Apabila kau tak lagi dapat melihat masa depan.
Apabila fikiran dan perasaan tidak keruan.
Itu tanda kau harus berhenti dari segala yang berjalan.
Untuk kau melepaskan apa yang sedang di tangan.
Usah bimbang sayang kerana ia hanyalah sementara.
Demi menguji sehebat mana manusia tanpa penjaga.
Sekuat mana kita boleh menjerit tanpa suara.
Selama mana kita mampu bernafas tanpa udara.
Berhentilah sejenak. Lapangkan dada. Helakan nafas. Pejamkan mata.
Di situ letak cerapan jiwa. Untuk kau menerus masa.
Untuk mereka yang pernah mengosong fikiran mencari jiwa yang hilang.
Keramat AU3
13 Mei 2014
13 May 2014
03 April 2014
Kisah Seorang Pelaut
Antara tanah dan angin. Dia memilih
ombak menguji jiwa.
Antara hujan dan pelangi. Dia berdiri di
tengah-tengahnya.
Antara basah dan kering. Dia berdiri di
kedua-duanya.
Mimpinya seringkali terhantuk
ombak.
Dan di situlah dia menghempas rindu.
Siangnya sentiasa dimabuk
gelombang.
Dan malamnya sunyi sesepi-sepinya.
Kerana di setiap pintu rezeki yang
terbuka, ada keluarga yang berpaut.
Maka di setiap lautan yang maha luas,
akan tetap berdiri seorang pelaut.
Sebuah cerita untuk jiwa yang cekal kerana sesungguhnya
setiap daripada kita
adalah pelaut di bumi bertuah ini.
Kuala Lumpur
17 Mac 2014
13 July 2013
Kadang-Kadang
Dalam kasar suara marah, tanpa dia sedari ada hati dan perasaan yang tersakiti. Tapi tak mengapa kerana aku telah terbiasa memaafkan dia. Kerana aku tahu hatinya tidaklah sekeras kata-katanya.
***
Kadang-kadang kata-kata tidak mewakili perasaan sebenar. Kadang-kadang kita perlu memandang dengan mata hati. Mendengar dengan satu telinga.
Ah! Hidup ini terlalu banyak berkadang-kadang. Sengaja memberi peluang agar kesalahan yang kadang-kadang tersasul dapat diperbetulkan. Esok lusa kita akan tersasul lagi. Dan kadang-kadang kita sengaja.
Ya Allah. Sempena bulan mulia ini, Kau peliharakanlah mulutku, kata-kataku, tingkah lakuku dan sucikanlah hatiku. "Bukanlah seorang Mukmin itu suka mencela, melaknat, berkata yang keji dan kotor" (HR Ahmad, Bukhari)
Salam penuh kemaafan. Salam Ramadhan Kareem 1434 Hijri.
11 July 2013
Zaman Dah Berubah.. Betul ke?
Kita selalu disogokkan dengan kata-kata bahawa zaman sudah berubah. Dari dulu sehingga sekarang, semuanya sudah berubah. Zaman sudah berubah! Maka kita mesti berubah. Betul ke..?
Aku rasa zaman tak pernah berubah. Dari dulu sampai sekarang semuanya sama. Orang dulu-dulu menyebarkan fitnah dengan mulut. Kemudiannya menggunakan tulisan. Menjelang abad ke-21 orang memfitnah melalui media massa. Dan sekarang orang bermain fitnah hanya di hujung jari menggunakan Facebook dan Youtube.
Katanya zaman dah berubah. Tapi fitnah tetap fitnah. Perangai manusia tetap tak berubah. Yang berbeza hanyalah persekitaran dan teknologi. Atas dasar apa kita mengukur zaman? Kalau bukan pada tamadun dan perangai manusianya?
Maka kerana itulah al-Quran kekal sebagai pedoman sepanjang zaman. Salam Ramadhan Kareem 1434 Hijri.
02 June 2013
Senarai Kedai Kostum Sekitar Kuala Lumpur
Setiap kali ada program makan malam yang ada tema berpakaian (Themed Dinner). Setiap kali itulah semua menggagau mencari kedai kostum. Setiap kali itulah nak kena bertanya pada Encik Google.
Makanya untuk manfaat semua, aku dah siapkan senarai kedai kostum berhampiran Kuala Lumpur dan juga senarai laman web yang menjual kostum secara online. Alang-alang aku buat ni untuk rakan-rakan sepejabat, eloklah juga dikongsikan pada semua kan. Sebaik-baiknya, telefon dahulu kedai-kedai ni untuk membuktikan kesahihan alamat dan waktu operasinya. Selamat memilih! :)
Absolut Pitch Costume Shop
Lot
D3, 1st FL, Block D,
Fahrenheit 88 (old KL Plaza),
179
Jalan Bukit Bintang,
Kuala
Lumpur, Malaysia
Costumes “N” Parties
THE
WELD, L2-09, Level 2,
76, Jalan Raja Chulan
50200 Kuala Lumpur
Tel: 03-21648184
Fax: 03-21648185
Operation Hrs:
Mon ~ Fri : 11am – 8pm
Sat & Sun : 11am – 6pm
76, Jalan Raja Chulan
50200 Kuala Lumpur
Tel: 03-21648184
Fax: 03-21648185
Operation Hrs:
Mon ~ Fri : 11am – 8pm
Sat & Sun : 11am – 6pm
Costumes Empire
Penthouse Suite 7.07, 7th Floor,
Wisma Central, Jalan Ampang,
Kuala Lumpur, Malaysia
Wisma Central, Jalan Ampang,
Kuala Lumpur, Malaysia
For
Rental Assistance call:
03.2164.3698
0111.5713.651
(during operating hours only)
03.2164.3698
0111.5713.651
(during operating hours only)
Costumes Empire
Unit
B-1-23A, Block Bougainvillea
10 Boulevard, Leburaya Sprint,
Jalan PJU 6A, Petaling Jaya.
10 Boulevard, Leburaya Sprint,
Jalan PJU 6A, Petaling Jaya.
Please
call for appointment:
Linda: 0111.5713.652
(during operating hours only)
Linda: 0111.5713.652
(during operating hours only)
Partyshop!
Showroom
is open based on appointments.
Contact
013-2285474 or e-mail to normaria@partyshop.com.my
for appointment
ONE-STOP
PARTY SHOP (001002816-H)
T1-LG-D Boulevard Subang,
SS12/1 Wangsa Baiduri,
Subang Jaya 47500,
Selangor, Malaysia.
T1-LG-D Boulevard Subang,
SS12/1 Wangsa Baiduri,
Subang Jaya 47500,
Selangor, Malaysia.
Tel:
+6013 228 5474 (Normaria)
Tel: +6013 363 5484 (Adel)
Tel: +6012 211 0409 (Amirah)
Fax: +603 5191 1024
Tel: +6013 363 5484 (Adel)
Tel: +6012 211 0409 (Amirah)
Fax: +603 5191 1024
Century Fiesta Sdn. Bhd
28-1
Jalan SS15/4
SS15,
47500 Subang Jaya
Selangor
D. E.
+603
5613-2048
OPENING
HOURS:
11:00am
to 7:30pm (Mon-Fri)
11:00am
to 5:00pm (Sat)
Century Fiesta Sdn. Bhd
No.44-2, Jalan 24/70 A,
Desa Sri Hartamas,
50480 Kuala Lumpur.
+603 2300 2048
+6017 234 5266
+603 2300 2046
info@centuryfiesta.com
Desa Sri Hartamas,
50480 Kuala Lumpur.
+603 2300 2048
+6017 234 5266
+603 2300 2046
info@centuryfiesta.com
CantiqueCostume
Open
Daily 11am-8pm, Sunday Close.
22-1, Jalan Sulaiman 1, Taman Putra Sulaiman,
Ampang 68000 Selangor, Malaysia.
(Opposite Tesco Ampang)
rent@cantiquecostume.com
22-1, Jalan Sulaiman 1, Taman Putra Sulaiman,
Ampang 68000 Selangor, Malaysia.
(Opposite Tesco Ampang)
rent@cantiquecostume.com
Costume World
B-3A-17
Pusat Perdagangan Pelangi Square,
Persiaran
Surian PJU 6, Pelangi Damansara,
47800
Petaling Jaya,
Selangor
Darul Ehsan, Malaysia.
Tel
: 03 7729 7332
Mon
- Fri 11am - 7pm | Sat 11am - 4pm |
Close on Sun & Public Holiday
AbraCaDabra Costume Rental (M) Sdn Bhd
No
50-2 Plaza Puchong
Jalan Puchong Mesra 1
58200 Kuala Lumpur
West Malaysia
Jalan Puchong Mesra 1
58200 Kuala Lumpur
West Malaysia
Office
No: +603 8076 7493/492
Fax No: +603 8076 7051
Mobile No: 016-3835536
Email: abracadabra.costumerental@gmail.com
Website: www.abracadabra-costume.com
Fax No: +603 8076 7051
Mobile No: 016-3835536
Email: abracadabra.costumerental@gmail.com
Website: www.abracadabra-costume.com
DC Comics Super Heroes
Caiko Costume Gallery
17-2,
Jalan Puteri 2/2,
Bandar
Puteri, 47100
Puchong,
Selangor
016-6647603
(Hotline)
016-9556515
(Adelene Chai)
016-357577 (Celine
Ko)
E-Mail
: caikocostume@gmail.com
http://www.caikocostume.com/
http://www.caikocostume.com/
Melody Costume
No.
96, Jalan Besar, Batu 8,
52100,
Kepong,
Kuala
Lumpur 68100
03-6275
5680
Gavin
LEe.k.w H/P:016-2332095
Every
Mon - Sat. 11.00am - 7.30pm
Adonis & Dash Costumes
Unit
2.06, First Floor, Wisma Central, Jalan Ampang, Kuala Lumpur
Cool Costumes Sdn Bhd
Unit 06-90 Berjaya Times Square
55100
Kuala Lumpur Malaysia
Tel
: 03-21417655
Fancee Costume Rental
30, Jalan Mengkuang Off Ampang Hilir,
55000, Kuala Lumpur
30, Jalan Mengkuang Off Ampang Hilir,
55000, Kuala Lumpur
Tel
/ Fax : 03 4253 4030
HP: 012 990 4278 - Munirah
HP: 017 360 1970 – Misah
HP: 017 360 1970 – Misah
Anime Tech Sunway Pyramid
F1.23,
Sunway Pyramid,
3, Jalan PJS11/15, Bandar Sunway,
46150
Petaling Jaya, Selangor
Time
: Mon - Sun, 10:00 am - 10:00 pm
Online Shopping:
19 May 2013
Kembara 6H5M ke Macau - Guangzhou - Shenzhen - Hong Kong
Hari Pertama : Macau
Negara judi dan kasino yang dihiasi lampu neon berwarna warni. Aku
singgah turun di Lapangan Terbang Macau semata-mata sebab nak naik feri ke
Hongkong keesokkan harinya. Kami bergambar di tinggalan gereja St.Paul,
salah satu daripada puluhan bangunan bersejarah di Macau. Bandar Macau ni
sangat kecil, semuanya boleh dilawati dengan hanya berjalan kaki. Malamnya
sejuk dan dingin, terasa nikmat tak terhingga apabila dapat menghirup kuah
panas mi segera Maggi. Memang tak jumpa langsung restoran makanan halal di sini
kecuali makanan ringan di kedai serbaneka. Satu malam menginap di Hotel Guia,
cukuplaaah..
Hari Kedua : Guangzhou
Guangzhou yang dulunya dikenali sebagai Canton City adalah bandar
paling besar dalam jajahan Guangdong. Kami menginap satu malam
di Hotel Baiyun City, betul-betul bersebelahan stesen keretapi besar
Guangzhou. Kawasan yang dipenuhi ribuan manusia pada satu-satu masa. Takut juga
kalau-kalau tiket keretapi habis, tapi ternyata sistem keretapi di China sangat
efisien, menepati masa dan selesa walaupun terpaksa menampung ribuan penumpang
setiap minit.
Kami sempat mengelilingi Bandar Guangzhou yang dipenuhi bangunan
pencakar langit, Tsun Yat Sen Memorial Hall dan Yuexiu Park - taman paling
besar di Guangzhou. Patah kaki nak berjalan ke seluruh taman menyaksikan
tinggalan sejarah yang menjadi mercu tanda Guangzhou. Melawat Yuexiu Park
bermakna melawat Guangzhou. Satu hari pun dah cukup :)
Hari Ketiga, Keempat dan
Kelima - Shenzhen
Shenzhen, satu lagi bandar besar selepas Guangzhou dalam jajahan
Guangdong. Besarnya bandar Shenzhen ni dah berjaya kalahkan Kuala Lumpur. Sebab
itulah kami menginap di sini selama dua malam di Hotel Prince, betul-betul bersebelahan
stesen keretapi besar Shenzhen di Jianshe Road dan makanan halal tak menjadi
masalah di sini. Terkenal sebagai bandar elektronik, dua kali kami singgah di
Plaza SEG dan berjaya membawa pulang satu tablet android, 15 unit thumbdrive 4G
(nak buat souvenir), dua power bank dan satu earphone dengan jumlah harga
kurang RMB1,000 (RM 500.00) !!!
Satu lagi tarikan utama di Shenzhen adalah "Window of the
World". Kami habiskan masa hampir 5 jam meneroka replika ikon-ikon seluruh
dunia termasuklah binaan Eiffel Tower. Melawat Shenzhen dah boleh dikira
melawat satu dunia. Sayangnya replika Menara Berkembar PETRONAS tak ada pun
huhu :-(
Hari Keenam- Hong Kong
Tak boleh berlama-lamaan di Hong Kong sebab semuanya mahal di sini.
Harga tiket tren sahaja hampir tiga kali ganda berbanding di China. Makanya
hanya beberapa tempat yang sempat kami jelajah seperti Maddame Tussaud dan
Victoria Peak. Tak ketinggalan Avenue of Stars yang cuma 2 minit dari Imperial
Hotel tempat kami menginap dan sempat juga pusing keliling HK Island menaiki
tram secara percuma (haha kami tak bayar tiket pun)!
Hari terakhir, kami ke HK Disneyland sebelum terbang pulang ke KL pada
jam 6 petang. Pada aku, HK Disneyland tidaklah sehebat Universal Studio
Singapura, 4 jam sahaja sudah memadai untuk mengelilingi seluruh taman tema.
Hong Kong memang negara yang meriah dengan macam-macam orang. Fair enough,
Hongkong is where East meets West.
Kembara 6H5M ini adalah hadiah harijadi untuk kawan aku ni. Walaupun kami ditinggalkan kapal terbang pada hari pertama, harap-harapnya ia menjadi pengajaran dan kenangan indah buat dia hahaha~
Kembara 6H5M ini adalah hadiah harijadi untuk kawan aku ni. Walaupun kami ditinggalkan kapal terbang pada hari pertama, harap-harapnya ia menjadi pengajaran dan kenangan indah buat dia hahaha~
Ruins of St. Paul Macau
Guangzhou City
Shenzhen City
Hong Kong Island
12 December 2012
12.12.12 - Selamat Ulangtahun Untuk Diri Sendiri
Hari ini 12 Disember 2012 adalah tarikh keramat. Angka 12 yang menjadi nombor bertuah sejak sekian lama digabungkan menjadi 12.12.12 lantas menggenapkan usia menjadi 30 tahun.
Tiada apa yang istimewa melainkan kombinasi nombor-nombor 12 yang tersusun cantik. Tiada apa yang luar biasa untuk dilakukan melainkan pergi bekerja seperti hari-hari Rabu yang sebelumnya.
Tapi aku ada harapan yang telah mengiringi kehidupan sejak 30 tahun yang lepas. Aku berharap untuk terus bergembira dan menggembirakan insan-insan tersayang. Keluarga, teman dan dia semestinya. Terima kasih sayang-sayangku semua! :-)
Pada 12.12.12 tepat jam 12.12 tengah malam, aku ucapkan selamat ulangtahun kelahiran buat diri sendiri. Semoga ucapan ini akan terus mengingatkan aku supaya tidak alpa ditelan usia. Alhamdulillah.
Tiada apa yang istimewa melainkan kombinasi nombor-nombor 12 yang tersusun cantik. Tiada apa yang luar biasa untuk dilakukan melainkan pergi bekerja seperti hari-hari Rabu yang sebelumnya.
Tapi aku ada harapan yang telah mengiringi kehidupan sejak 30 tahun yang lepas. Aku berharap untuk terus bergembira dan menggembirakan insan-insan tersayang. Keluarga, teman dan dia semestinya. Terima kasih sayang-sayangku semua! :-)
Pada 12.12.12 tepat jam 12.12 tengah malam, aku ucapkan selamat ulangtahun kelahiran buat diri sendiri. Semoga ucapan ini akan terus mengingatkan aku supaya tidak alpa ditelan usia. Alhamdulillah.
01 December 2012
Kuakui (Aku Hilang)
Bukan sekali dua pekerjaan di pejabat tidak berlaku adil kepada kita. Selalu sahaja timbunan kerja menzalimi sisi kehidupan yang lain. Melampaui masa, menawar rasa. Mengabaikan dia, melupakan cinta. Lebih parah segalanya berlaku tanpa sedar. Hanya selepas kau membuka mata, kau sudahpun kehilangan dia.
Apa yang aku lupakan; abaikan; tawarkan; bukanlah dia atau sesiapa. Apa yang aku lupakan; abaikan; tawarkan; adalah jiwa raga. Hilang di dalam waktu pejabat dan timbunan kerja. Ketika kau marah-marah, kau sudahpun kehilangan jiwa. Ketika kau menangis diherdik ketua, kau sudahpun kehilangan raga. Dan ketika kau berpura-pura bahagia, kau sudahpun hilang dari lantai dunia!
Aku lebih rela kehilangan kerja. Daripada aku kehilangan diri sendiri.
Katakan padaku kekasih
Ternyata aku yang harus di persalahkan
Ku akui
Aku leka dengan kerjayaku
Mengejar kekayaan di dunia ini
Betapa hancurnya hatimu laluinya
Ku akui
Jika dapatku mengulangi
Perjalanan cintaku bersamamu lagi
Akan ku jaga sebaik-baik cinta ini
Kini ku rasa kehilangan
Ku sedar betapa pentingnya kau di sisi
Yang selalu ada.. yang selalu rindu
Terhadap diriku
- Hafiz / Ajai -
01 November 2012
Melangkau Ufuk
Dapatkah aku melangkau ufuk
Letaknya antara langit dan bumi
Atau mungkin jatuh terperosok
Di tujuh kaki ke dasar bumi
Mungkin juga dihancur rusuk
Di tujuh petala langit kirmizi
Menghantar diri ke jalan pulang
Jalan antara langit dan bumi
Letaknya antara langit dan bumi
Atau mungkin jatuh terperosok
Di tujuh kaki ke dasar bumi
Mungkin juga dihancur rusuk
Di tujuh petala langit kirmizi
Menghantar diri ke jalan pulang
Jalan antara langit dan bumi
19 October 2012
Ingat, Simpan dan Lupakan Botol Minyak Wangi Itu
PASPORT EKSPRES: Filem pendek ini layak mendapat tempat di blog ni. Usaha membawa puisi dan puitis ke dalam filem adalah satu hal yang selalu buat aku bangga. Bak kata Ghazi, "Semua benda yang kita boleh ingat, kita kena simpan". Maka aku ingin simpan filem ini di sini.
"Semua benda yang kita boleh ingat, kita kena simpan" - Rewan Ishak
Ayat ni mengingatkan aku tentang cerita minyak wangi. Betapa sang jejaka menyimpan botol minyak wangi kekasihnya selama bertahun-tahun. Semata-mata untuk menyimpan kenangan. Kenangan cinta yang kini terpisah oleh dua gerabak kehidupan. Akhirnya semalam botol tersebut pecah. Semerbak harum seluruh bilik menerbitkan bau-bau rindu. Air mata sang jejaka pun mengalir. Air mata derita!
"Selagi hidup berjiwa hamba. Pasti tetap dijajah abadi" - Usman Awang
Botol minyak wangi yang pecah menjadi tanda bahawa sang jejaka telah bersedia untuk tidak diingati lagi tentang cerita derita. Bukan bermakna dia akan melupakan, cuma dia tak mahu diingati lagi. Segalanya hanya akan disimpan dan akan diingati pada masa yang sepatutnya sahaja. Eh, "INGAT, SIMPAN & LUPA" adalah tiga perkara berbeza tau.
Jangan diingatkan hal yang buruk. Takut kelak tak boleh lupa.
Jangan dilupakan hal yang buruk. Biar simpan jadi sempadan.
Jangan disimpan hal yang buruk. Bimbang nanti teringat-ingat.
Kalau tak mampu melupakan dia tak mengapa. Tapi buangkan segala hal yang mengingatkan kau tentang dia. Yang perlu kau simpan hanyalah pengajaran. Ah teman, hidup bukan untuk derita! Hayatilah filem pendek ini dan saksikan sendiri bagaimana ia bisa membuatkan kalian tersenyum sendiri :)
"Bukankah kecurigaan itu telah terbunuh ketika kita bersapa?" - Usman Awang.
Jangan dikenang kalau engkau seorang
jangan diingat kalau engkau termenung
mungkinkan hati rasa ragu dan bimbang
tiada siapa akan menolong
Lupakan sudah kisah yang telah lalu
jangan diikut kata hatimu sayang
apalah guna duduk bersedih pilu
cari hiburan sambil berdendang
Hidup kita bukan untuk derita
juga derita tidak selamanya
jangan dibuang usia yang masih muda
agar tak kesal di hari muka
Dunia kita luas indah terbentang
pilihlah satu jalan yang kau sukai
asalkan imanmu tidak bergoncang
semoga tuhan akan memberkati
AHMAD JAIS
1970
Subscribe to:
Posts (Atom)








