Liwat? Bodoh? Bocor? Barua? Baghal? Otak kecil?
Sekarang kan kecoh isu bahasa-bahasa kotor di Parlimen Malaysia? Mungkin artikel ini boleh ditujukan buat ahli-ahli Parlimen kesayangan kita itu ...
Sesungguhnya air yang berada di sekeliling kita lebih memahami kata-kata yang baik dan buruk yang dituturkan oleh manusia. Aku berasa malu sendiri selepas melihat eksperimen di bawah ini. Terutamanya ketika kita berada dalam dunia yang semakin sarat dengan kata-kata keji dan nista yang dilemparkan sesuka hati demi memaut kuasa.
Eksperimen ini cuba menguji fenomena Hado yang diperkenalkan oleh Dr. Masaru Emoto dari Jepun. Hado adalah unit paling kecil dan asas bagi tenaga. Fenomena Hado membuktikan bagaimana hablur-hablur air boleh membentuk menjadi kristal air yang cantik jika diperdengarkan dengan perkataan yang baik-baik. Sebaliknya, jika perkataan-perkataan yang buruk disebutkan atau dibisikkan, molekul-molekul air itu boleh menjadi rosak, busuk atau kotor. Untuk maklumat lanjut anda boleh dapatkan buku “Message from Water” karya Masaru Emoto.

Mari lihat eksperimen yang telah dicuba oleh seorang makhluk Allah dari Indonesia selepas beliau membaca buku Dr. Emoto.
Beliau telah merendam nasi ke dalam air dan diletakkan di dalam dua balang yang berbeza. Balang di sebelah kiri dituliskan perkataan-perkataan yang mulia manakala balang di sebelah kanan dituliskan perkataan-perkataan yang terkutuk. Seluruh ahli keluarganya diminta membaca perkataan-perkataan itu setiap kali mereka melihat balang tersebut. (lihat gambar)
Hasilnya, balang yang tertulis perkataan yang buruk lebih cepat busuk dan rosak (kanan) berbanding balang yang tertulis perkataan yang baik (kiri). Usah tanya tentang kesahihan emel yang aku terima ini. Anda boleh mencubanya sendiri di rumah kan? Hehehe...
Barangkali ini boleh menjawab persoalan kita tentang air jampi ataupun tentang pantang larang nenek moyang supaya jangan bergaduh di depan makanan. Ternyata air mempunyai ekspresi. Mengertikan teman, air dan makanan berada di mana-mana sahaja di sekeliling kita. Maka ayuh menjaga kata-kata. Bimbang kita menyemai racun untuk makanan anak cucu kita nanti.
2 comments:
pernah jugak baca artikel pasal ni... kalu baca yang elok indah depan air.. air itu membentuk molekul kristal yang cantik2! dan ia bertukar molekul bak kuman virus andai sebaliknya, sumpahseranah caci maki didepan air... semuanya terlalu jelas dibawah mikroskop berkuasa tinggi
-atbk-
ada youtube tak pasal ni?
Post a Comment