11 December 2004

SEMUDAH TANGAN BERTEPUK

Sesejuk mata memandang
Setenang hati merasa
Seindah cita dicanang
Semulia kasih bermula

Serendah wajah menunduk
Sekilas jiwa menyapa
Semudah tangan bertepuk
Serangkap kata bertanya

Setiap redup berbayang
Sepanjang terang berembun
Setiap siang berpurnama
Sepanjang malam berunggun
…Semudah tangan bertepuk
…Sepayah irama berlenggok

Mahallah Ali, Gombak
5 Disember 2004

No comments: