Dalam kasar suara marah, tanpa dia sedari ada hati dan perasaan yang tersakiti. Tapi tak mengapa kerana aku telah terbiasa memaafkan dia. Kerana aku tahu hatinya tidaklah sekeras kata-katanya.
***
Kadang-kadang kata-kata tidak mewakili perasaan sebenar. Kadang-kadang kita perlu memandang dengan mata hati. Mendengar dengan satu telinga.
Ah! Hidup ini terlalu banyak berkadang-kadang. Sengaja memberi peluang agar kesalahan yang kadang-kadang tersasul dapat diperbetulkan. Esok lusa kita akan tersasul lagi. Dan kadang-kadang kita sengaja.
Ya Allah. Sempena bulan mulia ini, Kau peliharakanlah mulutku, kata-kataku, tingkah lakuku dan sucikanlah hatiku. "Bukanlah seorang Mukmin itu suka mencela, melaknat, berkata yang keji dan kotor" (HR Ahmad, Bukhari)
Salam penuh kemaafan. Salam Ramadhan Kareem 1434 Hijri.
2 comments:
Tersasul adalah tembok alasan utk kadang kadang nya terkasar.. Tetapi hati dan telinga akan menjadi lali apabila kata-kata maaf jarang jarang di ungapkan.. Hey nizam. Rindu aa kat kau! Wsz
kalau selalu sangat minta maaf, lama-lama akan jadi lali dengan kata-kata maaf pula. wah bestnya ada orang rindu kat kita. jom berbuka ramai2 ;)
Post a Comment