sebelum kau tanya aku hal nikah
pernahkah kau rasa perit terluka?
sebelum kau tanya aku makna perkahwinan
pernahkah kau rasa sakit dipermainkan?
sebelum kau gebang indahnya hidup berdua
tanya dulu bagaimana aku melayan sengketa?
sebelum kau gebang bercinta manis selalu
tanya dulu bagaimana aku menepis cemburu?
sebelum kau berperi bahawa jodoh perlu dicari
mengapa kau bercerai ketika inai merah di jari?
sebelum kau berperi bahawa sendiri itu sepi
mengapa kau menangis tatkala berkongsi suami?
sebelum kau katakan aku mencipta alasan
bukankah elok kau bantu aku mencari pasangan?
sebelum kau kenalkan kawanmu nan seribu
bukankah elok kau sahaja yang kahwin dengan aku?!
***
Hahaha. Ini sekadar idea spontan selepas acapkali mendengar pelbagai luahan rasa kawan-kawan yang senasib seperti di atas. Tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati. Dan sunnah nabi meramaikan umat itu tetaplah wajib diteruskan. Selamat menyambut musim orang kahwin. Kepada yang bakal ataupun dah kahwin, jagalah pasangan baik-baik. Kepada yang bujang, selamat mengumpul koleksi kad kahwin untuk ilham pada masa depan :)
Dijemput semua kenalan ke Dewan MDL Kuala Lipis pada 09.10.10 sempena majlis adik aku yang bakal melangkah bendul abangnya hahaha. Maaf tak ada kad kahwin sebab bukan aku yang kahwin pun hehehe.
4 comments:
Sebelum aku tanya dengan lebih dalam,
kiranya elok aku cuba mengumpul jawapan,
kerana soal yang sama harus aku lunaskan..:)
Perihal jodoh serahkan pada yang Kuasa, itu lebih afdhal..
ahahah:)
Selamat pengantin baru buat adik awok ter.Awoknye bile pulok...
zul: slmt mncr jwpn :)
jejaka: jwpn sy ada di atas tu hehe
besh2! i like!
Post a Comment