27 January 2007

Video Festival Zapin Johor MAKUM 2006

Persembahan pertama daripada kumpulan Zapin UIAM yang kini bergelar Nafastari. Hmmm.. ceritanya aku dah post lama (click here) tapi videonya baru dapat aku tunjukkan hari ini atas masalah teknikal ;-)

21 December 2006

Fleeting Reach

do you seek me?
my hands reaches as yours do
do you need me?
my soul is burning for trust

"you are my solace"
is it true?
the lies i've heard cloud my eyes
the guilt i carry shrouds my heart

i am without choice
as i was, as i am
a wandering soul
and then, you came to me

you lent me your wings
you shared me your warmth
and as i smiled at your light
a rain of tears left my eyes

my soul questions me
asking for reality
and i said "no"
if this is a dream
then i wish only to sleep

for now, let my soul doubt
for none of it matters
until our bond answers it


The most precious gift from someONE...
HAPPY BIRTHDAY an-NIDXAM !!!

12 December 2006

Dua Belas Dua Belas

12/12/1982. Tarikh paling nostalgia. Aku yakin, aku menangis dengan sekuat hatinya pada tarikh ini dahulunya. Pada hari ini jugalah aku telah membuatkan emak menangis menahan sakit. Telah membuatkan ayah tersenyum saat memperdengarkan azan pertama buat aku. Ya, inilah hari kelahiranku. 24 tahun telah berlalu. Sebetulnya aku ingin menangis lagi pada tarikh ini. Dan dalam masa yang sama ingin membuatkan orang lain tersenyum gembira.

Sebenarnya, apakah yang kita harapkan pada setiap hari kelahiran kita ya? Moga panjang umur dimurahkan rezeki.. kata kakak aku.

10 December 2006

Saat-saat Melankolik

...saat mengenang kamu yang jauh
saat mengimbau memori berlabuh...

ingatkah kamu akan aku
sayangkah kamu akan aku
rindukah kamu akan aku
sepertimana ingat sayang rinduku pada kamu..?

sayang..
sesungguhnya
pada saat-saat seperti ini
aku ingin sekali berada di sisi kamu


argh! aku berjiwang lagi.. tapi sekali sekala berjiwang untuk jiwa tak mengapa kan? hah!

04 December 2006

Fenomena Lelaki Feminin

Semakin lama aku bergelumang dalam dunia zapin, fenomena lelaki feminin semakin menjadi perhatian. Sebenarnya, pada awal penubuhan pasukan zapin UIAM, kami bertekad untuk menjadikan ahli-ahlinya bebas daripada fenomena ini. Itu adalah polisi UIAM. Malangnya, kami terlepas pandang. Lantas kami terperangkap antara diskriminasi dan polisi. Lelaki feminin berpegang pada alasan diskriminasi manakala yang selebihnya berpegang pada polisi.
Sehari-hari kami cuba berkompromi dengan polisi. Namun setelah hampir enam bulan pasukan zapin UIA bergerak aktif, ternyata fenomena lelaki feminin ini sedikit sebanyak menganggu kami. Masing-masing mula menyuarakan kerisauan...Hanafi, kak Ja, kak Maswa, kak Liza, malah penganjur program dan juga penonton. Tanpa penganjur yang mengundang kami untuk membuat persembahan dan penonton yang menyaksikan persembahan kami, Nafastari tidak akan mampu pergi lebih jauh. Jadi, mana satu harus dipilih?
Tapi kebelakangan ini, nampak gayanya kami tak mampu lagi berkompromi dengan polisi. Istilah lelaki feminin perlu dimansuhkan atau Nafastari akan...

17 October 2006

NAFASTARI.. Kami Telah Memulakannya...

16 Oktober 2006 menjadi tarikh rasmi penubuhan NAFASTARI. Hari inilah kami mengutip pengalaman semalam untuk membantu kami terus bernafas dalam dunia tari di Taman Ilmu dan Budi ini. The Pioneer of IIUM Zapin Team dengan bangganya memperkenalkan kepada anda gelaran kami yang terbaru.. NAFASTARI.
Terima kasih kepada saudara Jay @ Ahmad kerana membenarkan kami menggunakan gelaran hasil idea indah beliau ini untuk kami jadikan sebagai nama rasmi kumpulan tari UIAM. Sengaja kami mengeluarkan nama "Zapin" kerana selepas ini kami ingin menjadi lebih besar daripada itu. Menjadi lebih besar dengan semangat yang lebih kuat dan kerja yang lebih keras. Demi memastikan NAFASTARI akan terus bernafas di sini.
Orang kata.. apa ada pada nama kan? Apa anda juga berfikiran yang sama?
Nota kaki: Aku tak tahulah sama ada aku akan sempat bernafas di dalam NAFASTARI...

06 October 2006

Dunia Baru Aku....

Satu semester hampir berlalu. Tak sangka selama satu semester ini aku bergelumang sepuas-puasnya dengan dunia zapin. Sesuatu yang tak pernah aku terfikir nak lakukan sebelum ini, tiba-tiba dah menjadi satu kegemaran yang sukar nak ditinggalkan lagi.

Taaruf Week July Intake (Registration): Persembahan pertama di UIA demi melepaskan gian selepas balik bertanding dari Johor. Dipersembahkan sempena pendaftaran pelajar-pelajar baru ke UIAM. Jam 11 pagi di luar CAC. Huh! Kami sanggup berzapin di tengah kepanasan pagi. Malah kami sanggup buat pentas sendiri disebabkan portable stage yang disediakan tak seperti yang dijanjikan. Argh! Pentas memang sangat menganggu kami kali ini. Bergoyang-goyang.

Taaruf Week July Intake (Cultural Night): Respon penonton untuk lagu Ya Salam sangat membuatkan kami teruja di atas pentas. Kopak sebaris yang tak akan dilupakan. Dan malam ini pertama kali kami mempersembahkan lagu Rukun Islam. Penonton yang semuanya pelajar baru UIAM tergelak tatkala mendengar permulaan lagu, tetapi kemudian terkelu seribu bahasa. Insaf kot.. haha! Untuk makluman, lagu Rukun Islam memang kami tak akan senyum di atas pentas. Serius beb!

Humanitarian Week: Memang menakutkan kalau terpaksa berzapin atas portable stage. Tepi sungai pula tu. Sangat tak stabil. Kami lepas geram, buat 3 lagu sekaligus. Ya Salam, Rukun Islam dan lagu baru Ya Ladan.

E-Fest Closing Ceremony: Bolehlah…yang penting berbayar. Hehe.. Tapi macam tak percaya program di UIA dimulakan dengan tarian sebagai pembuka majlis.. hmm..

Opening Ceremony Inter-Varsity Musabaqah al-Quran: Pencetus kontroversi sikit. Yelah, tak pernah orang berzapin dalam program macam ini. Tapi hakikatnya kami cuma buat lagu Rukun Islam je. Tak lari konsep pun. Kostum baru dah siap. Songkok tinggi lagi. Baru terasa macam orang Johor haha!

Convest@Stage: Persembahan yang agak mengelirukan sebab kami tak tahu apa yang pihak penganjur mahukan. Kami redah je, buat lagu baru Farizal Ham dengan Hari Ribut.

Convocation Ceremony: Aku tak berzapin dalam persembahan ini, tapi aku terasakan sakitnya. Nak tahu kenapa? Rakan-rakan aku terpaksa berzapin di tengah panas kira-kira jam 2.30 petang dengan hanya beralaskan karpet disaksikan penonton yang boleh dikira dengan jari. Mereka yang berzapin memang melecet kaki. Macam pijak besi panas. Kesian. Nasib baik ini arahan kak Maswa.

IIUM Merdeka Countdown: The most happening performance! Kami berzapin untuk acara finale di atas trek stadium dikelilingi ribuan penonton yang bersila betul-betul di depan mata. Tak pernah terfikir akan berzapin di depan penonton sedekat ini.

Malam Getaran Merdeka: Tak tahu apa masalah dengan persembahan yang diadakan di Matrik UIA ini. Sama ada mentaliti penontonnya atau pun tarian kami. Setiap langkah kami mereka ketawakan. Lagaknya macam menonton komedi Senario. Sangat-sangat menganggu emosi kami di atas pentas. Mungkin ini pertama kali mereka menonton zapin agaknya. Atau memang orang melayu tak suka tepuk tangan agaknya.

Perhimpunan Siswa Merdeka MAKUM & KeKKWa: Ini bukan persembahan zapin tapi menari jugalah. Bezanya kali ini aku tak menari tapi menjadi jurulatih untuk penari-penari UIAM. Kesemua 18 IPTA di Malaysia berkampung selama 4 hari di UKM untuk membentuk satu persembahan kebudayaan berwarna-warni sempena merdeka. Sangat meriah! Gegak gempita DECTAR UKM dengan hampir 2000 orang penuntut IPT. Aku rasa program ini boleh buat satu entri dalam blog ni. Terlalu banyak kenangan untuk diceritakan.

Ummatic Week: Dikira sebagai persembahan kami yang terakhir untuk semester ini. Kami gabungkan lagu Dia Datang dan Joget Malaysia dengan tarian zapin. Yelah sebab kami mewakili Malaysia untuk program ini, dan bukan Johor semata-mata. Cuma satu masalah besar malam ini, sistem audio yang sangat-sangat mendukacitakan. Tersekat-sekat. Seolah-olah dikendalikan oleh budak sekolah! Begitulah nasib kalau bekerja dengan orang yang tidak profesional. Menyakitkan hati… Nasib baik penonton yang kebanyakannya foreigner yang sangat sporting menyelamatkan keadaan dan emosi kami. Thank you guys!
Hampir semua persembahan kami rakamkan. Nak tengok? Hehe... Semua itu untuk kenang-kenangan jatuh bangun "The Pioneer".

Apa Cerita Nizam?

Ada dua sebab aku gagal membuatkan blog aku ni sentiasa segar dengan cerita-cerita baru. Pertama; komputer aku kena serang virus. Selalunya aku menulis di bilik, maklumlah dalam bilik lebih terasa "feel" nak menulisnya. Kemudian baru aku simpan masuk dalam "pendrive" dan terus ke internet. Disebabkan virus, makanya aku takut untuk memindahkan tulisan-tulisan ke dalam pendrive. Akhirnya semua cerita terbengkalai..

Sebab keduanya, aku belum ada "pendrive". Hahaha! Aku patut lebih berteknologi tinggi dengan lebih cepat. Argh! Inilah padahnya kalau kerja asyik bertangguh.

24 June 2006

The Pioneer - IIUM Zapin Team.

Aku Demam.
Argh! Orang lain demam bola, demam AF4, demam AQ, aku pulak demam betul-betul! 14 Jun lepas badan aku tiba-tiba panas, membawa kepada demam, sakit kepala, merah-merah satu badan, gatal-gatal, kulit menggelupas...dan akibatnya aku terpaksa tunda satu paper final exam. Jadi sekarang, aku menghitung hari menunggu "Special Exam" untuk paper tuh [ lambat lagi lah aku nak declare diri aku sebagai GRAD nampaknya.. ] Aku sepatutnya bekerja sambilan macam biasa kat Kolej Office Ali ni, tapi disebabkan masalah kesihatan aku seminggu yang lepas ni, aku belum mampu nak mula bekerja. But alhamdulillah, everything is getting better now.
The Pioneer
Sekarang aku nak bercerita pasal zapin. Aku mula tahu pasal UIA nak buat team menari ni dah lama malah Kak Maswa dah pernah buat audition pun sebelum ni. Tapi disebabkan yang datang kebanyakannya adalah "mat-mat lembut", jadi kak Maswa rela membatalkan je niat tu. Tapi untuk projek zapin kali ni, Kak Maswa serahkan pada Kak Ja pulak. Maka untuk mengelakkan masalah yang sama berulang, Kak Ja pun berhempas pulas mencari lelaki yang "bukan lembut" untuk join team zapin ni. Kalau tak, selagi itulah UIA tak akan ada team menari. Dan selagi itulah kita tak akan sedar bahawa sebenarnya ramai lelaki boleh menari di kampus biru ni, cuma masalahnya mereka malu dan takut dilabelkan sebagai lelaki lembut.
Audition
Akhirnya, Kak Ja berjaya mengumpulkan hampir 30 nama budak lelaki. Aku pun tolonglah Kak Ja telefon dan confirmkan semua nama-nama tu dan maklumkan pasal audition tu dan 95% daripada diorang bersetuju untuk datang. Baguslah. Mesti meriah nanti! Kiranya 2-3 hari sebelum audition tu, kitorang sama-sama sediakan apa yang patut untuk memastikan semuanya berjalan lancar. Paling penting, ada orang yang datang audition!!!
Akhirnya, 12 nama je yang dipilih daripada 23 orang yang datang semasa audition tu. Dan aku salah seorang daripadanya.. hehe. Tak sangka jugak, sebab aku tak pernah menari pun sebelum nih. Alih-alih terpilih menjadi antara perintis team zapin UIA. Makanya, bermulalah episod suka duka kitorang yang dua belas orang ni... Razz, Wak, Lan, Syazwan, Hafaz, Shah, Maman, Hairil, Wan Malik, Adnan, Hanafi dan aku. Sayangnya, Hairil dan Wan Malik terpaksa menarik diri dan digantikan oleh Along dan Amer. Training kami tiap-tiap malam di mana-mana je. Seminar Room CAC, Main Hall, banquet, parking VIP CAC, Main Audi, pantry. Rasanya, hampir setiap ceruk CAC tu kitorang dah jelajah.
Accident
Trainer kitorang adalah Abg. Khalid, koreografer tari dari Istana Budaya dan juga bekas penari Yayasan Warisan Johor yang memang dah terkenal dengan zapin tu. Zapin memang kepakaran dia dan hasilnya, memang semput jugaklah kitorang nak mengejar koreografi lincah yang dia reka tu. Dan disebabkan kitorang ni bukanlah penari, so accident time menari tu memang biasa sangat. Sampaikan ke hari full-dress rehearsal pun, kitorang masih kelam kabut lagi.
Sampai ke hari pertandingan, kami tawakal je. 20 Mei 2006, pentas Dewan Sultan Iskandar UTM menjadi saksi persembahan kitorang. Bila tengok balik rakaman videonya, boleh tahanlah! Sangat bagus untuk sebuah team seperti kami yang baru pertama kali berzapin. Tapi kalau nak dibandingkan dengan team senior lain macam UTM, UM dan UiTM yang mengungguli tiga hadiah utama, memang masih banyak yang kitorang perlu belajar.
Sejurus balik dari UTM, Insya Allah ada tiga persembahan yang akan kami jayakan di UIA pulak. Kitorang akan mula berlatih semasa cuti semester ni. Sesungguhnya, projek ini adalah projek jangka panjang. So, aku berharap sangat team zapin ni akan terus kekal di UIA ni. Sebagai antara lambang anak bangsa yang masih menghargai budaya Melayu. Persetankan elemen-elemen luar yang hanya pandai mengutuk kita. Bak kata Kak Maswa: "buktikan... MAN CAN DO IT!"
Terima kasih Kak Maswa dan S-Dev. Terima kasih Kak Ja. Terima kasih abg. Khalid. Terima kasih the pioneer.. korang memang best!!!