dari klik di jari dan kilau lensa
kau lukis alam dengan cahaya
bercerita ria pada kartu bisu
mencipta cinta di keras foto
tiap satunya mesti tampak sempurna
meski kau tahu betapa hidup tak pernah sekata
akan ada cerita tak tertulis tinta
ada sudut tak terpandang mata
tapi...
lewat klik di jari dan kilau lensamu
tiap satunya mesti tetap sempurna
mesti..!
10.10.10
Ini rentetan tiga hari tiga malam aku menjadi jurukamera di majlis perkahwinan adik perempuan tempoh hari. Ternyata menekan butang klik itu lebih berat daripada memikul kamera. Kepada yang bergelar jurukamera baik amatur mahupun professional, kalian harus mengerti bahawa warna-warna kehidupan kadang-kadang boleh ditentukan oleh tangan kalian. Maka berhati-hatilah dengan setiap klik kerana ia mungkin membawa dua erti. Samada indah atau padah!
Hahaha seriusnya aku dalam bab fotografi. Hey Nizam, orang bergambar sekadar untuk bergembiralah! :p
4 comments:
ko memang suka memikirkan sangat..relax bro!
Suke2 juge.Gambor ter akan jadi bahan kenangan yang amat bermakne sekali
foto sangat bermakna... setiap snap, saat tue takkan berulang lagi
betul kata awak..snap bukan sekadar suka! gambar pertunangan saya & perkahwinan abang sy hancur dek kerana keegoan seorang photographer yg perasan bagus!mmg hasil nye membawa padah.. tak menggambarkan kemeriahan sebenar majlis yg gilang gemilang tu
Post a Comment