08 July 2009

Lagu-Lagu Cinta

Ketika muda-muda dulu, cinta aku dan dia selalu dikaitkan dengan lagu-lagu. Perkaitan ni datangnya bukan dirancang, tapi semulajadi dan tiba-tiba. Kalau saja dia meminati sesuatu lagu, maka dia akan menarik aku bersama-sama ke dalamnya. Begitu juga sebaliknya hingga aku dan dia hanyut dalam melodi dan bait-bait lirik.
Perkara cinta sesama manusia bukanlah perkara yang patut diagung-agungkan sangat.

Jika cinta kami berjaya, maka lagu itulah yang memberi ceria. Jika cinta kami gagal, maka lagu itu jugalah yang menggagau rasa. Malangnya, hampir kesemua lagu-lagu cinta aku kurang berjaya. Lebih menyedihkan lagi, lagu-lagu yang tidak bersalah itu akan diharamkan dari singgah ke gegendang telinga. Haha. Aku tak mahu membazirkan hidup dengan kesedihan. Aku tak mahu ditipu oleh kenangan. Perkara cinta sesama manusia bukanlah perkara yang patut diagung-agungkan sangat.


Sesuatu yang aku belajar, jangan terlalu mengaitkan cinta dengan lagu-lagu. Biarkan cinta berdiri sendiri. Kalau mahu bergembira dengan lagu-lagu, jom temankan aku ke karaoke di Song Box Jusco Setiawangsa. Tapi jangan sampai kalian menangis kalau aku menyanyikan lagu Izinku Pergi. Hahaha.

Eh, apa lagu cinta kalian ya?

5 comments:

Er Lang said...

minat karaoke jugak ker?
well, for me...aku dah lama tak ada lagu cinta. what for???
been there, done that...and had enuf of it!

Nizam Ahmad said...

antara kegilaan baru utk aku skrg.. karaoke haha~

yoB said...

lagu² cinta xada.
karaoke amat baik tuk tekak.

nYUn said...

My lagu-lagu cinta; Andra & The Backbone : Sempurna

Hehe.. :P

Nizam Ahmad said...

pak_owns: betul tu. sekarang aku rasa lebih yakin untuk menjerit di khalayak ramai. haha

lil.devil: pilihan yg sempurna :)