Ironinya, undian kedua tertinggi adalah "Sukakan Saya". Setiap kali undian bertambah, aku tergelak sebab memikirkan siapalah orang yang mengundi pilihan tu. Mungkin datang dari Myspace ataupun Friendster. Sejujurnya, tujuan asal blog ni adalah untuk hiburan diri aku sendiri. Sebab memang tabiat aku suka membaca tulisan sendiri berulang-ulang kali. Ringkasnya, aku adalah peminat paling fanatik kepada blog ni huhu. Tapi tak sangka ada juga yang ke sini sebab sukakan aku. Sebagai lelaki, aku tetap malu-malu. Merah legam muka ni. Hiks. Tapi jangan terlalu mengagungkan aku sehingga membina ukiran batu seperti di atas tu. Aku tak mahu jadi tugu hehe. Apapun, moga-moga kalian mendapat manfaat dari abjad-abjad di sini. Kalau tak dapat semua, yang sedikit janganlah dibuang.
14 Mac 2009. Selamat Pengantin Baru untuk Mohd Hafizan @ Pijan. Rakan sebilik selama dua tahun di UIA dulu. Setiap kali cuti sekolah, mesti aku akan dapat kad walimatulurus. Berbeza dengan empunya diri. Masih berjenaka hal-hal kahwin di dalam blog. Maaf tak berniat untuk menipu. Lepas ni tak buat lagi. Kata Wuqing - takut kelak jadi macam cerita penggembala dan kambingnya. Tapi...aku hanya mahu membuatkan kalian tersenyum manis seperti ukiran batu di atas. Kan comel tu?
Semua gambar diambil semasa lawatan ke Hangzhou, China.
2 comments:
HAHA, apa kata kita bina satu tugu begitu di kuala lipis.
lokasi kolam air pancut brbntuk ikan tu macam tempat yg strategik kan kan?
:D
Pada waktu sedang sangat serius pun aku akan tergelak nipis apabila melintas baris kata yang kau malu-malu sebagai seorang lelaki.
Ha ha. Setiap kali.
Post a Comment