3 minggu berlalu. Kehidupan di KL Sentral semakin menarik. Pengalaman kerja semestinya sesuatu yang tidak asing lagi bagi aku. Namun, pengalaman bersama mereka yang agak berbeza personalitinya dengan rakan-rakan UIA memberi pengkisahan baru. Aku sendiri terkejut apabila cerita-cerita hidup mereka mampu mencerna begitu banyak idea untuk aku menaruh minat menulis cerpen. Sesuatu yang amat jarang aku lakukan sebelum ini. Apakah aku akan mula menulis cerpen pula selepas ini?
Walau apapun, kisah ini terlalu menarik kerana tak pernah aku menyangka, satu cerita benar boleh menjadi satu kisah yang cukup indah di dalam cerpen. Kini aku keliru, adakah semua cerpen yang menarik itu datangnya dari kisah benar yang tak pernah dijangka kebenarannya.
Aku tahu aku akan membiarkan laman ini menjadi pembaca setia karya terbaru aku ini... "Sebenar-Benar Lelaki" (tajuk yang sempat aku fikirkan setakat ini, tapi macam tak menarik je tajuk ni kan?)
No comments:
Post a Comment