Bukit Antarabangsa menangis lagi. Lestari alam mencari penderhaka bumi. Sepanjang cuti Idul Adha, aku menonton lintas langsung dari tapak tragedi yang mana suara para wartawan berlatarbelakangkan suara takbir raya. Ironi. Tapi pastinya hati setiap keluarga mangsa lebih lagi. Barangkali inilah Hari Raya Korban yang paling terkesan dalam sejarah alami mereka.
Ingatlah, duduk di tempat tinggi tidak bermakna kita layak untuk bermegah-megah. Duduk di tempat teratas tidak bermakna kita tidak akan terjatuh dan hanyut. Salam Idul Adha dari oranglipis. Semoga pengorbanan mengajar kita erti menghargai hidup. Moga hidup mengajar kita mendepani mati.
Ingatlah, duduk di tempat tinggi tidak bermakna kita layak untuk bermegah-megah. Duduk di tempat teratas tidak bermakna kita tidak akan terjatuh dan hanyut. Salam Idul Adha dari oranglipis. Semoga pengorbanan mengajar kita erti menghargai hidup. Moga hidup mengajar kita mendepani mati.
***
Kelmarin TV3 menayangkan visual seorang penduduk marah-marah di depan YB Azmin Ali. Rungutnya, sukarelawan tidak membantu mangsa sewajarnya. Ya memang aku menghidu bau-bau politik hanyir di sini. Tapi sebenarnya, bukan sukarelawan tidak mahu menolong mengangkat barang milik mangsa, tapi mereka bimbang dituduh mencuri. Isu kecurian telah digembar-gemburkan sedari awal bencana sehingga ramai mangsa yang tak mahu berpindah keluar. Sebagai sukarelawan, kadang-kadang kita tidak boleh terlalu ringan tulang. Terpaksa menunggu sehingga dipanggil atau mendapat arahan. Inilah bahana duduk di dalam dunia yang bergelut fitnah. Ternyata, harta dunia juga yang dikejar-kejar. Kalau aku, sekali dituduh atau disyaki mencuri, memang aku tak akan tolong lagi dah huhu~
Biarlah si luncai terjun dengan labu-labunya...
5 comments:
bravo bro nizam,wa salute u becoz we share de same thoughts! memule aku simpati ngn mangse,la ni aku nk nek meluat dah!
May God guide us all...
aha~.. betul. siap kes nak saman sebab tak hiraukan amaran dan report mereka padahal sudah tahu bertahun-tahun kawasan itu mmg kawasan hitam dan gelap dengan kes runtuh-runtuh ni.
mentang-mentang alam sekitar tak leh saman mereka masa mereka menjarah, kalau alam sekitar dah boleh saman kan bagus!
boleh juga dilihat double standard yang mungkin berlaku...
sekiranya bencana tu berlaku di kawasan orang miskin...
apa akan ada hotel @ atau kedai mamak yg dtg menaja makanan sambil mempamerkan banner mereka?...
itupun masih ada segelintir yg tidak mahu mengambil iktibar & bersyukur...
salam zam..tu la...kita tak boleh nak jugde sesuka hati tapi memang dah nampak yg sebenarnya..biarlah mereka...pada mereka sebuah rumah runtuh banyak lagi rumah2lain yg boleh menjadi teduhan..merekakan orang atasan..nak wat camner...kita titipkan doa buat mereka agar mereka tersedar dari lamunan yg sememangnyer sementara ini...itulah tugas kita sebagai khalifah Allah..berdoa untuk kebaikan alam sejagat..amin
re:according 2 ur comnt in my blog bout feszam,result 6th place tu from our pegawai.
Post a Comment