Dari dulu aku belajar, kalau bercinta jangan terburu-buru. Kenali dulu hati budi, biarkan jiwa memendam rindu. Jangan menabur janji ketika gembira membalut hati. Jangan membuat keputusan ketika amarah merasuk perasaan.
Justeru aku cuba berjalan pelan-pelan dengan dia. Malangnya pula, dia kata aku tawar menawar dengan matawang cinta. Dia kata aku melambat-lambatkan urusan hati. Dia kata aku bertangguh-tangguh membayar rasa. Fuh! Pedas dan perit!
Tiga bulan. Bagi aku, itu adalah tempoh edah dalam memilih cinta. Aku tetap percaya bahawa cinta sebenar hanya akan datang selepas tiga bulan berkenalan. Ah soal cinta ini memang sulit. Tak boleh terlalu cepat. Tak boleh terlalu lambat. Sedang-sedang aja. Huh!
Kalau kau tak sanggup menanti, kau tak layak untuk memiliki.
2 comments:
salam..
SABAR dalam mencari CINTA yang ikhlas dan jujur..:)
peringatan utuk diri jua,,, :)
smoga dia sanggup menanti..
amin..
BTW, dah jarang ek bercucuk tanam di sini..
Post a Comment