Cinta juga ada
papan tanda, lampu isyarat dan jalan sehala.
Lampu merah tandanya
dia marah dan kau harus berhenti berkata-kata. Adakala berdiam diri itu
penyelesaian terindah. Bukan menyerah kalah, tapi menunggu reda berbalah.
Kuning tandanya
dia pening. Kau harus tahu bahawa itu tandanya bersedia untuk berhenti, bukan
untuk memecut laju. Jangan terlalu banyak nasihat u-turn yang memualkan.
Hijau tandanya terus.
Tapi selitkan sedikit rasa risau kerana jalan tidak selalunya lurus. Berikan
angin, berikan lagu. Berikan benci dan juga rindu. Itu tandanya kau memahami liku-liku
menuju ke hati.
Hati-hati
memandu jalan cinta. Perhatikan setiap papan tanda amaran yang mana maksudnya
lebih daripada sekadar lambang. Kalau kau tersesat, jangan terlambat bertanyakan
orang. Ada ketikanya jalan itu sehala maka jangan sekali-kali kau mengharapkan
timbal balas. Kalau di lebuh raya yang banyak lorong dan keretanya, memandulah
mengikut had laju waspada. Prihatin pada yang di depan dan di belakang. Ada
masa-masa kau harus ke kiri dan perlahan.
Kalau sampai ke
jalan mati, berundurlah. Tiada guna terus ke depan dan usah dituruti jalan yang
sama. Dengan itu semoga kau selamat terus ke destinasi !
Kalau kalian ada
lesen kereta, silakan bercinta! Aku belum ada L