18 December 2008

12.12.12

12.12 datang lagi.
Tapi tak sempat nak masukkan cerita terbaru sempena 12.12 yang lepas. Aku berada di Port Dickson sepanjang 11 hingga 13 haribulan tu. Mencari ilham di Ilham Resort hehe. Bermula tahun ni, entah kenapa aku asyik terfikirkan tentang 12.12.2012. Tarikh yang sangat menarik. Lebih menarik, umur aku akan genap 30 tahun. Seorang kawan mahu aku melakukan sesuatu yang signifikan pada tarikh keramat 12.12.12 ni. Agak-agaknya apa ye?
Ada idea menarik?

08 December 2008

Tangisan Korban Idul Adha

Bukit Antarabangsa menangis lagi. Lestari alam mencari penderhaka bumi. Sepanjang cuti Idul Adha, aku menonton lintas langsung dari tapak tragedi yang mana suara para wartawan berlatarbelakangkan suara takbir raya. Ironi. Tapi pastinya hati setiap keluarga mangsa lebih lagi. Barangkali inilah Hari Raya Korban yang paling terkesan dalam sejarah alami mereka.

Ingatlah, duduk di tempat tinggi tidak bermakna kita layak untuk bermegah-megah. Duduk di tempat teratas tidak bermakna kita tidak akan terjatuh dan hanyut. Salam Idul Adha dari oranglipis. Semoga pengorbanan mengajar kita erti menghargai hidup. Moga hidup mengajar kita mendepani mati.
***
Kelmarin TV3 menayangkan visual seorang penduduk marah-marah di depan YB Azmin Ali. Rungutnya, sukarelawan tidak membantu mangsa sewajarnya. Ya memang aku menghidu bau-bau politik hanyir di sini. Tapi sebenarnya, bukan sukarelawan tidak mahu menolong mengangkat barang milik mangsa, tapi mereka bimbang dituduh mencuri. Isu kecurian telah digembar-gemburkan sedari awal bencana sehingga ramai mangsa yang tak mahu berpindah keluar. Sebagai sukarelawan, kadang-kadang kita tidak boleh terlalu ringan tulang. Terpaksa menunggu sehingga dipanggil atau mendapat arahan. Inilah bahana duduk di dalam dunia yang bergelut fitnah. Ternyata, harta dunia juga yang dikejar-kejar. Kalau aku, sekali dituduh atau disyaki mencuri, memang aku tak akan tolong lagi dah huhu~
Biarlah si luncai terjun dengan labu-labunya...