan dengan lelaki-lelaki macho.Salah seorang yang saya dengar sudah dijangkiti HIV.