14 April 2008

Pesta Buku 2008

Menjelajah ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur Sabtu lepas, aku lebih banyak melabur untuk buku latihan UPSR dan SPM untuk anak-anak saudara aku. Manusia terlalu ramai, jadi aku sambar apa sahaja yang tertulis UPSR dan SPM. Lagipun buku latihan semuanya sama sahaja.

Tak banyak yang aku belanjakan untuk diri aku sendiri (jika dinilai dari wang ringgit). Mungkin kerana buku-buku yang dijual di sini murah-murah belaka. Menjelang hari terakhir program, diskaun ditawarkan sudah mencecah 50%. Terima kasih buat seorang rakan jauh yang sudi temankan aku membeli-belah :)

Jam 2 petang aku ke Bilik Johor dan Kedah untuk bertemu penulis yang membuatkan aku kagum kepada karya-karyanya. Mas Andrea Hirata yang diterbangkan dari Indonesia agak sentimental orangnya, pandai memainkan emosi. Jika anda sudah membaca Tetralogi Laskar Pelangi, menikmati suasana peceritaannya, semacam itulah lagak penulisnya. Sebenarnya aku menantikan buku keempat Andrea Hirata. Tapi katanya, buku terbaru tersebut akan diterbitkan selepas siap filem Laskar Pelangi. Sesuatu yang aku belajar dari Mas Andrea @ Ikal; tulislah apa yang di dalam hati dan usah terlalu menurut hukum hakam sastera yang kadang-kadang menyulitkan. Mungkin aku patut mencuba... :)













1 comment:

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

Tuan,

Saya dibesarkan di Penjom dan Bukit Kerani dan bercerita tentang buku di pesta buku, ia mengingatkan saya tentang perpustakaan SK Penjom tempat saya berkhayal bersama buku-buku dan juga khutub khanah desa di sebelah kuil India yang berdekatan dengan Hospital Lipis. Sekarang ia sudah tiada lagi.

Walaupun saya kini berkampung di Jerantut, Kuala Lipis tetap dihati saya sebagai kampung halaman!