26 May 2011

Rahsia Menulis Blog

Lokasi: Galeri PETRONAS KLCC

Betapa ramai rakan-rakan blogger yang dulunya menjadi inspirasi aku menulis blog, kini menyepi. Mereka yang mengajar aku makna perkataan "blog", hari ini lupa kata kunci. Hilang bersawang bersama ayat tanpa penamat. Meninggalkan aku seorang-seorang mengayat. Syok sendiri. Huhu.

Kenapa? Facebook antara punca terbesar. Menulis status di facebook lebih mudah daripada menulis emel. Memuatnaik gambar di facebook lebih mudah mengumpan komen. Ah aku benci facebook! Dia merampas kekasih-kekasih blogger aku yang dulu.

Aku bukanlah penyimpan cerita-cerita hebat. Tiada apa pun yang boleh dibanggakan dengan tulisan setengah dekad ini. Tapi aku tetap menulis di sini. Kadang-kadang senyum sendiri. Menangis sendiri. Bercinta sendiri. Syok sendiri lebihnya. Haha.

Kenapa? Facebook juga puncanya. Di situlah selalunya bercambah inspirasi dan idea kreasi. Membaca status rakan dari satu ke satu, kadang-kadang tercuit emosi insani. Tersilap komen boleh terhilang kawan. Maka, di sinilah tempat aku berkongsi kisah. Selaku orang yang tak pandai menzahirkan rasa. Syok sendiri kan? Hehe.

Syok sendiri. Itulah rahsia menulis blog!
Tak percaya? Cuba tanya Mark Zuckerberg: Kenapakah penulis status boleh "like" status sendiri?

Huhuhu~





14 comments:

iKhRam said...

dan macam tu jugaklah situasinya bila penulis blog like entry mereka sendiri.. huhuhu!!

kesiankan naseb penulis cam kita nie...!!!! huhuh

Nizam Awang Brahim said...

Koi suke blog dari facebook.Lagi banyok mende boleh tulih.

Kakmim said...

hahahaha....sy pun pleik kenapa ada user FB yg like status sendiri... mmg syok sendiri...kalo kt blog nk syok sendiri xpe, org xtau...huhu

Anonymous said...

yup pelikkan org di FB...saya pun tertakjub dengan FB utk sementara...dan kembali semula ke blog..huhu...tapi yes at least di blog tak ramai yg tahu...hahah ~NO/CM~

aziekz said...

saya prnah jd mgsa gossip FB///frust skejap...sye tak terlibat ngan FB pun jd mangsa,,huhu,,,cmner ni..

Nizam Ahmad said...

ikhram: saya terpaksa like sebab nak share di fb saya huhu...tp saya akui blog saya mmg syok sendiri kan? Huhu

aziekz:fb adalah satu fenomena..siapapun mesti akan terlibat..huhu

-mighu- said...

kalau kita tak syok sendiri sape lagi nak tolong syokkan...

Nizam Ahmad said...

mighu: haha betul tu. Yang penting teruskan menulis ya....

Wanpetunjuk said...

Catik2 gambar dlm blog ni...keep it. Setuju dgn kecenderungan kita kepada FB berbanding dgn blog...hahaha

Teruskan blogging! :)

nazwellazo said...

tp sy syok baca setiap entry kamu=)

Aiman Ariffin said...

HAHA! so true! just tell yourself that there are ppl out there who are reading ur blog. nanti lagi semangat nak tulis2 jadi sumber inspirasi :)

Nizam Ahmad said...

nazwellazo: terima kasih daun keladi hiks!


aiman: terima kasih.. orang sekeliling memang selalunya menjadi inspirasi :)

addyaholix said...

woii. update laaa

Artozy said...

aku masih tak berfesbuk!