01 July 2008

SEPI.. Dia Tak Sanggup Tengok

Aura filem ni memang kuat untuk tarik aku ke panggung. Aku tempah dua keping tiket. Satu untuk aku dan satu lagi untuk seorang kawan baik. Aku yang belanja. Sebab aku tahu kawan aku yang seorang ni memang tak layan filem melayu sangat.

Tapi hampagas! Dia keluar panggung sebelum tamat cerita. Sekerat jalan atas alasan nak ke tandas. Lebih malang lagi, tandas dalam panggung rosak katanya. Jadi dia terus keluar dari TGV KLCC. Tak mahu masuk lagi. Jadi sepilah aku keseorangan dalam panggung huhu! Aku tak salahkan dia. Aku rasa dia tak tahan. Mungkin Sepi membuatkan dia terkenang cerita lama. Kasihan pula aku tengok dia. Mungkin dia takut aku nampak dia menangis agaknya hehe.. Untuk makluman, kawan aku tu lelaki, tunangan orang lagi haha. Jadi kalau anda belum cukup kuat, jangan tengok cerita ni.
Ada 3 watak utama iaitu Adam, Sufi dan Imaan. Babak pertama adalah tentang Adam. Lawak jenaka Afdlin sebagai Adam bersama Nasha Aziz memang tak menghampakan. Masuk babak kedua tentang Sufi, dah mula membuatkan air mata bergenang. Masa ni aku tengok kawan aku dah tak senang duduk. Masuk babak ketiga tentang Imaan, kawan aku terus angkat punggung. Kasihan dia. Katanya, nanti dia belanja aku pula untuk filem lain. Semestinya bukan cerita cinta melayu haha!

comel dua2 pengantin ni ~ diambil dari blog afdlinshauki.blogspot.com


Aku tak pandai berkomentar tentang pembikinan filem sebab aku bukan ahlinya. Tapi bagi aku, Sepi memang filem yang cantik. Sepi bukan hanya cinta dan air mata. Sepi mengajak penonton berfikir untuk memanfaatkan peluang yang datang. Jangan bertangguh atau disia-siakan. Dan jangan juga terlalu memanjakan perasaan sepi anda! Bimbang nanti jadi seperti Imaan (eh, kisah Imaan tak surpriselah sebab aku dah dapat jangka siapa Pierre Andre tu hehe). Babak koma pun macam dah terlalu klise. Tapi aku suka babak Imaan baca puisi di perpustakaan ketika mengajar Syed Hussein. Puisi tu kelakar kalau dibaca tanpa emosi. Tapi bila Imaan baca sepenuh hati, aku dapat rasakan sesuatu cewah~
Apapun, 4 per 5 bintang untuk Sepi bagi kategori filem melayu. Aku boleh bagi 5 bintang kalau babak Imaan tidak terlalu panjang dan diperkuatkan lagi. Demi menyeimbangkan kekuatan babak Afdlin-Vanidah dan Tony Eusoff-Eja. Emm.. masa babak tepung jatuh "berguguran" antara Afdlin dan Vanidah, memang romantik, tapi aku teringatkan babak dalam buku Laskar Pelangi pula hehe.
Sekarang aku tahu kenapa dia tak suka filem cinta melayu. Tusukannya mencengkam. Huhu~

Lawat juga: http://www.afdlinshauki.blogspot.com/

3 comments:

hajarJazz said...

salam.. anda telah membuat diri ini ingin menonton cerite sepi.. boleh jd promoter seh..

Aiden Reez said...

Wow....

Dari ulasan ringkas yang diberikan membuatkan abg Reez teringin nak pi tengok cerita ini...

Memang abg Reez bercadang nak tengok tapi tak kesampaian sebab kesibukkan yang teramat sangat... Insya Allah, malam minggu ni kot...

Terima kasih diatas rating yang diberi.. At least abg Reez tau, kalau abg Reez pi tengok, abg Reez tak rasa rugi....

:D

Nafastari said...

I went, 2 times. Cara penceritaannya bagus, sinematografinya cantik. Cuma aku tak suka apabila pengarahnya seolah-olah mempromosikan cinta yang berlandaskan nafsu dan perasaan semata-mata. Ya, dia memang membuatkan perasaan kita membuai-buai dan khayal...

Tapi cinta sebelum kahwin tidak perlu diagung-agungkan.