06 September 2010

Hari Raya Saya

Sejak kecil lagi hari raya adalah hari yang saya nanti-nantikan. Pada hari inilah saya akan menerima duit raya, merasa pelbagai jenis makanan yang hanya ada pada musim raya, dibelikan baju baru berwarna-warni serta dimeriahkan dengan seribu satu jenis mercun dan bunga api. Itulah kegembiraan pada hari raya. Itu adalah kebahagiaan hari raya.

Tahun ini hari raya datang lagi untuk kali ke 28 dalam sejarah hidup saya. Tapi kini, hari raya pada saya adalah hari untuk membelikan aneka jenis kuih raya buat ibu di kampung, menghadiahkan baju raya buat adik beradik dan menghulurkan duit raya seikhlas mampu. Cuma maaf saya tak gemar membelikan mercun hehehe.

Memberi dan memberi. Itu adalah hari raya yang penuh bahagia untuk saya sekarang. Melihat mereka tersenyum puas adalah puncak kegembiraan untuk saya. Raya awak bagaimana?

Tapi dari dulu sampai sekarang, nasi impit dan kuah kacang tetap menjadi pilihan pertama saya pada hari raya. Pilihan seisi keluarga juga! Masakan kepakaran mak sejak dulu! SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN buat semua pembaca oranglipis.blogspot. Lusa saya akan pulang ke Kuala Lipis. Hati-hati ya :)

6 comments:

Anonymous said...

Jangan beli mercun, kang kantoi. Usah halalkan yang haram. hahahah.
Salam Lebaran buat kamu.:)

^pARi-pARi^ said...

Selamat hari raya nizam...maaf atas salah dan silap..sekejap masa berlalu..rupanya dah masuk setahun lebih kau tinggalkan kami di sini..dan bermakna dah dua kali raya kau tak beraya dengan kami..sedih..walau apapun kami gembira untuk kau..Friendship Never End..Janji tau...:)

Nizam Ahmad said...

alaa farah sedih plak aku rasa huhu.. xpe.. appapun kita masih di KL boleh jumpa2 lagi.. janji :)

selamat hari raya :)

nazwellazo said...

selamat hari raya=)

Nizam Awang Brahim said...
This comment has been removed by the author.
Nizam Awang Brahim said...

Salam Lebaran.Maaf Zahir Batin...