29 November 2004

Hari Pertama Semester 2 2004/2005

Kelas dah bermula. Malas saja rasanya nak ke kelas sebab masih dalam mood raya. Tapi, memikirkan CGPA aku yang makin lama makin menurun, aku harus kuatkan semangat menghadapi segala hasutan syaitan.

Banyak perkara baru berlaku. Peja dah selamat pindah ke Bilal. semoga dia akan ketemu ketenangan di sana. Seorang budak dari Palestin (Diaa el Juneidi) mengisikan kekosongan yang ditinggalkan Peja. Safuan memang sah bertunang. Toy pun rupa-rupanya mengikut jejak Safuan juga. Dia bertunang pada raya kedua, dan Safuan raya ketiga. Semoga berakhir dengan ijab dan kabul, Insya Allah. Aku? Nantilah aku cerita.

(psst... budak yang aku admire sekelas dengan aku tadi... seronoknya!!! tak pernah jangka yang dia akan sekelas dengan aku sebab dia itu junior... ada rezeki agaknya. hik hik!)


Seribu Satu Perangai Residen Mahallah Ali

Hari pertama memulakan rutin biasa sebagai seorang pelajar di taman ilmu dan budi ini. Kalau di sekolah, hari pertama bukan pemulanya, tapi disini, hari pertama dah dapat assignment pun. MRC sepastinya tetap setia menunggu kehadiran aku di Mahallah Ali ini. Bilik MRC pun dah lama tak dijenguk. Alhamdulillah, permintaan kami untuk mendapatkan penyidai baju tambahan di kolej ini sudahpun dipenuhi. Harapnya residen akan menggunakan sebaik mungkin.

Satu perkara yang menarik tentang residen di Mahallah ini, mereka akan cepat melenting apabila ada pihak lain gagal menjalankan tanggungjawab mereka. Contohnya, tandas kotor, water-cooler rosak, mesin basuh tak disediakan, maintenance report lambat tindakannya, dan macam-macam lagi. Abang Fahmi, Kak Wan dan Che Rus kat Pejabat ni dah banyak kali terguris hati dek kekasaran kata-kata mereka.

Aku pun pernah ditengking. Tanpa salam aku dicerca di bilik MRC oleh seorang yang aku kenali baik dengan kopiahnya dan kerap kali aku tengok mengikuti jemaah tabligh di surau. Maaf, bukan hendak memalukan jemaah ini, tapi kalau mereka pun boleh buat macam itu, apatah lagi budak-budak lain yang lebih otai daripada itu. Aku tak kisah apa orang nak komplen sebab memang tugas MRC menjadi tempat mengadu, tapi apa salahnya bagi salam dulu dan cakap elok-elok supaya senang aku nak faham.

Selepas melenting, mereka seolah-olah lupa bagaimana mereka jugalah yang tanpa rasa bersalah membuang sampah ke luar tingkap, memecahkan TV kolej, mencuri kerusi di bilik mesyuarat kolej, membuang sampah merata-rata (boleh tengok di depan bilik TV, kiosk dan bilik MRC setiap pagi), squatting, 30% tak check-in setiap semester, dan banyak lagi yang tak larat nak dituliskan. Jangan terkejut kalau aku katakan hampir 60% bilik di mahallah ini ditinggalkan dalam keadaan kotor setiap kali cuti semester berdasarkan pengalaman aku sebagai part-timer kat mahallah ini semenjak setahun yang lepas. Dan termasuk 20% yang amat kotor sehingga terpaksa minta tolong cleaner bersihkan. Semua ini mencerminkan peribadi mereka yang tidak tahu menghargai apa yang telah diberikan.

Kekadang, terdetik juga di hati aku ini... " patutlah kita mengalami macam-macam masalah di mahallah ini.. mungkin ini balasan atas kelalaian kita". Walaupun tidak semua yang melakukan perbuatan tak bermoral ini, tapi balasannya tetap milik semua. Kami malu apabila pegawai IP-FMS meminta kami turut membantu mereka mengurangkan vandalism di mahallah ini tatkala kami membuat aduan tentang kelembapan servis mereka (maintenance and cleanliness). Orang kata, ibarat meludah ke langit. Tanggungjawab sendiri tak ditunaikan, hendak mengimpikan kesempurnaan hidup pula.

Che Rus (Asst. Manager Mahallah) kerap kali berkata, kalau semua pelajar mampu mengikut disiplin mahallah, dia akan menjadi orang pertama menentang reshuffling (perpindahan bilik setiap tahun). Kalau residen tetap dengan perangai mereka dan reshuffling berjaya dihapuskan, empat tahun mereka dalam bilik itu, empat tahunlah bilik itu akan penuh dengan segala sarang binatang. Empat tahunlah mereka tak akan check-in and out, tak tahu sama ada masih hidup ataupun tidak dalam bilik itu. Lepas grad, hilang macam itu saja. Maklumlah, pejabat kolej pun dah tak ingat di mana.

Walau apapun, MRC tetap dengan perjuangannya. Membantu residen, dan membantu UIAM.
Tetapi, kalau residen mahallah yang berjumlah hampir seribu ini tak mampu mendidik diri sendiri, MRC yang cuma seramai 22 orang tak mampu merealisasikan impian semua orang. Nanti, jangan kata MRC tidak menjaga kebajikan residen. Kepada yang selalu memberikan input positif secara berhikmah terhadap kami melalui komen dan komplen, terima kasih kami ucapkan. Insya Allah, akan kami tunaikan mana-mana yang relevan.

Semester ini, kami akan teruskan perjuangan kami melupuskan masalah tandas kotor. Ternyata memorandum tak berhasil, selepas ini kami akan gunakan cara lain pula. Akan datang, kami akan keluarkan kertas cadangan untuk:
1. Memasang gril untuk tingkap di setiap bilik di level satu.
2. Memperbaiki mutu landskap.

Tolonglah kami untuk menolong anda...
MRC - We Care, We Share


23 November 2004

Kisah tak Bertajuk

Masa aku menulis ini, aku baru saja tengok keputusan exam aku yang baru saja keluar tadi. Menepati jangkaan jugaklah. Cuma terkilan dan sedih sangat-sangat, sebab keputusan aku tetap menurun dari satu semester ke satu semester yang lain. CGPA masih dalam kategori Second Class Upper, tetapi itu semestinya belum memuaskan aku lagi. Bilalah aku hendak merasa dapat berada dalam Senarai Dekan ya? Sekadar sipi-sipi saja.

Hari ini, sudah masuk hari kedua aku di Mahallah Ali ini. Kerja semakin banyak dan semakin terasa kekelam-kabutan yang bakal dialami menjelang hari-hari pendaftaran masuk budak-budak baru dan lama nanti. Harapnya tak akan berulang lagi kes-kes pergaduhan yang pernah terjadi sebelum ini. Moga segalanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Insya Allah.

Cuma aku dengan Ijud saja di sini sekarang ini. Aznan dengan Hafizi belum sampai lagi. Aznan tunggu kereta Kancil baru dia keluar dulu. Hafizi pula khabarnya sepupu dia kahwin di Penang sekarang ini. Balik cepat sikit! Banyak kerja ini...

Hari Ahad lepas, Safuan pernah kata pada aku yang dia sudah bertunang dengan 'cik Mun' dia itu. Aku pun tak pasti betul atau tidak. Sekejap dia tergelak, sekejap dia serius. Walau apapun, aku tetap nak ucap tahniah jugak! Kalau dia sekadar melawak, kira-kiranya ucapan tahniah aku ini yang advance punya sajalah. Untuk masa depan.

Semalam Muhtade datang ke UIA melawat aku. Berbual kosong tentang cerita masing-masing. Kira peramah juga orangnya. Kami pergi makan-makan di luar, kemudian lepak-lepak dalam bilik aku, terus tertidur sampai ke pagi. Harap-harap kami boleh menjadi kawan sampai bila-bila.

Sepanjang cuti, alhamdulillah idea berkarya aku datang mencurah-curah. Semoga apa yang aku usahakan sedikit sebanyak dapat menyumbang kepada kemajuan diri aku dan segala yang berada di sekeliling aku.



20 November 2004

Senaskah Novel Persekolahan


Novel itu sarat seribu satu sirah
Laman demi halaman
Punya cerita berbeza
Setiap yang khatam pastikan tersentak
Betapa novel ini terlalu banyak menitis erti
Watak-watak berwajah satu berhati seribu
Berkesinambungan di legaran yang sama
Cita-cita dan rasa-rasa bersatu
Bertembung sejuta kemanisan di sana
Tangisan dari kisah sedihnya
Memampukan kita tersenyum esok hari
Keindahan kenangan yang ditinggalkan masa
Menjadi karya agung selamanya

…Senaskhah Novel Persekolahan.

Kuala Lipis
2 Mei 2003


Coretan ini kuabadikan khas buat teman-teman SMK Clifford dan SMK Setia Wangsa (1995-1999). Terutama buat Zihan, Yati, Marlieny, Uli, Maya, Dal, Marzuki dan 32 nama penghuni 5 ES2 1999 yang telah mencipta sejarah tersendiri dalam novel persekolahan aku. Semoga ukhuwah kita suatu yang berpanjangan hendaknya. Infinity Solidarity...

Aidilfitri di UIAM

Benar kata Zihan, masa berlalu dengan pantas ketika ini. Ramadhan telah berlalu meninggalkan ketidaktentuan sama ada kita akan ketemu lagi di tahun depan. Aidilfitri turut berlalu tanpa seorang pun teman-teman aku datang bertanya khabar. Zihan pulak, orang dah berangkat ke KL, dia baru sampai kat depan rumah aku. Tak ada rezeki nampaknya kitorang nak berjumpa kali ni. Sedih sangat sebab di hari terakhir aku di Lipis, barulah ada orang nak datang menjenguk. Walau apapun, seronok dapat berborak panjang dgn Zihan walaupun cuma dalam telefon setelah sekian lama menyepi dihimpit kesibukan dunia masing2. Macam nasi himpit yang mak aku buat pagi tadi. Sedap giler... he he! Entah bila lagi aku dapat makan masakan mak aku banyak2 macam ni. Tak ada orang nak datang tengok aku pun tak apa. Yang penting aku dapat makan puas2 kat rumah. Dan lagi satu, semua adik beradik aku dapat beraya di Lipis.

Bila dapat berborak dengan member2 lama zaman sekolah dulu, semakin terasa indahnya alam tu. Tapi sampai bila kita nak hidup dalam kenangan kan? Jadi hari ini, aku berborak panjang dengan Zihan tentang kenyataan dan masa depan. Kita tidak boleh mengubah sejarah, tetapi kita boleh mencipta sejarah. Kisah Zihan dengan cinta pam minyaknya, mungkin akan menjadi sejarah yang paling manis di masa depan. Dan aku yang bakal grad Insya Allah tiga semester lagi harus mencuba untuk mencipta sejarah aku sendiri. Kena maintain CGPA lah.

Cemburu aku dengan Zihan. Dia sangat gembira sekarang. Orang kata, kalau kita sayangkan seseorang, kita akan bercerita tentangnya kepada semua orang setiap masa. Tak jemu menyebut namanya. Itulah yang dapat aku rasakan di sebalik suara Zihan. Semoga dia bahagia sampai bila-bila. Aku senang dapat menumpang gembira dia. Aku nak jadi pengapit kau nanti ya? ;-)

UIA masih sunyi lagi. Yalah, aku je yang balik awal ke sini. Hari Isnin (22/11) nanti akan mula kerja. Cadangnya nak balik hari Ahad. Tapi, aku terpaksa balik awal hari ni (20/11) sebab ikut abang aku. Nak jimat belanja. Tak perlu nak beli tiket bas. Lagipun lebih selesa naik kereta. Tapi disebabkan nak balik awal ni lah, aku tak dapat jumpa dengan Zihan. Agggh! Kalau dapat jumpa kan best! Takut nanti muka dia pun aku dah tak cam. Yalah, umur makin meningkat. Something that is constant is changes. Right?

Semoga semester baru ni akan memberikan aku lebih ketenangan dan kejayaan baik dalam pelajaran mahupun dalam memartabatkan nama MRC. Satu permulaan yang baik untuk semester ini apabila dimulakan dengan sebulan keberkatan Ramadhan dan kegembiraan Aidilfitri yang masih berbaki. Semoga masa depan menjanjikan sejarah yang berharga untuk aku. Salam Aidilfitri. Ampun bebanyak!!!